Tudung kanak-kanak

CARA BUKA AKAUN MAYBANK UNTUK ANAK DAN CARA BUAT AKAUN MAYBANK2U ONLINE

Ummi pergi survey dulu.. tanya apa perlu di bawa, simpanan sekian, sekian dapat apa❓ada tabung tak❓


Ummi salah fahan ummi ingat dapat bear besar rupanya tabung bentuk bear 🐯 tapi cantik tau.. tak boleh tunjuk dekat Rania lagi.. mau diangkutnya ke hulu ke hilir kang 😂

Untuk dapat tabung YIPPIE 🐯 ni permulaannya tinggilah sikit.. alah, tinggi pon masuk simpan dalam akaun tu juga.. bukannya ke mana pom, kan ❗❗

Tahun 2018 ada rezeki lebih, so, ummi buka satu akaun bank lagi untuk Raniaku sayang.. Ummi pilih Maybank.. Gara² tergoda dengan tabung comel yippie nilah 🐯 masa ummi tanya, staff bank tak tunjuk pon tabung ni.. deme cuma cakap je.. ummi pon tak terbayang rupa tabung tu macam mana.. dah dapat.. alahai cute sangat tau 😘


Sebelum ni dah buka akaun Tabung Haji untuk Raniaku sayang..tahun 2014..masa buka akau tak dapat tabung sebab pihak bank kehabisan stok.. kebetulan masa pergi simpan duit, ummi tak jemu² tanya ada tabung tak.. rezeki Rania, dapatlah Menara Tabung Haji tu...akaun tabung haji buat buku je..khas untuk menabung dan daftar haji untuk Raniaku sayang 😉


DOKUMEN YANG PERLU UNTUK BUKA AKAUN MAYBANK ANAK UMUR 4 TAHUN


KENA BAWA SEKALI

🎈SURAT BERANAK ANAK (ORIGINAL) 

🎈MY KID ANAK (ORGINAL) 

🎈MY KAD IBU/ AYAH (ORIGINAL)


FOTOSTAT

🎈SURAT BERANAK ANAK

🎈MY KID ANAK

🎈MY KAD IBU/ AYAH


Dah ada semua tu, pergi kaunter cakap je nak buka akaun untuk anak..  nanti dapat satu borang.. isi.. ambik nombor dan tunggulah giliran 😙


sampai giliran, macam biasalah buat itu ini, isi borang lagi, sain itu ini.. 


kalau nak buat Kad ATM cakap je.. nanti dapat kad, terus buat no pin.. 


dah siap pe semua, dapat no akaun bank.. pergi mesin cash deposit machine.. masukkan jumlah simpanan korang.. macam ciksu nak tabung comel yippie ni.. amaunnya kena seribu ringgit malaysia.. masukkan duit..selesai.. pergi kaunter tadi semula bawa resit sekali sebagai bukti 👍 


Kendian dapat satu surat lagi yang tertera no siri Kad ATM.. 

ini kalau korang nak buat Maybank2u.. ciksu memang cakap nak buat.. senang.. kalau takut terguna, kena nyorok jauh² kad atm ni 😂😂 jangan ngko nyorok, sudahnya ngko lupa ye ciksu.. bukan boleh caya ni 😆


DAFTAR NOMBOR TELEFON UNTUK TAC Maybank2U

lagi sekali pergi mesin atm.. 

pastu sahkan no hp kita untuk dapatkan TAC no nanti..


Caranya:

💥masukkan KAD ATM MAYBANK

💥pilih BAHASA MELAYU

💥masukkan NO PIN ATM MAYBANK KITA

💥 akan keluar “Menu Utama”, sila pilih “Maybank2u/Phone Banking/ATM Sms Alerts”

💥Pilih menu “Kemaskini Tel. Bimbit M2u Tac

💥Masukkan nombor telefon kita. Pastikan nombor telefon yang didaftarkan disemak dengan betul. Jika pasti, tekan “YA”.

💥Alhamdulillah, urusan pendaftaran nombor hp selesai.


CARA BUAT AKAUN MAYBANK2U ONLINE: 


☑Untuk mengaktifkan atau membuat akaun maybank2u online, kita perlu ke website maybank2u.com.my terlebih dahulu

☑Sila ke menu "Register Now"

☑Kita akan dibawa ke paparan seterusnya

☑Masukkan nombor kad atm/debit kita (ada di kad. macam ciksu staff bank tu tulis di satu kertas. so, senang nak tengok. 

