Tudung kanak-kanak

4 hari cuti, ke mana wehhh ??


hye.. hye.. kemahen, kan ! dapat cuti bersambung2 sempena hujung tahun. memang seronok tak terkata ye dok =)

ke mana akak2 semua bawa anak2 ??
saya.. dok melepek di rumah je.

hari khamis
 santai2 di rumah, petang pergi taman teman ayah rania joging sesambil tu  melayan rania di taman menan. dah basah tiak, moh le kita balik. ekekeke.

makin bijak, makin lincah, makin geram nengok.. ada aje keletah rania yang buat umiayah terhibur :-)


 sungguh2 usaha nak panjat kerusi tu..
letih naik turun, main nyorok2 pulak. kemain suka !

 dahaga 
pepandai cari botol air.. 

hari jumaat 
masak2, makan2..
sesambil kopek ikan bilis untuk stok. nak habiskan setengahkilo pon bercinta. mau tak bercinta, rania dok ulang alik mai kacau.. sambil layan, sambil kopek..

petang pergi kenduri di kepong. sebelum isyak dah sampai rumah. ayah rania nak balik kampung. balik naik bas je sebab kami berdua tak ikut. lagipon awal bulan hari tu dah balik, kan ! lagipon saya masih dengan misi untuk rania. in shaa Allah, makin nampak perubahan. walaupon ada cabarannya. i okje ;-)

lagipon kalau kami ikut balik kampung, rania bukannya nak dengan orang. asyik la dok mencari umi ni jugak. main kejap2 gituu je. lepas tu mula la mencari uminya. kalau orang lain ambil, mau menangis. apa kerja pon umi tak boleh nak buat. lepas setakat siapkan makan minum rania je. yang lelain isi rumah yang lain siapkan. segan dibuatnya. 

lagi satu suka main tangga. memang tak terkejar. risau + takut oke. rania bukannya "kemas" lagi naik turun tangga tu. dah la tangga batu. 

kesudahannya, kita duduk di rumah aje. senang. rania kalau di rumah sendiri, memang oke. nak dengar menangis pon boleh bilang berapa kali. memang dia happy sesangat.. 

hari sabtu & ahad
malam tu dah siap2 plan nak kemas rumah. terutamanya ketiga2 bilik. hari2 biasa setakat dok sapu & mop je. jadilah buat hilang habuk sesikit daripada tak buat langsung, kan ! nanti mau beranak pinak, lagi penat nak mengerjakannya..

semenjak ada rania, boleh bilang berapa kali je betul2 kemas ketiga2 bilik tu. nak kemas kena ambil masa, dengan anak kecil, habuk bagai. so, pepagi sabtu & ahad selepas subuh dah mulakan misi mengemas bilik2 tu. satu persatu digeledah.

alhamdulillah, rania sangat2 membantu, membantu cara die lah, kan ! hikhiks. tak kesah lah, asalkan tak buat perangai atau menangis, cukup bertuah dah tapi bab menjerit memang win aaarrr sekarang ni. ape sikit pon nak jerit aje khojenya. bingit telinga sebab nyaring kemahen.. sabaaqqqqqq aje lah... >_<


10 Comments

  1. memang biasa dah anak2 ni suka memanjat,kalau kita larang lagi depa suka, kadang geram je dibuatnya...

    akak cuti 4 hari balik kampung dan cuti2 kuantan..hehehe

    ReplyDelete
  2. Samalah ibu pn x kemana2 duk umah je ngn aqil..
    Ayahnya koje.. Sobsssss!!
    Alolololo comeinya rania..
    Geram nengoknye..

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya peluang membelek/mengemas rumah itu terbaik bila ada cuti panjang macam baru-baru ini. Cuma kalau dah banyak sangat majlis kena pergi kadang mengendalakan program dirancang.

    Rania semakin gebu kakak tengok. Semakin banyak akal tu CikSu:)

    ReplyDelete
  4. akak lik kg mmg keje makan tdo jek heheheeh tapi kalo tak balik kampung dok umah same jek mcm sue...sah2 akak pi outing taman2, bawak budak2 tgk wayang...kemas umah..... tapi esok abg akak cuti sbb nak abiskan cuti die knonnyer...akak nak suh die kemas umah le hahaahaah...

    rania budak bijak....seronok layan kerenah budak byk akal ni kan sue...

    ReplyDelete
  5. anak kita sebaya, tp rania nmpk cam besar sikit dr Adam..hehe..

    dah boleh cakap ke?

    ReplyDelete
  6. makin besar makin byk la keletahnya..budak dah biasa dengan umi memang tak nak ngan org biasanya..anak2 sy dh biasa dengan pengasuh dh biasa tinggal dengan org tu yg peramah lebih..anak2 adik ipar pun macam rania..nk berkepit je ngan ibu depa..

    rajinnya ciksue mengemas..hehe

    ReplyDelete
  7. this weekend 3 ari cuti plak... yahooooo...

    ReplyDelete
  8. kami balik ipoh. kalau balik ipoh ummi abi senang sikit. anak tak merap. sibuk busy main itu ini buat itu ini dekat kampung. tak heran dengan ummi abi dia dah hihihihi

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)