Tudung kanak-kanak

Jom Balik Rayeeeee !

baju raya dah lengkap, kuih raya dah masuk balang, dapur dah kemas.. maka pada pagi 15/7/2015 baru kami bertolak balik kampung. itupon dah dekat jam 10 pagi baru nak keluar rumah. kononnya nak bertolak selepas subuh.. sekali, ayah rania pergi sambung tidur pulak. kemahen kan. yang umi ni dari semalam belum tidur, ayah pulak pergi tidur. alasannya nak bagi umi rest kejap. katanya. umi pulak memang jenis tak gheti nak tidur selepas subuh. kalau penat sangat tunggu tengah hari masa dok nengok tivi tu. silap2 tivi yang nengok tuannye -_-' 

masuk aje kereta, lepas tol duta umi bantai tidur :) mata macam kena gam dah. mengantuk sesangat. ayah layan radio je la. nak tunggu umi layan berborak memang tidak la. rania pon lena juga. 

panjang benor kereta bersusun.. sampaikan lorong kecemasan pon diguna. normal la kan.. bila musim perayaan.. tapi sebolehnya, jangan la guna.. kalau berlaku kecemasan tidak ke menyusahkan pihak lain.. sendiri mau ingat la, kan !



awal tu lancar sebab umi dapat tidur dengan aman. tetiba terasa semacam aje. ghopenya kereta dah mula banyak. selepas tanjung malim, mula slow. patut la. sampai ke gopeng kalau tak salah. kami berenti sekejap di R&R RTC Gopeng.

masa tengah dok parking.. ada la sorang hamba Allah ni datang minta tolong.. dia ketuk cermin kereta. umi pesan dengan ayah jangan buka pintu, buka tingkap sikit cukup. sembang pon dengar.. risau la kan, dekat2 nak raya ni macam2 kes.. buatnya di hulur senjata tajam ke hapa tak ke naya.. so, baik pikir negatif dulu. huhuhu.

selepas dengar apa yang diterangkan, maka ayah hulur la sumbangan sikit buat dirinya. kemudian dia minta lagi dengan 2,3 orang pengunjung yang singgah di situ. mungkin belum cukup. selepas selesaikan apa yang patut sebelum bergerak, kami nampak sorang tu siap ajak lagi si dia pergi tengok keadaan keretanya yang dikatakan tu. kami tak kisah pon, apa yang penting dia dapat apa yang dia nak, kemudian dapat sambung perjalanan hingga sampai ke destinasinya.. cukup lah. 

kononnya nak singgah jenjalan di mydin mall, ipoh.  sekali ayah terlajak la pulak.... mmm.. melepas. 

akhirnya, kami sampai ke KK sebelum Asar. disebabkan masih awal, kami singgah sekejap ke Taman Jubli di tepi Sungai Perak. bawa rania main di taman. bosan rania duduk lelama dalam kereta.

selesai berjimba di taman kami ke The Store. sesaja nak menyejukkan badan :) sesambil tu ayah dok kalut nak cari t-shirt selai dua lagi. umi pulak lompat naik ke bahagian baby lah. apa lagi. hihihi. sempat juga pilih selai dua untuk rania. apa pon tak boleh. baju gegurl kan comel2 belaka. gerammmmm nengok. sekarang beli baju untuk rania kena ambil saiz 12-18 bulan. baru boleh pakai lama, kan !

keluar dari The Store kami terus singgah ke bazar ramadan di chandan putri. beli apa yang patut :-)

4 Comments

  1. zaza pun blik 15hb tpi mlm hehe.. alhamdulillah jln tak jem sb guna jln lama.. higway baru sah2 ramai pengguna..dgar citer mmg jem.

    ReplyDelete
  2. Oo.. Ciksu raya di kuala kngsar ye.. :) bila la ada rezeki nk jmpa kn. Hihihik

    ReplyDelete
  3. sesak jalan nak balik raya..biasa la tu kan,tapi ciksu jauh perjalanannya,akak yang dekat ni biasa sampai kg 2 jam je, raya hari tu 4jam pun dah terasa penat, macammana la denganyg berbelas jam tu kan...kesian sangat nak pulak kalau ada anak2 kecik

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)