Tudung kanak-kanak

Hilang? Apa hang hilang? Jemput baca entry...

🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸

Allah Hu Akhbar
Terima kasih Allah kerana permudahkan semuanya buat diriku dan suami. Sesungguhnya jauhkanlah kami daripada dugaaan sebegini. Cukup lah merasa 10minit "kehilangan itu". Aku tak kuat Ya Allah. Saat itu dapat ku rasakan betapa peritnya ibubapa yang kehilangan anak2 di pasar malam,  pasaraya dsbnya.

28/2/2017
Demi Allah, sampai mati akan kenang insiden nih 😰

Kisahnya,
Dah siap hangatkan lauk dan nasi semalam. Nak makan sambil suapkan rania. Sekali rania datang dok kalut tarik pi tarik mai meja jepun. Pang! Pinggan berisi nasi dan lauk jatuh dan pecah.

Selesai kemas terus keluar seharian bersama cik abe dan raniakusayang. Misi mencari tudung yang akan dipakai pada majlis hari jumaat nanti. Dah ada cuma singkat, kalau boleh nak yang labuh lah.
Kebetulan air tak ada di rumah.

Tengah selesaikan urusan di maybank tetiba ayah rania dapat panggilan. Kontraktor nak repair tangki air dah sampai. So, ayah rania balik lah dulu tinggal kami berdua di situ selesaikan apa yang patut.

Dah selesai bawa rania pergi makan. Rania pantang nampak tokwan kepci, semedang dok minta tapi ummi tak pernah layan. Sokmo buat sendiri aje di rumah. Tapi semalam ummi dengan rela hati belanja rania makan ayam kepci. Rania makan banyak, habis seketul peha ayam original + coleslow.

Kenyang perut, sambung jenjalan ke kedai vendor. Belum sempat ummi nengok-nengok barang, rania lebih dulu buka chiller pergi ambil air kotak + air tea. Katanya satu untuk ummi, satu untuk baby. Baby tu rania lah. Suka nau bahasakan diri dia tu baby tua. Hiks.

Selesai di situ ummi masuk pulak kedai bakery. Baru nak cuci-cuci mata, rania minta eskerim plak. Layankan aje. Tak dan dan nak makan di situ juga. Alahai anak. Ini baru sorang. Malas nak bising-bising, bawa rania keluar. Tengok2 ayah rania ada menunggu di parkir. Lega. Masuk dan makan eskerim dalam kereta.

Sambung misi mencari tudung. Habis semua kedai kami masuk. Semua tak ada warna di cari. Sedih. Rania dah mula buat perangai. Merengek. Panas dan tiba masa untuk tidur.

Masuk kereta terus tidur. Ayah pecut ke pasir putih. Solat zohor di sana. Selesai solat, rania masih tidur. Terus ke MrDiy. Ngam2 sampai di parkir rania masih tidur.

Saya naik dulu. Ayah rania temankannya. Tak lama lepas tu dengar suara rania panggil "ummi.. " "ummi.. " pastu mulalah ambil itu ini masuk bakul. Ok ummi tak kesah. Sebelum bayar tapis lah dulu mana yang perlu dan tak perlu. Selsai membeli,  berehat sekejap sebab hujan sambil makan keropok lekor. Elok hujan berhenti, marilah balik. Tetiba teringat pasar malam berdekatan. Niat si ayah nak membeli stok buah.

Permulaannya,
Jalan pi mai, pi mai. Kebiasaannya, saya yang dukung rania. Tapi semalam dia tak mo. Asyik bunyi ummi tak payah lah dukung adik, adik nak jalan. Ok. Dah bagi jalan tak mau bagi orang pegang pulak. Nyong nyong je berjalan. Mana ada gerai jual gula-gula, jelly akan disinggahnya. Dapat apa yang diinginkan sambung berjalan.

