Tudung kanak-kanak

6 Syawal


22 julai 2015 bertolak balik kl. setelah seminggu balik ke pangkuan keluarga di utara nun haaaa :)

puas sudah beraya walaupon tak puas mana. hihihi. ikut hati nak lagi duduk di kampung. kehkehkeh.


selamat tinggal kedah :'(
sayu je hati bila kereta bergerak melepasi pemandangan gunung jerai.

sebelum balik, macam biasa lah..
bab angkut mengangkut bagi penuh bonet untuk dibuat stok nanti. hehehehe ;-)


mak bekalkan 3 jenis serunding. ada serunding ikan merah. satu mak buat, lagi satu mak beli di kuala kedah. serunding ayam kelantan ayah beli masa pergi kelantan hari tu dengan sepupu. serunding makan dengan nasi panas-panas. sedappp, kan !

ketupat palas jangan di lupa. tak lengkap rasanya kalau tak ada ketupat palas.


biskut dan kek raya sikit. mak beli tart nenas, mazola, agar2 kering, kek pelangi dan kuih bunga pudak.

petai pulak mak sedara bagi. dah selamat buat sambal petai ikan bilis pon ;)


cempedak pemberian sepupu. sedappp baunya (",)

buah limau nipis untuk dibuat air atau asam sambal belacan. elok juga bagi hilangkan mabuk ketupat dan lemang. hahahaha.


nampak ! siap bawa bekal lagi. mak masak lauk daging goreng kunyit + cabai tumbuk a.k.a sambal belacan.

gerak dari kedah jam 10:30 pagi. singgah perak sekejap. 3:30 petang sambung perjalanan. sepanjang jalan tak ada la jem sangat. cuma kereta banyak la. ada pulak lori terbalik kiri kanan jalan maka pepaham la dengan rakyat mesia yang sangatttt prihatin ni, kan ! itu yang slow aje bergerak. mata asyik nak menengok, kan.. 


7:10 malam selamat sampai tol duta. elok sampai rumah ngam-ngam orang azan maghrib.. 

6 Comments

  1. amboi mentang2 la depa orang kl..byk sungguh bekaan dibawak balik dari kampung..untunglah ye jadi org kl.haha

    ReplyDelete
  2. olorr..rania sedih ye nk tinggal kmpung...

    ReplyDelete
  3. banyak tu bekalan yang dibawa...bunga pudak tu pestime akak dengar

    ReplyDelete
  4. ketupat palas i like !
    jiran aida org tganu, sempat la minta skit :) hi hi hi...
    kat melaka mana ada kan.

    ReplyDelete
  5. Tudia.. Bnyk beno bekalan. Hihihi..

    ReplyDelete
  6. tahun ni qaya dekat kg cik abg..so tak la nak mengankut sgt cuma cik abg mengangkut jering jer...

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)