Tudung kanak-kanak

Food Feeder


sempena umur rania menjangkau 7 bulan + bulan mac, 2015 hari tu, umi bagi rania rasmikan food feeder yang umi beli di One Baby World.

hari ni.. setelah sekian lama Rania guna food feeder, nak lah juga umi review pasal gadjet baru untuk bayi ni. mana tau kot2 ada yang terbekenan nak beli food feeder untuk anak atau cucu nanti, kan !



untuk Rania.. umi belikan food feeder brand Autumz sebab harganya lebih murah berbanding jenama2 lain. umi paling suka sebab teat feeder brand Autumz sangat lembut, mudah untuk dibuka serta dicuci silikon tu selepas digunakan dan ianya mudah dipegang. siap ada penutup dan amat mudah bila nak di bawa ke mana saja.

seawal bayi berusia 6 bulan + dah boleh mula bagi. kiranya bila dah mula bagi makanan pejal la. tujuan guna food feeder ni ialah untuk membantu bayi hisap makanan yang diberi. sesuai waktu usia sebegini sebab bayi belum ada gigi untuk mengunyah sayur atau buah yang diberi. bila sayur atau buah tadi diletakkan dalam food feeder, risiko untuk bayi tercekik atau tertelan buah atau sayur tadi dapat dielakkan.


jadi.. buah pertama yang umi letak dalam food feeder ialah buah kurma. umi nak rania jadikan buah kurma sebagai menu utama dalam pemakanan seharian nanti. amalkan pemakanan sunnah. lagipon bila kita amalkan makan buah kurma ni bagus dan banyak khasiatnya :)

selain buah kurma, ada juga umi letak buah dan sayur lain. selalunya, buah dan sayur yang sudah siap sedia di stim. contohnya epal, pear, carrot & kentang. kekadang letak juga mangga & betik. kalau letak mangga, sekejap je dah habis. laju betul dihisapnya. mangga kan manis.

aksi Rania dengan food feeder kesayangan :) bila puas hisap akan dipenyek2 food feeder tu. habis melekit jari jemari.



alhamdulillah, setakat usia sekarang Rania tak ada masalah nak "lupakan" food feeder tu. means tak ada la ketagih nak hisap macam puting kosong. nampak normal la.

lagipon saya memang tak bagi Rania hisap puting kosong. jangan kata puting kosong tak nak hisap, puting botol yang saya pam susu pon Rania tak berminat. gigih la si umi ni buat stok. tapi silap umi juga, mula lambat. nanti2 la kita sembang bab ni.. 


9 Comments

  1. tengok ni teringat pula food feeder yang pernah kami beli untuk nazif, entah ke kat mana dah letaknya, kalau beranak lagi emmang kena beli baru banyak bendalah nampaknya..suka juga ada benda ni, mudahkan kita ank bagi anak makan buah dan sayur.. memang nazif sejak kecil dia jenis mudah makan rasanya, jadi seronok belikan benda ni ..

    ReplyDelete
  2. dulu nana tau benda ni dari blog mana tah, tengok senangnya kalau nak bagi makan anak. heeeeee. macam2 da ada sekarang :)

    ReplyDelete
  3. Sama brand dengan afia dulu..sy pun belikan autumnz jugak..tp tu lah dia tak pandai sangat guna menatang ni..dia suka puri je terus telan.
    Malas gigit kekdahnya.haha

    ReplyDelete
  4. food feeder pun ada beli masa hakimi ekcik2 dulu skrg xtau mne peginya.. mmg banyak kegunaan.. ajar anak makan sendiri

    ReplyDelete
  5. Hi hi..tak pernah tau pasal benda ni..ingatkan macam botol susu je tadi. Tapi tengok baby Rania enjoy, semoga terus makan dengan baik dan membesar dengan baik ya sayang..

    ReplyDelete
  6. Asslmkm ciksu.. Waa.. Pndai rania mkn guna tu ye. Mksu zahra punya excited dok bli kn. Tp zahra x bekenan nk guna. Dicampak2 kn nya. Last2 tersimpan dlm bakul mainan dia..

    ReplyDelete
  7. Baru tahu ada food feeder ni. Hehehe Tak pernah tengok sebelum ni

    ReplyDelete
  8. slalu tgk lara alana pakai ni..
    igtkan apa mula2..skarang bykkan kmudahan utk baby2

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)