Entah macam mana, tetiba rania tak mo ikut saya. So, saya suruh lah rania ikut ayah dan pegang tangan. Jalan punya jalan.
Sampai hujung jalan, masa nih saya singgah gerai tanya harga bantal mickey mouse. Ayah rania tengah ambil puyuh yang dipesan tadi. Apabila selesai, saya tengok rania tak ada dengan ayah dia. Tanya suami, mana rania. Si ayah ingat rania ikut saya, saya ingat rania ikut ayah dia. Haaaa sudahhhhh.

Terus kelam kabut cari kelibat Rania.
Dan-dan tu jugak terus pusing ke belakang cari tapi tak ada. Ke kereta pon tak ada. Sambil berlari sambil menangis. Sambil tanya dorang ada nampak tak budak umur 2 tahun 6 bulan, pakai baju minnie mouse seluar jeans, ikat rambut tepi. Semua orang pon pakat kalut dan tolong cari.. Suami siap minta tolong buat pengumuman.

Allah Hu Akhbar..
Masa ni macam nak luruh jantung, lutut lembik. Air mata tak payah cakap lah. Turun mencurah-curah. Melilau mencari rania. Risau, takut hanya Allah Maha Mengetahui. Dan-dan tu teringat kes arwah adik nurin. Macam-macam terpa masuk ke otak. Tak leh bayang.

Keliling parking cari 😭 tapi tak nampak pon. Memang panik dah masa nih. Tak tau nak cakap macam mana. Rasa macam nak jerit kuat-kuat laung nama rania. Tapi tak terkeluar yang keluar hanya air mata.... 😭

Masa cakap dekat sorang pakcik nih, dia terus lari cari rania. Kami berpecah.

Tetiba mulalah teringat pinggan pecah pagi tadi, pastu saat-saat makan dengan rania, macam-macam dia minta tadi. Kebetulan hari ni langsung tak snap pic dengan rania. Selalu setiap hari kami berdua wefie😧

Lebih kurang 10minit pusing mencari, alhamdulillah, pakcik tadi berlari-lari datang ke arah saya sambil dukung rania. Sambil tanya yang ini ke anak. Tengok aje baju rania. Terus hulur tangan dan sambut Rania. Lega.

KEADAAN RANIA
baik-baik aja. Tak nangis pon. Nampak ummi menangis siap tanya lagi. Kenapa ummi nangis. Allah! Anak-anak. Kamu tak tahu yang ummi punyalah nak luruh jantung mencari kamu tadi 😧 tak semena-mena rania pon menangis juga.

Sembang-sembang sekejap dengan pakcik yang carikan rania tu. Dia jumpa rania kat tempat makcik jual sumi dan air yang ayah rania singgah belikan dia sumi tuh. Ummi tanya baby pergi mana, baby nak beli gula-gula. Satu je. Adeiiii. Anak oh anak.

Nampak tu.. Jelly tulah punca Rania patah balik ke khemah pakcik tu.. 


Pastu terus balik. Tak terasa nak beli apa dah. Sampai sekarang tak berani nak bagitahu makayah. Hukhukhuk.

Ya Allah, lindungilah anak-anak syurga kami dari segala mara bahaya. Aamiin

Fbw~ terjumpa ni haaa. Anak ambo lah tu. Hukhuk. Terima kasih Allah. Terima kasih warga pasar malam tokhas.. Semoga Allah sentiasa melindungi kalian, semoga rezeki kalian bertambah murah. Aamiin

Pasar malam tok has, jerteh.. Jadi kenangan sangat. Dahlah baru pindah mai sini, jadi pulak kes macam ni.. Allah ja Maha Mengetahui masa tu.. TARIKH 28/2/2017 



4 Comments

  1. Yang baca pun turut cemas..Alhàmdulillah selamat

    ReplyDelete
  2. Berdebar baca entry ni.
    Alhamdulillah.. Syukur dpt jmpa rania semula. Mmg betul, kalau anak ilang sekejap je, rasa nk luruh jantung. Tp biasa la budak2 peringkat usia mcm ni, dia suka nak jalan sendiri, xnak dipegang.

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar... berderau rasa... memang tak boleh lepas pandang anak2 ni... kena dua kali ganda hati2... mujur jumpa rania...

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)