Tudung kanak-kanak

Cheese Omelette

Entry hari ni just nak share menu breakfast Rania. setakat ni, Rania memang suka makan telur. tak kisah lah buat telur dadar ke, telur hancur ke, telur rebus ke, telur mata kerbau ke.. asalkan telur laju je Rania makan. nak2 kalau buat sup telur.. slurrppppp.. slurrrpp aje dihirup kuah sup tu (",)

hari ni kebetulan buat cheese omelette.. bento untuk Rania sebab we all nak berjalan jauh hari ni. ke mana?? tunggu next entry ye ^_~

tetiba pagi tadi terajin plak snap-snap gambar. bangun awai, eksaited nak pergi bercuti kekdahnya. lagi satu ini modai nak update blog.

alang-alang nak share menu cheese omelette dengan korang. boleh la erk. menu simple tapi menyelerakan. yang pasti anak suka ummi pon tumpang sepinggan. hiks ;)

just guna pemanggang ajaib.. cantik terletak aje cheese omelette ni nanti. nak potong pon senang.

× sebelum tu pukul telur dengan susu..
× sapu mentega atas pemanggang ajaib..
× masukkan telur..
× renjiskan sedikit blackpepper, garam (anak bawah setahun tak payah letak garam k)
× agak telur dah masak, letak cheese

cheese omelette.. dapnye.. dapnye.. dapnye ^_^ 

then lipatkan aje.. terus angkat.. ni cheese omelette versi simple.. nak lagi healthy letak lah tomato yang didadu, bawang holland, atau apa saje yang korang suka.. baru lah nampak colourful.. pepandai lah erk.. ^_× 

pppsstt: mood cuti-cuti malaysia.. daaaaaaa


0 Comments