Tudung kanak-kanak

9 bulan di Jerteh. Ikan dan ayam segar

Pejam celik, pejam celik.. Genap sembilan bulan dah haaa duduk di Jerteh, Terengganu ni.

So far kami baik-baik aja di sini. Cuma bab nak balik kampung je susah sikit sebab cik abe payoh nau-nau nak dapat cuti lelama. Tak macam duduk Key El sebelum ni. Asal nak balik kampung if cik abe sibuk, boleh je balik naik bas. Kalau di sini nak balik naik bas... Punyalah pening mikir.  Nak balik ke tak!!! Sebabnya bas masuk merata kutip orang.

Dari Jerteh ke Kota Bharu pastu masuk Tanah Merah. Sementara nak sampai puncak Titiwangsa mau pening dulu. Huhuhu.. Masa perjalanan pon agak jauh dan panjanggggggg. Tempat hentian pon tak menarik.. Kalau balik sendiri, ikut mana kita nak singgah. Kannnn. Dah balik naik bas, kenalah ikut drivernya 😂😂😂

Oklah. Hari ni saja nak sembang bab 🐟 dan 🍗. Hahahaha. Seronok duduk sini sebab boleh dapat ikan dan ayam yang segar.

Segar maksudnya beli ikan terus menerus daripada bot lah. Ikut juga yang ini pon. Kalau rajin pergi tunggu awal pagi kat mana2 port. Kadang belah Penarik pon ada. Cuma jauhlah.. Tapi suka je pergi sebab mata ni tak puas tengok keindahan laut. Hihihi. Sejuk mata memandang ke tengah lautan sana. samalah macam masa duduk di JB dulu. Tunggu nelayan balik laut, terus pergi beli hasil tangkapannya. Sini kadang beli di Kompleks atau Pasar Besut.

Untuk ayam suka beli ayam kampung. Malam ni call pakcik ni, esok pagi pergi ambil di kedai. Dapat order baru dorang sembelih. Dah nama pon duduk kawasan kampung. Kannn. Memang mudahlah dapat stok ayam kampung. Hihi.

Kalau ayam daging pon selalu beli di kedai depan2 rumah ni juga. Memang jarang dah haaa beli ayam di pasaraya.

Boleh dikatakan duduk di Jerteh ni ibarat macam duduk di kampung sendiri jugalah. Cuma persekitarannya yang berbeza. Itu sahaja. Lain-lain sama saja.

Stok ikan dan ayam kampung yang siap disiang dan diasingkan mengikut rumah penginapan memasing ✌

Ikan kembung/ ikan temenung. Memang sedap isinya. Buat bakar sedap, buat goreng pon sedap. Manis. 

Ni lah tempat beli ikan sejak duduk Jerteh nin. Alhamdulillah. Seronoklah bab bekalan bahan mentah ni. Tak kisahlah untuk lauk pauk atau ulam-ulaman. Semuanya segar dari ladang. Gituuu. Puas hati. 

LEMBAGA KOMPLEKS IKAN MALAYSIA, KUALA BESUT, TERENGGANU 

Duduk sini kalau sebut nak beli ikan di Kompleks, Kuala Besut. Haaa, sinilah tempatnya 

Kalau korang nak ke Pulau Perhentian, kompleks ni bertentanglah dengan Jeti nak ke pulau tu. Terpisah dengan muara sungai Kuala Besut. Ada masa nanti Ciksu share gambar ye. In shaa Allah 😉

Nampak!! 

Duduk sini ibarat macam duduk dekat Kuala Kedah. Kalau dari tempat Ciksu nak Kuala Kedah, jauh jugalah. Tapi dari Jerteh nak ke Kuala Besut, sekejap je. Dalam 20-30 minit gitu sampailah. Bergantung pada cara pemanduan memasing. Herherher

Menu tengahhari hari ini.. 
Gulai ikan + sambai tempoyak + ulam pucuk janguih + ikan bakar

Done!!! 

Ayam kampung siap diperap untuk menu esoknya. Perap semalaman barulah rempahnya mesra. Gituuu. Suka resepi ni. Simple tapi sedap dimakan. Yang pasti Rania pon suka. Next entry Ciksu kongsikan resepinya k ✌

Stay tuned



Soal Jawap LEPTOS

Saya dah kunyah leptos 3 hari apakah tanda-tanda awal yang patut saya alami?

Jawapan: 
Tanda2 awal adalah proses detox iaitu:
🍒kerap berpeluh (lebih dari biasa)
🍒buang air besar lebih dari biasa
🍒mengantuk
🍒tumbuh jerawat
🍒tumbuh ruam atau bisul
🍒mual
🍒sendawa
🍒kentut
🍒kerap kencing

Tanda-tanda 20 hari ke atas:
🍒perut terasa kempis sebab dah detox
🍒badan terasa ringan
🍒berat mula turun

#leptos
#tabletbakarlemak #ikhtiarhamil 


Nak order?  Whatsapp ciksu 

2 Comments

  1. boleh saya dapatkan no telefon pak cik yang jual ayam kampong tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf. baru perasan komen ni. sebab duduk dalam kotak spam. sy pon dah pindah ke Penang. No hp makcik tu,dh tak ada.
      maaf ye 😀

      Delete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)