🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸
Misi jalan-jalan cari makan Nan Cheese meleleh di RSMY Medan Tuanku, KL sebelum pindah.
Bagi yang belum pernah sampai, ini alamat dan waktu operasi RSMY Medan Tuanku, KL. boleh guna waze je. kalau tak nak hadap jem di tengah-tengah kolumpur, korang naik aje LRT. boleh turun di Stesen Dang Wangi. senang.
Selesai makan boleh shopping di SOGO, PERTAMA ataau JALAN TAR. sempat lah lemak -lemak cheese tadi terbakar. hiks
RSMY House of Real Beriani
11 & 13, Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur
Tel : 03-2697 0700
Waktu operasi :
Isnin hingga Jumaat :
11:00 pagi – 12:00 malam
Sabtu:
4:00 petang – 01:00 pagi
Ahad & Cuti Umum:
4:00 petang – 12:00 malam
Ciksu order apa?
Beriani Udang Masak Merah RM12.70
order satu je. makan kongsi-kongsi. portion yang banyak. kalau sorang makan, kompom kenyang tersadai di sini. udang banyak cuma agak pedas. terpaksa basuh dulu sebelum bagi pada Rania.
milo oreo RM5.30
penyejuk dan penyedap tekak..
Cheese Naan (extra cheese) RM8.50
percubaan menarik cheese naan. tarik ala-ala malu gitu.
niat dihati nak order ayam tandoori cicah dengan chakni.
sekali Rania dah macam cacing kepanasan. kang order banyak-banyak tak sempat makan pulak.
so, makan laju-laju menu yang dah ada.
waktu ni petang. ramai. penuh.
aktiviti Rania. pantang nampak pen & kertas nak menulis saje. berebut dengan ayah masa nak tulis order.
overall makan di sini sangat lah berpuas hati. baik dari segi layanan, harga makanan, kebersihan kedai, tandas dan udara. boleh pilih nak duduk di luar atau di dalam. bezanya luar tak ada ekon, dalam ada ekon. ikut mana selesa lah..
Kenyang perut, marilah pulang..
exercise sampai ke stesen LRT Dang Wangi.. jenuh kendong cik rania nih.. boleh plak buat pangai tak mo berjalan..
alasan adik penat lah. adeii >_<
budak banyak akai
jauh sungguh berjalan dari RSMY Medan Tuaku, KL nak ke stesen Dang Wangi nih. Turun naik tangga. Tercunggap-cunggap menahan letih..
cepat-cepat berjalan balik sebab cik biru lah.. alhamdulillah. rezeki hujung tahun 2016
perodua~tengah setting untuk bluetooth sesambil fiza bagi penerangan serba sikit
semoga cik biru happy bersama we all. nanti kita jenjalan di tahun baru ok. eh!
Ke mana? tunggu lah........
4 Comments
Cheese nan kakak pun suka tapi tempat kakak ni macam tak gah macam yg dlm pinggan CikSu itulah..
ReplyDeletememg sedap roti nan cheese ni
ReplyDeletenan cheese dia... nampak sedap sangat..
ReplyDeleteminta sikit kak hehehhe
ReplyDelete﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)