Tudung kanak-kanak

Raniaku

Raniaku| suka lagu ni bukan sebab kebetulan tajuk lagunya sama dengan nama my baby tapi kerana lirik liriknya menyentuh sangat.. teruja tengok semangat dan kasih sayang antara mereka walaupon hanya sekadar lakonan.. tapi hanya yang melalui sahaja mengetahui setiap dugaan dan ujian yang dilalui..

ibarat kami suami isteri.. saat menanti kehadiran Rania kami.. macam macam usaha, ikhtiar di lakukan.. semuanya perlukan pengorbanan.. bila bersama, bersatu, akhirnya ianya menjadi mudah.. yang pasti teruskan berusaha, berdoa.. Allah kan ada (",)

INGAT.. jangan mudah mengalah walau diuji.. pasti ada hikmahnya.. janji Allah itu pasti..

Raniaku...
sesungguhnya ummi ayah sayang kamu
kamulah semangat kami
kamulah cinta hati kami
kamulah segalanya
semoga kamu sentiasa di bawah lindungan Allah di mana jua kamu berada
aamiin

LIRIK LAGU: RANIAKU
OLEH:  AIZAT AMDAN

Ku lihat bayangan tubuhmu
Gerak gerimu, meragut kalbu
Namun ku tahu, jiwamu penuh gelora

Biar setahun, mahupun seribu
Dilambung ombak tiap waktu
Kan aku sambut,
Wahai Rania hatiku
Jangan kau ragu

Mungkin
Setiap langkah baharu
Diorak jejak tak menentu
Namun saban waktu kita kan tahu
Jatuh bangunmu
Bersamaku
Biar berkurun, belum pun berlalu
Dibuai ngeri celaru
Kau tetap dakap dan belai raja hidupmu
Membelai raja hidupmu
Ku takkan ragu

Mungkin
Setiap gerak dan kata
Diolah hati yang merana
Namun saban masa kita kan rasa
Perit dan luka
Kan menghilang
Perjalanan kita
Dilimpahi segala
Onak dan duri tak berhenti
Kan kita redahi

Mungkin
Setiap langkah baharu
Diorak jejak tak menentu
Namun saban waktu kita kan tahu
Jatuh bangunmu
Bersamaku

Mungkin
Setiap waktu
Jatuh bangunku
Bersamamu
Ooooooo
Kaulah Raniaku

MUZIK VIDEO



0 Comments