Tudung kanak-kanak

7 Syawal

sepatutnya cik abe dah mula kerja. tapi sejak semalam asyik la muntah. pelik juga ! keracunan makanan ke apa? sebab saya ok je.. cuma bezanya pagi sebelum bertolak balik kl, cik abe ada minum kopi. pastu masa singgah perak dijamahnya durian. dah la panas membahang masa tu. pastu drive jauh pulak. malam sebelum tidur minum susu . so, bercampur segalanya.. dengan penat lagi, kan ! memang dugaan la. banyak kali juga terbangun sebab muntah.. badan tak ada la panas. cuma pening lalat. risau juga. sudahnya tak pergi kerja pon hari tu.. duduk la berehat di rumah. 

bila ada di rumah.. marilah kita memasak untuk hidangan tengah harinya. 

bila balik dari kampung.. sudah pasti ada sahaja buah tangan yang di bawa pulang, kan ! 

petai dari kebun mak sedara. buat ikan bilis sambal petai. kendian goreng cendawan celup tepung. untuk saya just buat sambal ikan bilis. 

di makan dengan nasi putih panas2.. asyik jumpa rendang daging dan serunding aje kan.. sampai mabuk ketupat lemang dah pon. so, menu pada 7 syawal, sempoi2 sudah..

petai saya ambil sekali dengan kulitnya.. kikis2 sikit, kendian dipotong.. sebab matanya tak la tebal mana.. 

cendawan apa ni erk ? lupa la.. murah sangat hari tu. 3 peket baru seringgitpatplohlimasen.. sedap digoreng, dibuat sup atau dicampur dalam tomyam. saya paling suka digoreng sebab ranggup. 

7 Comments

  1. telan air liur tgk sambal bilis petai tu huhu sedapnya...mmg sedap mkn sekali dgn kulit dia..

    ReplyDelete
  2. sambal ikan bilis..huwaa my peberet..tak suka petai sbb bau dia tu je..pesing bilik air.huhu..

    cendawan pun sy suka..tp tak pernah buat cendawan goreng tepung seumur hidup tau ciksue.hehe

    ReplyDelete
  3. Saya tak suka makan petai..ucuk ;)

    ReplyDelete
  4. maybe mkn byk rmh terbuka..cmpur2 mcm2, tu jd camtu...

    petai is awesome..

    ReplyDelete
  5. sedapnya sambal bilis petai tu, cendawan goreng tepung tu pun menarik hati

    ReplyDelete
  6. yes. naik jemu kan dgn ketupat rendang.
    sesekali pekena plak sambal petai & nasi panas.
    memang best :)

    ReplyDelete
  7. Suka sambal tu. Tp kita xtahan mkan petai. Pening..

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)