Tudung kanak-kanak

Resepi Untuk Bayi - Homemade Serbuk Ikan Bilis

8 BULAN

mula intro ikan bilis untuk Rania. hari tu, umi dah bagitau yang rania alah dengan ikan bilis, sebab lepas umi intro homemade stok ikan bilis ni, 3,4 hari lepas tu umi perasan yang rania asyik garu2 telinga. jadi.. umi stop bagi ikan bilis. baru2 ni selepas genap setahun, umi try bagi lagi. alhamdulillah, dah tak da garu2 dan tak da tanda2 merah naik macam hari tu.

tujuan buat stok ikan bilis ialah untuk memudahkan umi sekiranya nak travel ke mana2. selain, digunakan sebagai perasa masin dalam menu anak. 

kalau tak nak buat stok serbuk ikan bilis ni, boleh je terus cuci segala isi perut ikan bilis, pastu rendam, basuh bersih2 nanti boleh la dicampur dalam bubur nasi masa tengah masak tu. so.. terpulang lah nak buat macam mana pon, yang penting ikut selera anak memasing.

jom belajar buat serbuk ikan bilis homemade walaupon ada antara uols dah mahir. hikhiks. seronok bila dapat belajar buat benda yang baru untuk anak, kan ! 

cara-caranya:

ambil dalam segenggam je untuk permulaan buat serbuk ikan bilis. umi guna ikan bilis putih. ayah kata paling mahal masa beli hari tu.

memula kopek ikan bilis macam biasa, buang tulang, tahi, kepala pe semua yang tak dikehendaki.

kendian rendam ikan bilis sebab nak kurangkan masinnya. 

sejat/ tos ikan bilis yang direndam tadi..


sangai dalam kuali.


nampak ! dah mula garingkan. buat stok dalam tempoh berpantang pon baguih ni sebab tak guna minyak. kalau tak alah dengan ikan bilis oke lah. kalau yang alah, kang jenuh menggaru pulak. hikhiks. pastu makan dengan nasi panas + lada hitam. sedap nih :)


kisar sampai halus oke. ini belum halus lagi. nampak, kan !


cuma.. umi rasa rania macam tak suka je dengan ikan bilis. kalau tak suka ikan bilis, nanti tak boleh la umi buat cucuq ikan bilis. sedap tau cucuq ikan bilis cicah sos cili homemade. lagi satu sambal ikan bilis pon sedap. makan dengan nasi lemak. ekekekeeekkk (",)

nanti2 umi buat cucuq ikan bilis pulak oke. kita try and error ^_* pa pe pon umi harap sangat rania suka makan ikan bilis.


13 Comments

  1. Bagus ummi rania ni, homemade , secure je kan :)

    ReplyDelete
  2. mudah kan kalau buat stok gini siap2. cuma mcm hakak yg bnyk anak ni, sekali masak terus. jarang nk buat stok2 mcmni. x sempat n kdg2 x terfikir pun..hahaha.. :D

    (lama x singgah sini..blog hakakkk pun jarang berupdate skang akibat kekangan masa..huhu...suriaqistina.blogspot.com)

    ReplyDelete
  3. tak apa..slow slow..sikit sikit..bagi lidah suai kenal dulu..hehehehe..hye Rania..gigih umi awak sangan ikan bilis sayang..makan ye..sedap tu..

    ReplyDelete
  4. Oh... kakak dulu pun buat macam ini CikSu
    Anak-anak kakak masa baby semuanya makan ikan bilis tak kiralah diblend ke tumbuk. Bibik kakak dulu rajin..

    Makan potato rebus lenyek letak ini pun baby suka tau (anak kakak dululah..)

    ReplyDelete
  5. pernah juga buat camni..tp afia tak suka sangat pun.biasa klu msk bubur terus masuk ikan bilis pasu blend skali semua..setel.hehe

    ReplyDelete
  6. lissa suka ikan bilis ! hehe

    ReplyDelete
  7. baru rasa masin2 semualajadi tanpa bahan perasa kann

    ReplyDelete
  8. anak-anak saya dulu cukup suka makan ikan bilis ni
    kadang kalau diorang tak habis
    saya p balun =)

    ReplyDelete
  9. Kita hritu x pndai btul nk buat cenggini. Skrng ni zahra mkn ikut bedal dia suka je. Hee

    ReplyDelete
  10. rajin ciksu buat sendiri..tapi bagus macam ni, semuanya homemade lagi terjamin kebersihannya kan

    ReplyDelete
  11. buat masa ni memang ikan bilis putih yg paling mahal antara ikan bilis tambah yang dah siap kopek. tp ikan bilis yang sedap selain ank tamban

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)