Tudung kanak-kanak

Nasi Ayam Ekspress untuk anak

memang ekpress. cepat je masak. tak yah ambil masa lelama nak buatnya. simple tapi sedap dimakan. kebiasaannya, daku buat nasi ayam tumis dengan mentega tapi kali ni main rebus gituu je. pestime juga masak nasi ayam letak serbuk kunyit. lain macam kuningnya berbanding guna mentega.

untuk rania just buat letak 2 scoop ice cream je. alhamdulillah habis dimakannya. suap sendiri. tinggal la sikit saki baki nasi tu.

setakat usia sekarang, rania makan gitu2 je ayam. tapi kuah sup kemahen dihirupnya, siap ada bunyi2 lagi ;-) rania lagi suka ikan. anak ayah la katakan. hahaahaaha.

jom tengok nasi ayam ekspress untuk anak

Resepi Nasi Ayam Versi Baby

sup ayam
-renehkan air bersama halia + carrot + tomato ceri dah mendidih masukkan ayam. agak ayam dah masak, angkat & toskan.

nasi ayam
-basuh beras, tos macam biasa.
-masukkan kuah sup yang dimasak bersama halia + serbuk kunyit + daun pandan + kiub ayam homemade
-tanak macam biasa

ayam goreng
-ayam goreng. tak ada letak apa2 pon. goreng gituu je. bila sejuk, ketuk2 sikit.

sos cili untuk umi
-kisar cabai merah besaq + bawang putih + halia + kuah sup = reneh atas api + sos cili + gula + garam sesedap rasa.

sayur-sayuran
salad + tomato ceri

satu untuk umi, satu untuk rania. ayah diet, ratah salad + ayam sajok ;-)


tomato untuk Rania rebus sesiap dalam kuah sup. tapi Rania tetap tak suka makan tomato. kunyah sikit, pastu bagi ke umi.


nasi untuk umi. nyum... nyummss..


0 Comments