Tudung kanak-kanak

Tips Untuk Majlis Hari Lahir


bulan OGOS yang lepas, saya sempat buat sambutan hari lahir Rania yang pertama. 


gambar2 sekitar majlis hari lahir Rania hari tu, nanti2 umi kongsikan dalam entry akan datang.. umi belum puas dok peram dalam draft nun haaa.. entah bila nak publish pon tak tau la.. ambil masa sungguh.. lalalaala ^_^ maklum la, majlis pon biasa2 je.. saje nak mengembirakan tok&tokwan rania di kampung. lagipon rania cucu sulung. memang kesayangan sangatttt.. 


 apa yang penting umi sesaje cari kerja :) hikhik. itu sebab semuanya umi D.I.Y.  maka bertambahlah seronok dan berpuas hati bila dapat laksanakannya..

alhamdulillah impian umi nak realisasikannya tercapai juga walaupon ada juga yang tertinggal ^_^ heran sungguh, sejak lepas bersalinkan Rania ni, umi kerap lupa la.. walaupon dah dok peringatkan diri ni berkali2. tapi sudahnya ada juga yang terpaksa ditinggalkan. nasib le, kan ! terima aja takdirnya ;)

so, ari ni nak kongsikan beberapa tips sebelum merancang sebuah majlis hari lahir.. terpulang pada bajet yang ada.. besar atau kecil sebuah majlis bukan itu persoalannya.. apa yang penting keberkatan setiap majlis yang diadakan.. in shaa Allah..

sebelum buat majlis hari lahir, ada beberapa perkara yang harus difikirkan supaya majlis berlangsung dengan jayanya. antaranya ialah :

  1. Bajet - ini terpulang pada ibubapa berapa yang sanggup dikeluarkan untuk menganjurkan sebuah majlis selain bergantung kepada kewangan ibubapa juga.. tepuk poket tanya berapa yang boleh ^_^ . ukur baju di badan sendiri.
  2. Tema Majlis - Tema ni penting juga sebab ianya akan memudahkan setiap tugasan yang akan dibuat nanti.. contohnya pemilihan kek, cup cakes, goodies bag, makanan dan aktiviti.. untuk tema boleh dipilih antaranya watak kartun kegemaran anak, warna kegemaran, binatang atau apa sahaja yang menarik dan sesuai dijadikan tema.. ibubapa, kan kreatif ! so, terpulang.. untuk ulangtahun pertama tema majlis ikut tema umi lah ye Rania. hikhikhik. umi yang terlebey excited benornya. 
  3. Tempat Majlis - Jika berkemampuan boleh buat di mana mana sahaja.. contohnya KFC, kelab golf, tadika anak-anak atau mana2 yang dirasakan sesuai.. contohnya kalau buat di KFC perlulah buat perbincangan seawal yang boleh supaya majlis berjalan dengan lancar.. boleh juga dibuat di rumahku syurgaku.. sebolehhnya keutamaan untuk anak2.. jika tempatnya luas dan selesa maka mood anak2 pon happy lah, kan ! dapat bermain dan berseronok dengan gembiranya.. 
  4. Menu - Boleh dipilih atau ditentukan mengikut senarai tetamu yanng diundang.. jika ramai kanak2 yang dijemput maka lebihkan lah makanan untuk anak2 supaya mereka juga dapat menikmatinya dengan aman.. makanan pulak semestinya lebih kepada makanam yang manis2, berwarna-warni dan berkhasiat.. untuk menu orang dewasa.. apa2 pon boleh.. tolak kayu dengan batu je kot.. hahahaha.. contohnya nasi goreng cina, pasta, bihun atau apa sahaja yang dirasakan sesuai.. 
  5. Aktiviti - Jika rajin boleh lah aturkan apa2 aktiviti untuk menghiburkan kanak2.. hias cup cakes ke, tiup belon ke.. kalau ada bajet lebih boleh panggil badut.. comfirm meriah majlis tu nanti, kan ;) contohnya kalau majlis dibuat di KFC sudah tentu lah pihak dorang yang aturkan, sebagai ibubapa tak payah dah nak penat2 pikir.. just sediakan ongkosnya saje.. macam saya sebelum ni pernah sambut majlis hari lahir dengan anak2 di tadika.. untuk aktiviti memang tak ada buat apa2.. waktu rehat tu just bagi dorang makan macm biasa.. and then besday boy/ girl akan potong kek.. sebelum potong kek kengkawan akan nyanyi beramai2.. gitu je la sambutannya.. 
pendek kata tepuk poket, ikut kemampuan.. apa pon semoga majlis yang ingin kita laksanakan tu nanti, mendapat keberkatannya, kan ! 




