Tudung kanak-kanak

Rania 1 Tahun 4 Bulan

Dah setahun 4 bulan anak umiayah ni. kejap je, kan ! macam-macam ragam dah sekarang ni :) makin hari makin geram melayan keletah Rania. alhamdulillah, hari2 terhibur dengan gelagatnya. terima kasih Allah ;)


coretan perkembangan Rania setakat usia 16m.. 10/1/2016 dah nak masuk 17m. alahai, kejapnya rasa.. 


rania yang suka buat moncong ni haaa. geram tau. 

ni la gaya lari rania. dua2 tangan dikepakkan ke belakang tapi umi memang suka tengok style rania lari. comel. hikhiks. bila umiayah & paksu tiru, kemain gelak suka.

memang sukakan cikted.. sampai nak makan pon nak disuap ciktednya sekali. 


kuat menyusu dan masih minum susu ibu. semoga rezeki rania sentiasa cukup hingga usianya 2 tahun nanti. aamiin. 

kadang2 umi buat juga susu badam untuk rania. kemain suka minum susu badam sebab sedappp rasa susu asli hanya campuran badam + kurma ;) uols pon try  buat. klik sini untuk resepi susu badam yang pernah saya kongsikan tahun lepas. lagipon memang saya amalkan minum susu badam ni masa pregnantkan rania itu hari. 

kuat menjerit. sikit2 jerit. sakit telinga la dikkk. baru2 ni hujan nak turun, kebetulan tv dok terpasang, bila nak hujan, ada gangguan siaran, kan ! dia punyalah jerit marah dekat tv tu.. adoiii.. masa tu tengah makan, boleh rania bangun pergi ambil remote pehtu tekan2, tetap tak boleh.. lagilah dia geram. ekekeke. suka pulak umi tengok. 

kuat meniru.. 
pantang nampak umi pakai cream atau lipstik, bila dapat je barang2 tu, mulalah tiru gaya umi. sweett sangat bila tengok style rania tiru umi pakai cream tu.. siap gaya tepek cream yang tak tahan tu, duduk depan cermin, tepuk2 pipi bagai. hikhiks. 

kuat makan juga.. 
bila dah kenyang mulalah buat onar sana sini. sangat suka menu berkuah. dah pandai guna sudu suap makanan sendiri. 

bila panas atau tak selesa sebelum tidur, suka sangat garu2 kepala. bila umi cakap nak tolong garukan, kemain suka. dan2 sua kepala. pastu layan je bila kepala digaru2. hikhiks. tup2 dah terlena.

dah pandai sebut "baby" 
selalunya umi tunjuk gambar di buku atau tv, bila rania nampak akan menjerit suka sambil tunjuk. tapi sekarang bila nampak di buku atau tv, pasti mulut pon akan sebut "baby" juga.. bila ajar sebut umi.. kejap keluar maakkkk la.. ma..maaaa la. macam2 gaya dok ada.. sesuka hati je, kan !

dengan 2 pupu. kemain sebut baby, bagi kiss, senyum je.. yang ayah asyik tanya, rania nak adik ke, nak kawan ye .. erk ? 
  
 pandai dengar arahan dengan baik. bila suruh ambilkan ape2 rania pergi ambil. 
contohnya air tumpah, bila sebut mana mop, rania bangun, tetiba bawa mop datang. kalau sebut kain, kain lah dibawanya. sama juga dengan remote tv. bila suruh amblkan remote, bangun, terus pergi ambil. betul pulak tu. 

bila dah bagi sesuatu makanan, habis, dengan sendirinya pergi ke meja, tunjuk nak lagi sambil mulut dok sebut "na.. nak.." 
kadang tu, tak nyempat2 teruih aje tarik tangan umi, bawa ke tempat yang nak diambil ape2. 

banyak juga perkataan Rania sebut yang umiayah boleh paham. selebihnya membebel bahasa baby lah. hahaha.

