Tudung kanak-kanak

Jus Oren untuk Rania

🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸

Kebiasaannya ayah yang buatkan. Suka pulak #raniakusayang ni minum jus oren nih. Nak-nak selepas di letak dalam esbok. Sejuk-sejuk, kan! Habis diminumnya. Ini memang anak ayah nih. Kalau ikut ummi memang tak tertelan dah air masam masam nih. Kalau masam buah untuk menyicah tu lain lah. Ummi layan je. 

Guna cara lama gini lagi puas hati. Hiks. Cepat pon cepat. Nak basuh pon senang. Benornya cari mesin jus tak jumpa. Ahahaha. Masih dalam kotak, so, tak kuasa nak membukanya. Alang-alang ke Mr Diy, beli aje yang ini.

Jus oren kaya dengan vitamin C. Di buat sendiri tanpa pewarna tiruan 😁

Bahan yang perlu
✔buah oren
✔gula sesedap rasa
✔bekas pemerah 

Nak guna pon senang

Hasilnya dapat lah banyak ini. Setengah cawan jah. Jadilah, kan! Buat basah anak tekak #raniakusayang. Hiks 😂

"ummi, air masam satu.."
"siap.."

1 Comments

  1. Uik.. tahan pulak ye rania minun air masam2 ni... kecur air liur nengoknya...

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)