☑Masukkan angka tadi secara berterusan

☑Kemudian masukkan nombor pin  (nombor pin adalah sama dengan nombor pin kad ATM/Debit kita).

☑ Pastikan kita telah masukkan nombor kad dan nombor pin dengan betul 


Kemudian kita akan dibawa ke paparan seterusnya. Dalam paparan itu, kita kena masukkan:

☑Username (Nama Pengguna)

☑Password (Kata Laluan)

☑Confirm Password (Pengesahan Kata Laluan)- Kata laluan yang sama dimasukkan sekali lagi.

☑E-Mail (Email kita) kalau tak ada, silalah buat dulu..sebab wajib ada email

☑Nombor TAC 

Penting: Pastikan kita klik "Request For TAC" Kendian nombor TAC akan dihantar ke hp kita. Masukkan nombor TAC tersebut


Selesai isi maklumat 1 hingga 5, klik butang “Next”


☑Dalam paparan ini, kita diminta untuk masukkan gambar untuk tujuan keselamatan.

☑Kemudian kita kena jawab 3 soalan. Pastikan kita jawab kesemua soalan dan simpan jawapan kita tu untuk tujuan rujukan pada masa akan datang. Selesai pilih gambar dan menjawab kesemua soalan, klik butang “Done”.


Kemudian, kita akan di bawa ke paparan seperti berikut. “Successful” bermaksud kita telah berjaya membuka akaun Maybank2u.


☑Sekarang kita boleh log in ke akaun Maybank2u kita dengan menggunakan “Username” dan “Password” yang telah kita buat tadi...


Tadaaaa.. siap.. senang, kan ❗❗❗


Al-kisahnya ciksu memang dah buka akaun maybank beberapa tahun yang lepas.. tapi apakan daya jodoh kami tak panjang 😂 akaun maybank yang sedia ada tu dah tamat tempoh.. makanya tak minat untuk buka lagi.. maka kita buatlah untuk anak.. hihihi


untuk anak kita sebagai penama pertama.. boleh tukar kepada nama anak ketika usia anak 18 tahun.. so, sekarang semuanya atas nama ummi lagilah.. 


semoga membantu kepada ibu ayah di luar sana yang ingin buka Akaun Maybank untuk anak..


Yippie 🐯🐯

untuk Raniaku sayang 💕#ciksu #qasehnyarania #raniakusayang

20 Comments

  1. Betul ke kalau saya bawa surat tawaran masuk universiti saya dapat diskaun untuk deposit sbb saya dengar dri mak saya pelajar dapat diskaun

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kot. kena dptkn info dr cawangan Maybank berdekatan ye .
      ciksu pon xda tanya hari tu..

      Delete
  2. Assalam cik sue,, saya nak tnya kalau buka akaun untu anak minimum berapa rm untuk membolehkan buka akaun?

    ReplyDelete
  3. Boleh ka buka akaun 18thn keatas masih pegang surat lahir hijau yg ada no ic

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. sila dptkan info yg tepat di kaunter cawangan Maybank berdekatan ye. Tq 🤗

      Delete
  5. Saya nak buat akaun untuk anak saya ..tapi saya pakai sijil lahir warganegara je.. Boleh ka tu..

    ReplyDelete
  6. Waaa... Boleh buka online banking utk anak bawah 18 tahun eaaa...???
    Ada had belian tak??

    ReplyDelete
  7. Ciksu nak tanya kalau remaja bwah 18 buka akaun maybank bole buat maybank2u tak?

    ReplyDelete
  8. Ciksu kalau remaja bwah 18 nak buka akaun maybank bole buat maybank2u tak?

    ReplyDelete
  9. email tu mcm mna?.. email umminya atau email anaknya yea?.. anak saya baru usia 5 bulan.. OOooo... kirenya kena bukak masa usia 4 tahun yea... so jawabnya kena menabung lah sampai usia dia 4 tahun baru boleh bukak account mybank ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ciksu guna email sendiri. hihi.
      kitakan sbgai penjaga akaun anak. nanti bila ank dah capai umur matang, otomatik jadi miliknya lah.
      mcm dedlu, ms buka akaun bank bumiputra. ayah sbgai pegurus akaun. capai umur, jd milik sndri skrg

      Delete
  10. Wahh... Saya sedang Google cara nak buka acc anak.. tak sangka nama anak sama ♡

    ReplyDelete
  11. terima kasih. suka baca ayatnya bersahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.
      tq singgah..
      salam kenal dari Ciksu ✌️

      Delete
    2. sama2.
      tq singgah..
      salam kenal dari Ciksu ✌️

      Delete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)