Tudung kanak-kanak

Resepi Untuk Bayi - 9 Bulan Dan Ke Atas

9 BULAN

Umi suruh ayah belikan Ikan Salmon sebagai sumber protein. umi pilih ikan salmon sebab katanya kandungan merkurinya rendah, sama macam ikan bilis. 

masuk umur 9 bulan, bubur nasi umi mula masak atas dapur gas macam biasa. just ambil sesudu beras, basuh, lebihkan air. biar masak sempurna. baru masukkan ikan salmon + sayur.

untuk sayur.. umi just parut halus2 je. dah tak da buat stok puri kecuali kalau ada sayur baru yang baru umi intro, memang umi buat puri. 

Masa kenalkan ikan salmon ni pon umi perasan juga. tetiba umi nampak bahagian belakang leher Rania merah2. di leher sahaja tempat lain tak ada. puncanya Rania suka garu2 jugak. So, umi stop juga daripada bagi ikan salmon.. setiap hari umi tepekkan Rania dengan bedak sejuk setiap kali selepas mandi, alhamdulillah, semakin hari, semakin baik.

kebetulan pulak masa umur 9 bulan juga, buat pertama kalinya Rania demam. agak tinggi suhunya. hukhuk.
nanti umi kongsikan, pertama kali jaga anak demam.  

antara menu bubur nasi dengan ikan salmon.

Rania suka makan menu berkuah. bila dapat hirup kuah, kemain lagi ×_×


ini ikan salmon masak ala2 singgang gituu. banyak juga Rania makan walaupon tak habis, sebab masa ni Rania demam. lepas suap makan, Rania tak muntahkan balik. alhamdulillah.

resepi singgang ikan salmonmasukkan air dalam periuk, letakkan bawang merah, putih, kunyit hidup, halia, asam keping (agak2 je bahan). didihkan. ikan salmon sapu unsalted butter, kendian dibalut dengan aluminium foil. bakar sekejap. agak dh masak, masukkan dalam kuah singgang. 

Bubur Nasi + Salmon 
Bubur Nasi + Salmon + Labu
Bubur Nasi + Salmon + Lobak Merah
Bubur Nasi + Salmon + Sweet Potatoes
Bubur Nasi + Salmon + Sawi


 bubur nasi + lobak merah + sawi + salmon

baru2 ni (1 tahun 2 bulan) umi cuba bagi ikan salmon lagi, alhamdulillah, rania suka makan dan tiada ruam2 yang tak dikehendaki dijumpai.

umi perasan yang rania suka sangat makan ikan. setakat ni umi dah intro ikan salmon, ikan tenggiri, ikan bawal emas, ikan tongkol dan ikan kembung/ temenung. umi tengok rania ratah gituu je. umi pilih ikan2 ni sebab ikan2 ni mudah untuk di makan selain tak banyak tulang. bukan nak ajar anak makan ikan mahal je tapi cuba bagi ikut sesuai dengan umur. 

bab ikan ni selalu gak umiayah bertikam lidah sebab ayah tak dan2 nak ajar anak dia ni makan ikan sungai. ye, umi paham ayah nak rania belajar makan semua ikan, tapi sabar kejap ye.. pelan2 la. umi risau sebab ikan sungai tu BANYAK TULANG2 HALUS. so, agak2 la ayah ye. bukan tak mo ajar tapi belum sampai masanya lagi, kan :) 

boleh ke hari tu ayah ajak umi ajar rania makan ikan terubuk. perghhh ! berdesing telinga umi ni tau. puas dok explain dekat ayah itu ini. sabaqqqq je lah ^_^

sebolehnya, bab makan ikan pon umi nak rania ikut ayah juga sebab ayah memang suka makan & ratah ikan. jangan ikut umi, umi ni ikan sungai memang tak makan. walaupon duduk kampung tapi kampung umi tak ada sungai besar macam sungai perak. sungai perak ni boleh dikatakan "lubuk ikan sungai" juga. macam2 jenis ikan sungai umi tengok & kenal selepas kawin dengan ayah tapi tu la umi memang tak gheti nak makan.

entah.. tak berminat nak mencuba. 

5 Comments

  1. bagi makan ikan yg xbyk tulang dlu, hehe

    ReplyDelete
  2. Ikn terubok mmng sdap. Tp tulang2 nya.. Hazab nk buang. Blm smpai msa nya lg bby nk mkn ikn gitu. Bhya kn. Kita pn xpndai mkn ikn sngai.heee

    ReplyDelete
  3. bagus tu ajar anak-anak dari awal, akak pun ajar anak2 makan ikan, takut jadi macam mama dorang ni tak makan ikan..cuma bila dah umur dewasa ni baru cuba2 makan ikan..adehhh

    ReplyDelete
  4. hihihihi ayah eksaited tu. uwais pun suka makan sup. tmbh singgang tu. sekali makan dua ekor ikan temenung dia hadap sorg. rania blh geng dgn abg uwais

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)