Tudung kanak-kanak

5 Syawal

jalan2 makan kenduri dalam kampung. 

sedap tak terkata dapat makan nasi minyak dengan gulai daging ayak pisang, ikan talang goreng, gulai ikan talang dan sambal belacan. ada juga sayur keladi, acar limau dan ulam-ulaman macam petai dan rebung. 

tempat uols masak nasi rumah kenduri macam mana ? kampung saya masih guna apollo masak nasi kenduri. pernah tengok tak ! 

tokwan rania masak nasi.

ayah rania tak pernah tengok. sekali bila tengok macam tu, pelik je. kebiasaannya, orang masak belakang rumah, so, memang tak perasan la. kebetulan hari tu, masak sebelah rumah, itu yang boleh nampak dengan jelas. 

dengan sepupu dan anak buah

lepas balik kenduri tak ke mana sebab sepupu mai rumah. 

malam tu pon sepupu mai rumah lagi. kendian lari sekejap pergi rumah sedara kat kampung sebelah. nak jumpa sebelum dorang bertolak ke mekah nanti. 

rania dengan anak2 pakteh. kak wani, kak izati & kak alimi. tapi rania sebok kira duit raya :) 

balik tu sempat makan2 sikit sempena besday ayah rania malam tu. takkan nak bangun tengah malam potong kek kan ! 

so, kita makan awai sikit. selepas tu siap2 keluar pergi ziarah sedara yang nak ke mekah nanti. pergi sesiap sebab nanti maybe tak sempat balik =)


sepanjang syawal ni, kan.. dari pagi sampai ke malam, asyik makan sesaja. 

alhamdulillah... 


6 Comments

  1. Dah pandai berkawan Rania ni..
    Bagus tak takut dgn sepupu dia:)
    Seronoklah sepupu yg besar dpt menggomol.

    ReplyDelete
  2. samalah kita ciksue kerja makan je la selagi kat kampung.jenuh nak ligan puasa nak kampoi balik kenaikan berat badan.hahaha

    amboi lawa baju raya tudung raya ciksue..merah biru lagi..rania kemain tak padan kecik kira duit raya.

    ReplyDelete
  3. berjln sakan ye rania..comey sgt dia

    ReplyDelete
  4. pandai rania berkawan ye...betul tu syawal ni keje makan je, kena bagi perut rehat kejap akak nih

    ReplyDelete
  5. sgt la benar.
    dari pagi membawa ke mlm ~ makan aje keje nyer :)

    ReplyDelete
  6. Jeles tgk ciksu dok mkn mkn saja rya ni.. Hihi

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)