18 Comments

  1. Sy tak pernah buat sambutan hari lahir anak2..kami sambut dengan cara kami je..wish besday hug n kiss pastu potong kek.anak2 pun tak diajar tentang hadiah.depa pun tak pnah mitak hadiah harijadi..klu nk apa2 tak birthday pun mintak

    ReplyDelete
  2. wah...mest eksaited ummi buat semua tu untuk rania kan...

    ReplyDelete
  3. Itulah yg buat kakak tak sabar nak tengok gambar-gambarnya
    Sambutan sebagai kesyukuran anak dah bertambah besar:)

    ReplyDelete
  4. Bila ada guide line in sha Allah kekurangan dan kesilapan boleh diminimumkan..

    ReplyDelete
  5. nice sharing.cepat2 share gambar rania on 1st bday k.

    ReplyDelete
  6. wah..Alhamdulillah berjaya juga sambutan birthday Rania ye sis.. kecil-kecilan pun janji semuanya happy..:)

    ReplyDelete
  7. mv pernah sekali jer buat sambutan..itu pun utk abg haikal..yg lain buat juga tapi utk sendri jer...tips ni mmg berguna

    ReplyDelete
  8. Pernah jugak buat majlis hari jadi anak yg bongsu sekali, yg no. 2 sekali.....itu ajelah....panggil badut jauh sekalilah sebab bajet ciput hihi....
    Bagus ada checklist cenggini Cik Sue....well planned gitu....ini tidak, okje main sembrono je haha...

    ReplyDelete
  9. kena list smua dlu, baru xlupa,,hehe

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..memang puas hati bila semuanya kitabuat sendiri kan cik sue..selamat hari lahir rania...

    ReplyDelete
  11. LAH INGATKAN ADA GAMBAR LAIN... SABOLAH UMI DOK PERAM.. SY PULAK PESEN BUAT SELANG SETAHUNN.. TAHUN NI BUAT TAHUN DPN X BUAT .. MMG IKUT BAJET KIKIKIKI

    ReplyDelete
  12. info yg bagus !
    *zaza pun tgah prepare utk besday skrg ni hehe..

    ReplyDelete
  13. Pasti meriah tu ...yelah anak sulung dan harijadi pertama pulak tu...
    Dah besar anak dara Sue tu yer...kejap jer masa berlalu...

    ReplyDelete
  14. seronok la kalau buat di rumah sendiri... lebih selesa kot rasanya... saya pernah buat di Mc'D dulu masa duduk di kuantan... tapi macam semua terhad... walaupun budak2 lain seronok,ada badut, activities... tapi tu la... macam kepuasan tu kurang la...

    ReplyDelete
  15. betol. besar kecik tu bukan ukuran. yang penting anak seronok kitap un seronok. kami lebih prefer buat dekat rumah sebab tau anak jenis nak main lepas bebas. nanti kalau buat dekat luar nak kena kepong bagai. anak pun jadi xsyok nanti

    ReplyDelete
  16. Pernah buat masa anak 1st jer. Masuk 2nd & 3rd just beli kek ☺

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)