Tudung kanak-kanak

Ikan Kukus Asam Boi

Menu Ikan Kukus Asam Boi entah bila punya. terjumpa gambar maka teruskan aje lah. 

Sedap dihirup kuah Ikan Kukus Asam Boi ketika masih baru diangkat. berpeluh peluh nanti. barulah best, kan :) 

Ikan Kukus Asam Boi peberet ayah rania. ikan pon guna ikut sedap di tekak. sampai suruh diajar macam mana nak buat. kalau boleh hari hari nak masak macam ni. maklum la, ayah rania kan rak berapa suka menu yang berminyak. so, menu Ikan Kukus Asam Boi ni memang mengenalah dengan seleranya.

Jom masak Ikan Kukus Asam Boi.. memula.. 

Asam boi rendam dalam air panas bagi kembang. biarkan.

Selesai bab itu, hiris halus halia + bawang besar. lobak merah dipotong bulat. satukan kesemuanya dengan gula + garam + air sedikit. gaul sebati. 

Serai dan cili padi diketuk. 

Susun serai di dasar, tabur bahan hirisan tadi separuh + letak ikan kesukaan + tuang air asam boi yang direndam tadi + air limau nipis + habiskan bahan hirisan tadi. tutup.

Kukus sehingga ikan masak. pepandai suaikan rasa kuahnya. nak masam masin manis pedas, terpulang pada citarasa sendiri, kan ^_^


Tadaaaa. siap sudah Ikan Kukus Asam Boi. sedapppp. masam masam manis pedas. gituu ;)

Ada ikan tenggiri dan ikan temenung. suka hiris halia halus melidi sebab nanti senang nak makan. 

Settle bab makan. 

Lagu mana ni. katanya nak update kisah my little princess, Rania sempena bulan kelahirannya, kan ! tapi boleh bilang dengan jari hanya berapa entry sahaja berjaya dipublish. aduh. duh. ciksu. ciksu. 

Sibuk sikit. ada hal yang perlu diselesaikan untuk aktiviti hujung minggu nanti. harapnya berjalan dengan lancar. aamiin :D

19 Comments

  1. Ya Allah sedapnya, terliur wawa..")

    ReplyDelete
  2. tengkiu cik sueeee nak buat jugak la.. harap budak2 suka jugak.

    ReplyDelete
  3. Dah siap dah ikan kukus asam boi... panas2 ni..sakit tekak elok sangat lah masak kukus2 macam ni....kuah kasi lebih sikit ....hirup... sedapnyer..

    Terima kasih resipinyer ciksu...

    ReplyDelete
  4. wow menarik ni sue....nanti akak nak try gak lah....kene beli asam boi nie heheheeheh...selalu makan kat kedai jek kan.... tu laa akak pun suke hiris halia muda mcm tu...nanti mase makan nasi amik sekali makan halia tu...bagus utk badan...buang angin dlm badan kan.....

    ye laa su cepat karang kisah rania...tak sabar akak nak bace nieh....

    ReplyDelete
  5. untuk orang yang nak diet leh lah try menu ni kan...menu sihat..

    ReplyDelete
  6. untuk orang yang nak diet leh lah try menu ni kan...menu sihat..

    ReplyDelete
  7. zaza dgn suami pun suka ikn kukus ni..

    ReplyDelete
  8. sedap nampaknya tu..boleh akak tambah dalam list menu akak nanti

    ReplyDelete
  9. Selalu buh asam jawa jer cik Sue....tak pernah try asam boi ni....Kat kedai selalu buh asam boi kan....
    Ni kira style kedailah ek....

    ReplyDelete
  10. makan asam boi.
    minum air asam boi.
    masak gini dgn asam boi aida x pernah lagi.
    tq for sharing.
    boleh cuba bebesok :)

    ReplyDelete
  11. pernah dengar tapi tak pernah cuba
    nampak sedap

    ReplyDelete
  12. Sedap.. tapi Ros tak pandai buat..

    ReplyDelete
  13. Thanx ciksu untuk resepi... boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  14. adoiiiiii kira yang tengok pun meleleh ailio dah haaaaaaa :p

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)