Jumaat lepas, saya buat
ketam goreng telur masin. rasanya dah hampir seminggu kot saya tak masak betul betul. ye la, sibuk siapkan sekut raya.
lagipon siang ayah rania kerja, so, memang tak adanya beria nak masak. malam, just makan oat dengan susu dan buah buahan. tu je.
Jadinya, kita..
Ulang lagi buat
ketam goreng telur masin. hari tu, masa buat di kampung guna anak anak ketam yang comey lotey. untuk kali ni, kita guna mak ketam plakkk. ekekeke :) sebab area kl nak cari anak anak ketam memang tak jumpa lah, kan ! area kedah ok la sebab dekat dengan laut. mudah kot nak dapat.
ayah rania kemain lagi makan nasi. bertambah tambah. katanya lepas ni jangan dah dibuat begini. kemain menambah nasi. acaner nak kurus???
no komen. ihiks ;)
jom tengok bahan bahannya:
kena ada ketam sebagai heronya. bawang putih (dadu), cili padi (potong bulat), telur masin direbus asingkan (kuning 4 biji, putih 1 biji) hancurkan, daun kari, garam, lada sulah, susu cair, tepung jagung dan mentega.
kali ni saya tak terus goreng tapi saya celur sekejap ketam dalam air panas sebab tak nak nanti masa goreng isinya melekat pada kulit, so, tak puas nak makan. ketam kalau digoreng memang la kan, isinya akan melekat lekat di cenkerangnya. bila direbus atau dibuat sup, isinya lagi mudah tanggal dan sedap diratah.
kendian buat syarat je saya goreng dalam minyak panas. just nak bagi lekat tepung jagung.
untuk goreng, just lumurkan ketam dengan lada sulah, garam dan tepung jagung. angkat dan toskan minyak.
tumis bawang putih dengan mentega sampai layu dan wangi.
masukkan cili padi dan daun kari.
masukkan telur kuning dan putih. kacau kacau.
kendian masukkan susu cair ikut kesukaan memasing.
saya perasakan dengan gula sikit.
kacau kacau bagi rata baru masukkan ketam. kacau lagi dan biarkan sekejap.
dah siap. tutup api.
NAK PESAN. kalau nak makan ketam goreng telur masin ni saya sarankan uols ratah aje. jangan dimakan dengan nasi.
sebab??
sebab nanti nasi akan jauh ditinggalkan. hahaha. mulut asyik dok mengunyah isi ketam. pastu tangan pulakk dok sibuk kopek kulit, dah tu masa mana nak suap nasi ke mulut. hahahaha. tak caya cakap saya cubalah buat.
actually, bila ratah tu memang puas makan la. tak ada gangguan. itu je ^0^
tapi kan, dia punya awas awas tu memang sedap digaul dan dimakan dengan nasi. sedappp sangat.
lepas ni tak payah order di kedai. just order di dapur ciksu sajok, boleh la kan !
pppssstt: tak sabarnya nak masak untuk rania pulak lepas ni.
20 Comments
Sedapnya ketam ciksu.. Baca story ciksu ni, buat wawa kecur liur je.. Hehe
ReplyDeleteUntuk Rania punya resepi ketam tak ada ke?
ReplyDeleteStim dgn bawang putih dan halia aje pun dah sedap kan Rania kan...:)
Yg bertelur masin ini biar umi dan ayah ajelah makan puas-puas:)
x pernah buat lg.. makan pon x pernah.. heee..boleh try ni
ReplyDeletebetul2, kalau ade ketam, nasi memang tolak tepi, hehe
ReplyDeleteWah menarik ni..in sya Allah boleh cuba..lemak ketam tu yang sedap makan dengan nasi panas..
ReplyDeletesedapnya.. terus lapar dibuatnya..
ReplyDeletebetul tu.. ketam best diratah.. sebab nak mengopek kulitnya bagai.. ^_^
nak.... gulp.
ReplyDeleteTghri tadi baru buat sup ketam sejam kot kat meja makan, pastu sakit perut(alergik kot) dalam periuk ade lg 3ekor tu Cikna nk sambung mkn lg la,huhuu.....;-)
ReplyDeleteSedapnyaa. Hari tu nani try buat sotong. :D
ReplyDeletesedapnyaaa.. dah lame tak makan ketamm
ReplyDeleteNanti bila bila nak try jugak
ReplyDeletesedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
ReplyDeleteFida tak pandai masak ketam..Hari tu masak pun beli rencah siap dah..lagipun nak makan ketam setahun sekali boleh la..kalau seminggu sekali..mau botak kepala cik abg.Ketam kat Kl ni mahal sikit
ReplyDeletedok teringin nak buat tapi tak buat2 lagi hihihihihi
ReplyDeleteamboiii sedap tu ciksu ketam telur masin
ReplyDeletesedapnya ciksu..ciksu ni kreatif memasak kan
ReplyDeleteadoiii...bikin kecur ayer liur aje
ReplyDeletenak masak sendiri...mau becinta ni
sedap aje nampak cik su masak
sedapnya ciksue.. berjus.. adehh.. T_T
ReplyDeleteaida x pernah masak ketam.
ReplyDeletebeli aje.
sebab part susah nak makan tu. letih :)
Sedapnya ketam masak cenggini cik Sue, tak pernah cuba. Banyak jugak tu kena guna telur masin.....
ReplyDelete﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)