Tudung kanak-kanak

Tema Raya 2015


tahun ni boleh la nak bertema bagai. sebabnya dulu-dulu, tema kami laki bini.. pakai ikut dan ja. 

saya yang kena beli baju ikut warna baju melayu cik suami. sebab al-maklum le, cik suami kawe tu bukannya mahu beli baju melayu. katanya jarang-jarang sekali nak pakai. so, kena la rotate sokmo. contohnya, tahun ni warna hijau.. tahun depan warna maroon. tahun lagi satu ulang balik warna hijau.. haaa gituuu la untuk tahun seterusnya..

tapiiiiii tahun ni kami berpeluang untuk melaram baju raya dengan tema yang saya sendiri pilih. my peberet colour. hewhewhew T_T

saya jenis berpegang pada janji. cik abe dah janji dengan saya katanya bila dah anak baru kita sedondon. so, harapan la tahun ni  dapat berdondon don (:

Royal Blue


baju melayu ayah dari aaron aziz. beli last minute. time happy hour. dapat la RM 100 sepasang di Jakel Mall. 

baju umi dari feedmilk. jubah menyusu sangatttt cantik dan selesa dipakai. beli masa ekspo baby last year di pwtc. belum pernah di pakai sebab labuh benor. selepas di alter baru sedap di pakai. itu yang nak dipakai pagi raya. masa beli pon dapat harga diskaun, RM100 jek. 

baju rania dari tinybambam. dress diva yang sangat cute. suka sebab simple dan saya rasa sesuai untuk rania pakai di hari raya. memandangkan cuaca di kampung yang panas. kalau buat baju kurung, comfirm rania tak selesa. dapat saiz M. dah senteng sikit dengan rania. harga RM40 termasuk postage.

kalau uols nak tau, kan ! asalnya tak dapat dah dress rania ni. banyak sungguh rintangannya. akhirnya memang rezeki rania. dapat juga umi belikan. satu-satunya umi beli online. untuk diri umi sendiri pon umi tak pernah beli online tau, risau plus takut tak muat atau tersalah saiz. ini sebab suka dan jatuh cinta sangat. gigih nak jugak-jugak. kebetulan masa tu ayah rania masuk wad. umi memang tak sempat nak pergi bank in duit. mulanya dah nak kena let go baju ni. sudahnya, acaner ntah dapat la juga. 

semuanya beli ready made aje. senang. kalau beli kain, upah. rasanya lebih kurang aje harganya. kalau tailor jahit sedap, selesa dipakai, oke la. buatnya tak oke. sapa yang hangin, diri sendiri jugakkan. 

baju untuk raya ketama sahaja. untuk hari2 seterusnya umi just mecing2kan dengan baju umi yang sedia ada. rania dengan ayah aje tambah koleksi. umi tak payah la. bukan nak ke mana pon selepas beraya. kalau bekerja boleh juga melaram ke pejabat. kehkehkeh ^_^

9 Comments

  1. wahhh cantiknya warna royal blue ni :)

    ReplyDelete
  2. Wah sedondon n bertema baju raya kalian tahun ni yea...
    Bunda anak beranak dari lagi tak pernah bertema2....main pakai jer...dah jadi caca marba....

    Lagi pun arwah suami bunda dulu tak suka...dah macam boria katanya...so terikut2 lh kami pun sampai sekarang...

    ReplyDelete
  3. rate2 skrang semua online kan sue..senang...tapi tu laaa kene hati2 dgn pilihan size laaaa..ye laaa kang nak pos tukar balik payah...byk keje plak....

    ramai laa tahun ni tema biru...akak tgk kat fb rate2 semua up gambo ryae bertema biru ni.....meriah ...lawoo jek tgk..... akak last tema royal blue mase dayyan 8 bulan kot..... skrang dayyan dah 4 tahun.... leh la tu kalo nak rotate kaler ni tahun depan heheheeheheh

    ReplyDelete
  4. sue nanti tepek pic rania berdress tu yeak....

    ReplyDelete
  5. Ramai gak family Baju tema raya royal blue kan..memang cantik Dan sweet leh pakai sedondon hehe. Selamat hari raya!

    ReplyDelete
  6. cantik jugak warna royal blue ni kan ...

    ReplyDelete
  7. Kakak siap scroll ke bawah kot kakak teringgal nak tengok semuanya bergambar sedondon (sama tema warna kelaurga kakak juga0. tapi Nampak sambal kuinin:)

    Tetap nak tengok juga semuanya berbaju biru itu - kakak tunggu.

    Sekeping gambar Rania sorang-sorang kena ada juga boleh kan..kan...

    ReplyDelete
  8. cantiklah royal blue...tahun depan nak pakai kaler nih la hehehe inshaAllah

    ReplyDelete
  9. Waaa.. Sedondon biru.. Hihi.. Ciksuuu, nti tunggu gmbr pkai bju dr feedmilk dan bju rania eh.. Hee

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)