Tudung kanak-kanak

Semoga alamarhum tenang di sana...

🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸

Assalamualaikum.. 
🍃🌼Alhamdulilah
Selamat pagi sahabat yg dikasihi🍃🌼
🌸🐝Semoga kita semua mendapat rahmat dari Allah.
🌸🐝Beroleh kejayaan dunia dan akhirat.
🌸🐝Mendapat rezeki yang melimpah ruah utk kita semua.
️🌱آمـــــــــــــــــــــــــــين, آمِّيْنَ آمِّيْنَ يارب العَـــالَمِيْن️🌱


21/3/2017
Terasa cepatnya masa berlalu pergi. Pada tarikh hari ini genaplah 5 tahun Ciksu kehilangan "orang tersayang"


Tempat kejadian
sawah padi. Cuma lokasi gambar dan tempat kejadian lain-lain. Sawah padi meninggalkan banyak kenangan dan pengertian pada ciksu. Di sawah padi lah adik kesayangan menemui ajalnya. Almarhum terbabit kemalangan antara motor dan motor. Almarhum tercampak ke sawah padi. JPA tiba dilokasi kejadian tetapi tidak menemui almarhum ketika itu. Hanya menemui mangsa pertama yang menunggang motor tanpa lampu dinyalakan. Muka almarhum tersemban ke dalam lopak air yang ada di sawah padi. Sewaktu adik no 3 jumpa almarhum, muka almarhum dipenuhi air dan selut tapi topi keledar masih dikepala.

Trowback
Tengah malam pada tarikh hari ini dapat berita kematian. Jam 4:30 pagi alamarhum selamat tiba di rumah dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star selepas selesai proses post mortem. Tepat jam 10:25 pagi aku selamat sampai dari jb. Jam 10:45 pagi bergerak ke kubur. Jam 12:00 tengah hari selesai semuanya. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan dengan bantuan anggota tentera kem tempat alamarhum bertugas, orang kampung dan sanak saudara.

Jauh di sudut hati teramat merindui. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui tahap kerinduan itu. Tak terungkap dengan kata-kata

Alamarhum meninggal dunia pada 21/3/2012. Bulan 12/2013 Allah hadiahkan "berita gembira" buat kami sekeluarga.

#raniakusayang tidak sempat mengenali alamarhum pak ngah yakni adik no 2 ciksu

Semoga roh alamarhum aman bersemadi di sana dan di cucuri rahmat serta tergolong di kalangan hamba-hambanya yg soleh. Semoga ALLAH menerima kesemua amalan kecil dan besarnya serta wajib dan sunatnya yang telah di lakukan selama hayatnya. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa alamarhum Mohd Fikri, di luaskan kubur Mohd Fikri serta tenang di alam barzakh sana....
Amin amin ya rabbalalamin

Al-fatihah..

5 Comments




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)