Tudung kanak-kanak

KUIH CARA INTI COKLAT DAN NASI AYAM.. MENU BERBUKA HARI KEDUA RAMADAN, 2017

Hari ni hari kedua berpuasa..alhamdulillah.
Niat nak buat kuih berjaya juga akhirnya..
Sedia maklumlah, kalau bulan puasa aku memang tak beria sangat nak masak memasak ni..memasak ala kadar je..tak nak membazir sebab makan tak banyak mana pon..

Cuma satu kemestian untuk aku buat kuih muih..memang wajiblah..peel setiap kali bulan puasa..teringin kuih lama-lama.. kalau beli macam tak padan..aku suka buat..boleh agih dekat jiran-jiran sorang sikit..rezeki bersama semoga diberkati..
aamiin

Jadinya, menu hari kedua berpuasa..aku buat KUIH CARA INTI COKLAT..menu peberet Raniaku sayang..selain KUIH CARA INTI KURMA..kalau buat KUIH CARA, aku tak suka letak gula..kang belengas..

Resepinya sama je macam sebelum-sebelum ni, boleh tengok entry lama KUIH CARA..cuma adjust bahagian inti..aku letak coklat coin jenama BERYL'S.. letak sekeping sudah memadai untuk Rania..untuk dewasa bolehlah letak 2 keping... Manisnya just nice.. 

Menu berat aku buat NASI AYAM..aku ada tanya Rania, nak makan apa..Rania cakap nak makan NASI AYAM..so, aku buat je lah NASI AYAM..ikutkan ayah Rania kerja malam tapi dia sengaja pergi lewat..pergi selepas solat maghrib..sempatlah berbuka bersama di hari kedua Ramadan, 2017 😍

AIR BARLI pelengkap hidangan.. 



Korang masak apa hari ni? 

0 Comments