Tudung kanak-kanak

3 Syawal

sampai di kedah dah tengah malam 3 syawal. sangkut jem. msg dengan paklang rania, suruh pasang kelambu sesiap sebab rania dah lena..

selepas tu terus isi perut dengan nasi. mak buat rendang itik siang tu sebab saya cakap nak balik raya kedua. bertambah2 makan.

 dah kenyang nasi cik suami buka pulak durian yang kami bawa dari perak. saya nengok je la. ulas memang cun melecun.

dah kekenyangan.. lenalah tidur kami anak beranak.

esoknya,


ke rumah terbuka kawan sekolah rendah saya di Langgar. alang2 sehala aje nak ke rumah maksu di Gunung Keriang, maka kami singgah la sekejap. konon2 nak buat reunion la, kan ! sudahnya kami bertiga aje ada termasuk tuan rumah. tetiba yang lain tak jadi datang pulakk. melepas.

saya, syamsiah (tudung merah), nurul (wife fauzan) & fauzan (tuan rumah).

tup tup dorang datang esoknya.. saje kan.. 


sebelum tu, hari raya pertama pon dorang ada juga jumpa. tapi saya tak dapat join sebab masih di perak.

masing2 dah berkeluarga kecuali anuar (baju putih) dengan ekin (free hair). geng2 kami dok kenen2kan dorang. seronok2. ngusik kengkawan. dah lama tak bersua muka. bayangkan la member sekolah rendah. lama tak lama la tak berjumpa. masing2 dah berjaya dengan kerjaya yang dipilih.

aishhh.. mengulit memori plakkk..

lepas salam2, terus gerak ke rumah mak su. sekali nengok jem juga. lama juga di rumah maksu, pastu masa nak balik puas pusing ikut jalan putra, pusing balik ikut shahab perdana, kendian kona masuk ikut jalan ke sekolah tunku malik. semata nak lari dari jem. penatttttt.. 

balik tu singgah rumah chik sebab nak jumpa dengan anak2 buah yang dah nak bertolak balik penang. punya lah shortcut merata. nasib bawa pakcik rania. sempat la juga jumpa. adoiii.. 

nah la.. belanja sekeping gambar rania.. penutup berjalan raya di hari ketiga syawal :) 

rania dengan kak ngah 

ppppsstt: maksu sempat timbang rania. berat rania 11 bulan 9 kg lebih dah..
semangat..

6 Comments

  1. Kakak baca satu-satu entri tengok gambar.
    Sebenarnya more nak tengok gambar Rania:)

    ReplyDelete
  2. rambut rania dah mula lebat dah tu ciksue..pasni boleh dah bertocang bila dah panjang sikit..sakan juga ya ciksue punya diari raya

    ReplyDelete
  3. seronok dapat makan masakan dari air tangan mak kan

    ReplyDelete
  4. raya thn ni x berjumpa lagi kawan2 skola.
    aida agak busy :) ha ha ha...
    tak beraya sgt...

    ReplyDelete
  5. Meriahnya raya ciksu.. Hihihi..

    Semangatnya rania.. Zara 10nln stgh ni 7.55kg je. Sbb bru baik demam pun kn..

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)