Tudung kanak-kanak

Biskut Raya 2015

sebelum pergi beli barang, dah senarai pendek biskut yang ingin dimakan. antaranya Cornflakes Madu, Cornflakes Coklat, Semperit Susu, Almond London dan Biskut Roti Jejari Coklat. semua yang mudah2 untuk disiapkan. 

hari sabtu beli barang2. tengah malam isnin baru mula bersilat di dapur. anak dengan suami sedap diulit mimpi, cik isteri berkelintang kelintung di dapur. siang hari tak boleh buat kerja, sebab dah ada assistant sekarang ni. agak menyulitkan. itu yang buat kerja di malam hari :) 

memula buat cornflakes madu. mak aiii. kemahen la nak menghabiskan setengah kilo cornflakes sensorang. dah siap gaul sebati semua tetiba boleh pulak rania terjaga. macam tau2 aje umi dok jauh, kan ! memang cabaran la nak siapkannya. gagah buat cornflakes madu sebab paklang rania yang order. peberet dia. 

cornflakes madu


malam kedua baru buat semperit susu pulak. ini satu adunan untuk mak kedah sahaja. suka makan semperit susu. sedapp dan cair di mulut. 



paling sedap dan digemari. kali ni saja buat untuk hari raya. selalu buat untuk kudap2 di rumah. roti jejari salut coklat. 



ini biskut peberet saya. mesti ada. almond london. tak jemu memandang. tak jemu juga untuk dijamah tapi mencabar untuk disiapkan. terutamanya part mencelup coklat. terpaksa dibuat waktu siang. sebab masa dah suntuk. berperang dengan rania juga la. 




semperit susu buat lagi satu adunan untuk mak perak. untuk diri sendiri nanti balik buat lain. 



hanya ini sahaja yang mammpu disiapkan. cornflakes coklat tak sempat nak buat dah. abaikan. kalau nak makan juga, kena tunggu lepas raya la. itupon kalau mood datang. 

order juga kek lapis sarawak dengan member suami. diterbangkan dari sarawak. ambil 10 peket terus. kiranya sekotak la. dapat free 1.


tak lupa juga sekut untuk rania. buat biskut oat ni. 


kesimpulannya, sebelum bersahur pada 15/7/2015 baru siap semuanya. termasuk lah siap mengemas dapur dan bersahur. maklum la, dapur nak tutup seminggu, kan. so, kena kemas dan bersihkan sebaiknya. saya tak suka tinggal dapur berkecah kalau nak balik atau pergi ke mana2. pantang sangat2 :')

alhamdulillah, jam 10 pagi dah bertolak balik kampung



7 Comments

  1. Mak aiii, sempat tu buat jugak kuih raya. Terror lah.

    Best lah tengok semperit susu tu, ada resepi tak?

    ReplyDelete
  2. Sempat lagi tu buat biskut...bunda ni biskut tunjuk2 jer...tu pun anak bunda beli ngn kawan ofis dia...

    ReplyDelete
  3. Masa cuti nuzul alquran tu bunda dah balik tepen seminggu...biasalah bunda balik sorang naik bas ekspress....anak2 keje...

    Hari raya biasanya balik Bagan Datoh...

    ReplyDelete
  4. banyak juga ciksu buat biskut raya,akak semoat buat cornflakes madu je hehehe

    ReplyDelete
  5. resepi cornfleks coklat pls.. salu buat lemau .. camne nak bg ranggup eh huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. Rajin ummi rania mengcookies.. Sy mmng angkat tgn dulu la xdpt nk buat. Hee

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)