bab anggota badan makin pass. kalau tanya hidung laju2 pergi korek hidung. 
sama juga dengan mata. suka kenyit2 mata tu bila ditanya. 
gigi still 4 batang. 2 atas,  2 bawah. kena gigit .. perghhh.. beradoii umi ni haaa.. 
pernah sekali time nak gosokkan gigi rania, boleh rania pergi gigit jari. memang sakit + berbekas. tahan grrrrr je

semoga membesar sebagai anak solehah, taat perintah Allah, rajin solat serta berjaya di dunia dan di akhirat. aamiin ^_^ 


misi untuk "free diapers" rania sudah bermula di usia 1 tahun 4 bulan. in shaa Allah, tahun depan la umi kongsikan misi ni macam mana.. 

pa pe pon tolong doakan semoga rania dapat bagi kerjasama sebaiknya supaya misi umi berjalan dengan lancar. aamiin  +_+


"Qu Puteh, Qu Puteh.. barulah puteh.. "


ppppssttt: selamat tahun baru buat semua pengungjung blog QasehnyaRania.. 

13 Comments

  1. besar dah anak dara ni.. bila pandai cakap nnt lg best nk melayann

    ReplyDelete
  2. part letak jari kat mulut tu paling laawak..
    azra kalau dengar azan, automatik dia akan suruh diam..syutttttttttt..sambil muncung dan letak jari kat bibir..lawak tau

    ReplyDelete
  3. Seronoknya dh pndai ckp. Zara masih ckp bhsa katun dia. Hihihi.. Tp bila sebut bb . Cri teddy bear dia.. Hihi

    ** oo.. Ingt ciksu prgnt. Tu tnya.. Hihi.. Jom ciksu planning bby thn 2016 ni. Hihi.. Kita plan nk sorang thn ni jika diizinkan. Nk bg zara kwan. Hikss

    ReplyDelete
  4. alolo.. comelnya Rania. hehe

    Selamat Tahun Baru, Kak :D

    ReplyDelete
  5. besar dah Rania. dah makin bijak pandai cerdik. moga terus sihat dan cerdik Rania sayang. saya je belum free diapers kan Fateh Uwais. bila hari cuti nak buat tu ada je nak berjalan ke sana sini nya. dah tu mcm mana nak train anak huwaaaaaaa

    ReplyDelete
  6. wah..Rania dah makin besar ye.dah makin cerdik pula tu.dapat bayangkan dia lari sambil kepak tangan ke belakang tu.comel jer kan.

    IbuNoey sekarang pula baru nak cuba free diapers kat Farhan.tapi selalu tak menjadi.dugaan sungguh.

    ReplyDelete
  7. geramnya Ros tengok Rania ni.. comel tau! bilalah dapat bertemu ni. hihihi

    ReplyDelete
  8. Sekejap je dah besar..
    Makin comell... :)

    ReplyDelete
  9. hahha..adoiii cepatnya masa berlalu,ingt lagi masatu Cik Su masa preggy kat Rania,skrg dh pandai mcm2..

    QU PUTEH..QU PUTEH barulah puteh.hahaha Rania2 :)

    ReplyDelete
  10. awalnye ajar free diapers ye..sy tak ajar lg..huhu..
    Adam dah ade 8 btg gigi..hehe..berus gigi pakai berus gigi je..sbb ibu dia seriau kena gigit :p

    ReplyDelete
  11. Alahai pejam celik je dah 1 tahun 4 bln... jgn cepat sgt besar rania... umur ni la seronok melayan, main & gomol... hehehehe

    ReplyDelete
  12. Wah bagus ciksu dah mula utk free diapers rania, moga berjaya ya

    ReplyDelete
  13. ciksu..nanti share ye misi diaper free rania..azra sekarang kalau poo poo / pee pee dia boleh juga la cakap..birak..birak...macam dah boleh ajar sikit2 kot..hihi

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)