Tudung kanak-kanak

MANDI MANDA DI LATA BELATAN, 22000 JERTEH, TERENGGANU

LATA BELATAN LAGI. HAHAHA.. 

Petang tadi bawa Raniaku sayang pergi mandi manda nun di Air Terjun Lata Belatan.. 


Dah janji nak bawa Rania ke sini selepas sekolah. so, kenalah tunaikan.. kebetulan hari ni last day sekolah. penat penat mandi, balik bolehlah rehat sebab esok kan cuti. Hihihi. 


Tak pernah jemu datang sini. suasana okay. tenang dan damai. kemudahan semua okay. cuma tak berkenan area tandas je lah. Kotor. Gelap sebab ada lampu tak menyala semuanya. Pastu banyak nyamuk dalam tanda tu. Huhuhu. Pintu tandas pon banyak rosak. Patutnya kena jaga cecantik macam La Hot Spring. Bersih walaupon kena bayar Rm0.50 tapi berbaloi dan puas hati sesangat tandas di sana. 


Sebelum mandi kita isi perut duluan. 

Pekena nasi ayam RM2.90.
Beli dekat kedai laluan ke sekolah Rania.
Sedap. Ayam pon besar. Nasi pon banyak. Puaslah makan walaupon RM2.90 je...
Semua cukup. Ada sup, sos cili dan kicap.
Terbaik 👍



LATA BELATAN, BESUT, TERENGGANU

Orang tak ramai sebab weekday.. 

tapi lepas kami nak gerak balik, banyak pulak kereta baru sampai



Puas berendam 3 beranak ni. Kikiki. 

Bebas berkuak lentang 😂😂
Ada jiran sebelah baru sampai.. 



Kalut ummi Rania pon nak juga duduk dalam pelampung dolphin tu 😂😂




Tempat nilah best pon untuk mandi-mandi. Sesuai untuk keluarga yang ada anak kecik.. 




Duduk Jerteh, Besut banyak pergi tempat semula jadi. Sini tak ada mall besar-besar macam di bandar. Setakat Giant, Pantai Timur dan EconJaya, bolehlah. Tapi iols tetap tak puasa berjalan. Ada anak kecik besar Rania ni lebih suka lepak, window shopping dalam mall besar-besar. Mudah dan senang nak beli apa-apa. Anak pon bebas bergerak. Selamat. 


Oh ya sebelum tu.. nak kongsi dengan hampa ni.. 


Bbcream seqybeauty sesuai digunakan sebagai bedak asas. Ada orang tak suka pakai foundation. Sebab rasa muka tebal/ berat. 


Boleh cuba bbcream seqybeauty. Tekstur ringan. Pakai sikit dah boleh cover satu muka. Ada SPF lagi untuk lindungi kulit dari sinar UV 🌞🌞


Berminat ❗❗


Boleh contact ciksu 019-3080215. Ciksu memang pakai bb cream seqybeauty je. Dah lama. Sejak tahun 2015 lagi tau. Maintain pakai sampai sekarang. Benda best. Sebab tu Ciksu jual dan kongsi dengan hampa pulak. 




So, ke mana lagi Ciksu dan keluarga selepas ini.. 


Stay tuned 😍😍

0 Comments