Tudung kanak-kanak

Random Photos

alahai kejap je rasa.. dah masuk minggu ke dua dok di kampung.. bila dok kampung, pi mai pi mai kejap je dah malam.

minggu kedua di kampung memang meriah la nampaknya.. seminggu cuti sekolah, ade saje jemputan kenduri kawin. kenyang la perut makan daging lembu fresh. hiks. maklum lah area kampung ciksu masih ada aktiviti bergotong royong. orang kampung ceq panggil PAKAT.  PAKAT ni hanya time kenduri kendara. Bukan setakat berpakat siapkan khemah, siang bawang, rebus telur tapi siap kumpul duit. lebih kurang macam main kutu jugalah. pakat2 kumpul duit then duit tu nanti, dibuat modai untuk beli kuih muih atau beli bahan mentah untuk dibuat kuih. contohnya kalau setuju nak buat buat pulut kacau, so, duit tu buat beli beras pulut, gula putih dan sebagainya. pastu sebelum majlis pakat2 masak pulut kacau tu.

meh la tengok gambar yang ada. 

  • Rania yang suka teman sesiapa yang baca al-quran. mulut terkumat kamit. doa ummi semoga Rania dapat dan dipermudakan Allah untuk membaca dan menghafaz ayat-ayat Al-Quran. semoga lidah Rania lembut dan lancar untuk menyebut dan membacanya. aamiin (",)

  • terbeli keledek oren, buat cucur keria untuk Rania, cek mek molek untuk famiy.. 

  • tok wan Rania kalau kenduri kendara di kampung, jadi tukang masak nasi. bila waktu petang sebelum balik, memasing 'geng kerja' dapat la sikit daging yang disembelih tadi. selain saguhati yang diberi tuan rumah. 
  • alhamdulillah, dapat Rania jamah sup sayur daging yang di sembelih. baki dibuat goreng kunyit. cicah dengan sambal belacan + petai bakar. pergh.. sedappp. bertambah2 makan nasi. rezeki taun ni juga, pokok petai ayah berbuah. walaupon musim panas, besar juga "mata" petai tu. 
15 Mac, 2016

  • muka happy baru balik dari rumah paksu di gunung keriang. ini time selepas hantar ayah balik kl. kami berdua masih di kampung. hewhewhew
14 Mac, 2016

  • duduk kampung best. setiap hari dapat tengok sunset. ini pon salah satu kesukaan saya 
  • sempat juga masak Nasi Lemak Halba. kebetulan minggu ni ayah Rania balik kampung. Bangun awal pagi masak Nasi Lemak Halba ni lah sampai terlupa nak spot check rantai Rania pagi kejadian tu. kebiasaannya setiap kali bangun tidur, memang akan check. tapi itulah benda nak jadikan. nak buat macam mana. nak dijadikan cerita, pagi tu juga ummi tak mandikan Rania. Ayah yang mandikan Rania. tak pe lah ummi redha. maybe bukan rezeki Rania nak pakai rantai kesayangan ummi tu. huhuhuhu. ummi kumpul duit dulu, ada rezeki lain ummi belikan rantai baru untuk Rania k.. 


seronok balik kampung. padat dengan aktiviti. so, tak lah rasa sunyi berdua dengan Rania..

Next aktiviti Rania dia kampung, kalau nak tahu, stay tuned.. ihiks :)

0 Comments