Tudung kanak-kanak

Jerebu di kampung saya

uisshhh. sungguh tak disangka-sangka. amat teruk sekali jerebu kali ni. 

patut la masa call mak, mak kata sebelum ni tak teruk tapi 2,3 hari ni makin teruk. so, tak dapat nak bayangkan tahap jerebu tu macam mana.

ini gambar ehsan kawan dalam group whatsapp.

kalau nak ke kampung ku kena turuih ke depan lagi nun haaaa.. tapi kalau nak pi beli mempelam leh masuk ikut simpang tu..

laluan ni juga kenangan untuk kami sekeluarga. arwah adik kemalangan di laluan ini lah. hampir 3 tahun berlalu, setiap kali balik kampung, pasti lalu jalan ni. segalanya menggamit kembali.. 

al-fatihah.. 


simpang ni haaa.. kendian terus je lalu ikut ban/ jalan tepi sungai

jelas lagi nyata, kan ! pemandangan mata kasar sudah nampak teruknya tahap jerebu. inikan pula jika kita menghirup udara yang tak berapa nak segar tu.. 


setiap kali balik kampung memang akan nampak pemandangan bendang ni. teruja oke. bila dapat tengok bendang. rasa tenang, damai sangat. maklum la, anak pesawah dan dibesarkan di kampung. mana betah duduk lelama di bandar. ada saja yang tidak kena.

tapi apakan daya....


14 Comments

  1. Tula kak sue , smalm tgk ipu sedrhana lagi, hari dah tak sihat. duk kat tadika dah gatai gatai dah hidung. moga Allah lindung kita semua. Aamiin

    ReplyDelete
  2. Tahniah kerana bakal bergelar ibu.
    Thanks singgah blog dan tinggalkan komen.

    ReplyDelete
  3. Kehijauan sawah bendang mendamaikan...sangat..

    ReplyDelete
  4. Memang dah makin teruk jerebu belah utara ni.. Di Penang pun kelabu asap ja pemandangan.. Rimas..

    ReplyDelete
  5. teruknya jerebu kan..sakit pandnagan mata!

    ReplyDelete
  6. memang teruk kat sini. bernafas pun rasa tersekat dada, pagi ni tadi hujan tapi hujan asid. bau asap jerebu tu kuat sangat sampai masuk dalam rumah(tingkap atas tu style tingkap yang tak leh tutup tu haaa) huuuu

    **sup siam tu bukan tomyam tu, bukan jugak tomyam putih. aah rasa dia masam2 pedas tapi memang terangkat kalau makan. tambah kalau sup ekor, sup tulang perggghhh hihihihihi

    **jemput jemput la jemput la kita gi kenduri kampung terigin nak makan gulai embut pisang tu haaa huuuuu

    **boleh je kalau balik kedah nak oder kek tu haaa. bgtau je siap ;)

    ReplyDelete
  7. Sama la kat ipoh ni pn ciksu.. Jerebu kuat sngt.. Bau asap pn rsa semacam je..

    ReplyDelete
  8. Jerebu memang makin teruk sekarang. Kena hati - hati :)

    ReplyDelete
  9. Kt peanang pn blkang asrama sawah pdi mmng segar mta memandang

    ReplyDelete
  10. jerebu memang makin teruk kan.kesian sangat pada yang memang ada masalah kesihatan dari segi pernafasan ni.kita yang normal ni pun rasa sesak jadinya.

    erm,jerebu macam ni,susah nak nampak keadaan sekeliling.tak dapat nak nikmati keindahan kampung..

    ReplyDelete
  11. Tu la.. Call mak kat kedah pun kata jerebu juga...

    ReplyDelete
  12. untung kampung ada pemandangan cantik saujana mata memandang :)
    kampung aida tepi laut.
    tapi pantai nyer da rosak.
    hakisan dek krn town melaka tambak laut :(

    ReplyDelete
  13. memang agak teruk jerebu sekarang nih..

    seronok tengok pemandangan, bendang yang menghijau tu, damai je rasa

    ReplyDelete
  14. innalillahi wainnailaihirojiun.... al-fatihah buat adik ciksu... sakitnya rindu bila lalu tempat kemalangan maut org yg kita kenal/rapat...

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)