Tudung kanak-kanak

Cara kenalkan telur kepada bayi

10 Bulan

masa ke klinik check up rania 9m, nurse ada tanya, dah mula bagi telur pada anak ke belum. umi jawab belum lagi. katanya, dah boleh mula kenalkan telur pada anak sebab bila genap setahun nanti, akan diberi suntikan MMR. so, sebelum suntikan diberi, kena pastikan sama ada anak kita alah dengan telur atau tidak. saya angguk2 tanda paham.


 oh ya, telur boleh intro ketika umur bayi 8m tapi umi intro telur masa rania umur 10m pada 10/6/2015.  alhamdulilllah, sepanjang kenalkan telur pada rania, tiada ruam atau sebarang alahan yang timbul. lega +___+


sepanjang umi intro telur pada rania, umi rujuk info di blog LADYBARBELLA. sangat membantu segala info yang dikongsikan. terima kasih.  sharing is caring ^_^

jadi.. umi kongsikan kembali cara perkenalkan telur kepada bayi secara berperingkat-peringkat untuk rujukan akan datang. siap print tampal di pintu esbok lagi. hikhiks. supaya mudah untuk sediakan menu berasaskan telur pada rania supaya tak tersasar. maklum la, baru nak belajar memasak makanan bayi, kan !

 PASTIKAN
  •  telur betul-betul masak 
  • telur direbus kendian dicampur dalam puri atau bubur nasi/ nasi
 CARA-CARANYA: 
  • Minggu pertama – 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja

selepas cucuk MMR, rania baik2 aje. alhamdulillah ×____× sampai sekarang, rania suka makan telur. nak2 bila buat sup sayur + telur, telur dadar atau makaroni sup telur.

antara menu yang sempat umi snap untuk rania sepanjang umi intro telur di usia 10 Bulan. 
untuk rania, umi guna telur ayam kampung ;-)

 bubur nasi  + kuning telur + cauliflower + lobak merah + POO

 nasi + kuning telur + puri beetroot + cauliflower + POO

 nasi + POO + sup sayur cauliflower & brokoli + kuning telur


UPDATE:

ada yang bertanya pada saya POO tu apa? itu ringkasan yang saya gunakan untuk Pure Olive Oil (POO). POO boleh digunakan untuk menumis makanan sama ada untuk bayi atau ibu bayi.

kiranya untuk sediakan menu rania, saya akan tumis menggunakan POO bersama hirisan bawang putih. masukkan air, dan masak nasi seperti biasa. bila nasi hampir masak, baru masukkan apa2 sayur yang disukai/ sudah pass untuk anak.

13 Comments

  1. very gd info specially tuk mama2 baru.

    ReplyDelete
  2. bagus info ni..kdg2 ada budak alergik gan telur.. bila inject setahun mula naik ruam2

    ReplyDelete
  3. thanks for the share...xpernah taw plak ada step step utk kenalkan telur pada bby....

    PS : POO tu apa yea?

    ReplyDelete
  4. sedap tengok.

    tapi nurse tempat saya suruh intro telur putih dulu..

    ReplyDelete
  5. Ciksu lagi rajin drpd saya kalau bab jaga makan baby ni. Saya ni tak serajin tu nak cuba sehari demi sehari. heheh.

    ReplyDelete
  6. Zayed pon suke telur jugak..hihi..mcm.abg die dulu ada ruam sket masa mula2 introduce telut..yg adik.alhamdulillah terus pass..hihi

    ReplyDelete
  7. info yg bagus sue...akak anak2 dah besar ni lupe gak...bile bace balik baru recall balik...alhamdulillah rania lulus telur....sebab ade kawan akak anak die alergik telu...kalo nak amik mmr tu kene standby admit ward bagai...payah gak...tapi mujur tak teruk mane sgt alergik nye cume tetap kene dok ward sbb nak kene pantau....

    ReplyDelete
  8. Rajinnya ummi Rania ni..mesti Rania sihat dan kuat bila dah besar nanti.

    ReplyDelete
  9. Hiji kalo intro kat baby rasanya mama dia makan banyak dari baby...hahahaha...bukan awak..kite la...hihihi

    ReplyDelete
  10. bagus ummi rania. semua makanan yang sihat2 je masuk dalam perut rania :)

    ReplyDelete
  11. mimi pernah bengkak2 satu muka kerana alergic telur..huhu..

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)