Buah melaka salah satu menu kuih tradisional yang ciksu suka makan.. makan pon time bulan puasa jee.. bulan-bulan lain tak teringin nak buat atau makan pon.. kalau nampak orang jual, buat-buat tak nampak.. hahahaaa sebab memang tak terasa nak jamah buah melaka ni..
Buah melaka menu wajib untuk dessert bulan puasa.. dalam 30hari berpuasa tu, paling kurang sekali mesti buat juga.. cumanya sampai sekarang, ciksu masih confius kenapa, ada sesetengah buah melaka, yang gulanya tak cair dengan elok.. padahal dah rebus ngam ngam sampai buah melaka timbul.. siap biarkan sekejap selepas timbul tu.. tapi bila makan ada lagi gulanya tak cair..
Siapa tahu, kenapa erkkkk???
adakah kerana faktor pembuatan gula melaka itu sendiri atau ada apa apa kesalahan yang ciksu buat yeee??
📍RESEPI BUAH MELAKA📍
500 gram tepung pulut
4 helai daun pandan, potong kecil*
1 /2 cawan air* (*kisar dan tapis jusnya)
1 cawan air (lebih kurang)
Gula melaka dipotong kiub (sebesar hujung jari), secukupnya
Kelapa parut putih secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA:
Didihkan air dalam periuk..
Satukan air pandan dengan tepung.. masukkan air pepandai agak.. jangan terlebih air..
Uli sebati sampai tak melekat ditangan..
Cubit-cubit doh letak tepi then letakkan gula melaka yang siap dipotong..
Bulatkan dan masukkan dalam air mendidih..
Tunggu hingga buah melaka timbul, biar sekejap, then toskan..
Terus golekkan buah melaka dengan kelapa parut..
Susun dalam talam atau pinggan..
Selamat mencuba!!..
🌺Menu Berbuka
🌺5 ramadhan, 1439H
🌺21 May, 2018
menu tadi simple je.. konsepnya makan apa yang ada.. sambal udang baki lauk semalam.. ikan goreng.. apam nasi pemberian jiran..
sambal kicap sentiasa ada pengganti sambal belacan di bulan puasa.. pelengkap menu sahur tu.. pepagi lalu makan nasi pon dengan sambal kicap, nasi putih panas, gaul-gaul dengan serunding ayam.. itu je.. cukupppp..
buat buah melaka awai sebab nak keluar meronda tengok bazar ramadhan kat jerteh.. tahun lepas ada juga ronda.. tapi tahun ni lokasinya berpindah sebab ada projek sedang dibangunkan..
BAZAR RAMADHAN JERTEH
tapak stesen bas Jerteh.. bolehlah.. tak banyak mana pon gerai yang ada.. jalan jalan cuci mata, oklah kot.. hihihi
Tak beli apa pon.. blurr nengok.. pastu tak teringin.. dok baca komen di fb, ramai yang komplen, ada murtabak basilah.. lauk hangat baliklah.. itulah inilah.. so, memang tak belilah..
On the way balik cik abe singgah bazar ramadhan Tok Has.. terbeli air tebu.. si dia teringin air tebu..
Sampai rumah ngam-ngam orang nak azan tapi sempatlah goreng ikan.. tak lama kendian, orang azan.. jamah air dan kurma.. solat maghrib dulu..
pastu barulah makan.. makan simple gini, tak delah berat sangat mata kang.. hihihi
SELAMAT MALAM.. 💚💚💚
1 Comments
Ena memang suka buat kuih ni seban senang nak sukat, senang nak agak.hehe. makan pon sedap. Bahan senang cari.
ReplyDelete﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)