Tudung kanak-kanak

4 Syawal

tak ke mana2. duduk rumah aje.

durian dari perak

 saya siapkan mee sup ayam. mak pulak buat ketupat palas dan pulut durian. sepupu dari Sg. Udang Melaka nak datang ambil ketupat dan terus bertolak balik ke Melaka. sambil buat kerja sambil berperang dengan rania. pening :)

  pulut untuk di makan dengan durian  dikukus. santan yang siap dibancuh.


pulut untuk ketupat daun palas. siap dibasuh dan disejat. sedikit kacang. mak saya suka letak kacang dalam ketupat daun palas.

riang raya pada 4 syawal.. rania dikelilingi abang dan kakak. suka la dia. lepas sorang, sorang ambil dukung. kemahen seronok. ada orang melayan, kan (",)

kendian tok chik sebelah ayah datang.

selepas semua balik, kami 3 beranak keluar pergi pekan bawa rania naik doraemon ;)

sambil cuci mata, sambil beli barang. selesai juga la sekeping note limapuluh tu. kata aje masuk kedai RM2. sekali pegang dua raga, isi penuh2.. mau tak selambak barang2, kan !

tujuan asal nak pergi cari ni haaa.. bekas air untuk rania. kebetulan malam semalam, ada sedara dari Seremban datang, ada anak2 kecil juga. ada sorang tu bawa bekas air comel. ada kartun2. rania berkenan sangat. sampai nak ambil la. bila kita tak bagi terus nangis2. itu yang pergi cari juga. yang sedia ada tak bawa balik, sebab rania suka tuang air. lagipon penutupnya mudah terbuka. itu yang tak bawa balik. alih2 begini jadinya.

tengok ni haaa.. baru beli petang tu, malam tu dah jadi giniiii.. ngko rase ?

 bila isi air, bukannya nak minum sangat pon.. suka ambil, pegang kendian tuang air merata. pastu duduk tepuk2 air.. sabaq je la T_T

5 Comments

  1. pulut duria ni klu tengok memang teringin ciksue.sy suka.tempohari pengasuh afia ada bagi durian ingat nak buat pulut tak sempat dag setel duriannya.hehe..

    kedai dua ringgit memang berhantu ciksue..sy selalu klu masuk memang dah aim nak beli apa pastu cepat2 pegi bayar..klu tak semua nak diangkutnya..

    ReplyDelete
  2. meriah kumpul ramai2..
    waaa..rania mjdi rebutan ye...

    ReplyDelete
  3. seronok rania balik kampung,jadi tumpuan ramai hehehe

    ReplyDelete
  4. raya pertama ptg ~ aida makan durian musang king.
    umah nenek kat pulau sebang.
    area tu berlambak cina jual durian, makan di situ.
    best.
    3 biji = RM250.
    puas hati sebab sedap giler!

    ReplyDelete
  5. Stress tgk durian.. Haha.. Xpuas mkn hritu..

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)