Tudung kanak-kanak

2 Syawal



masih di perak. sempat beraya dua tiga buah rumah sedara mara sebelah ayah rania.

keluar rumah, agak lewat. dah hampir tengah hari. mood nak beraya pon sentap. macam-macam kerenah dok ada. dengan cuaca panas, anak kecil. aduhaiii. sabaq je la bila reramai ni, kan ! nasib bulan syawal. control ayu sekejap. sekejap je la. lepas tu..  hahahahha..


rumah mak mentua adik ipaq. rumah terakhir beraya dengan team perak. sila cari mana ciksu :) kehkehkeh

balik rumah, kemas diri, angkut beg untuk pulang ke kampung halaman ceq pulakkk.. nun di kedah.. yeay.. yeay..

sebelum tu singgah buat balancing tayar sekejap. kendian pergi rumah makcik, sekali orang tak ada daaaaa.. pergi beraya gamaknya.. pastu lajak pergi rumah maklang di Lubuk Merbau.. makan sikit, sembang sikit, terus bertolak balik kedah..

yang bestnya masa nak masuk tol kuala kangsar, sekali nengok... perghhhh.. panjang berjela kereta dok bersusun tunggu giliran.. sudahnya kami pilih jalan lama. kona stereng masuk jalan ke Changkat Jering..

sekali.. naahhhhhhh.. sangkut jem dekat 2 jam.. adoi la..

ba elok sampai di Bukit Berapit baru  perasan yang highway tak ada la jem mana. kereta berdesup je gerak. tak macam kami. sikit2 brek.. sikit2 brek..

 sampai rania pon dah bosan. habis ditarik baju yang digantung.


acaner la kami boleh terlupa, yang kami ni pakai touch n go.. tengok kereta punya banyak teruih gerun. anak buah dari penang & melaka dok call tanya dok tang mana dah.. nak jumpa mak long dengan rania. huhuhu ..

sembang banyak pon tak ada makna, sudahnya.. kami sampai kedah jam 12:30 pagi.. sabaq je la..

4 Comments

  1. time raya ni biasalah ciksue..jam yg paling tak best tu..lagi pulak ada anak kecik..memang tension nak handle dalam kesesakan..kita pun boring..inikan cik rania

    ReplyDelete
  2. bila raya kt kmpung jem..kat KL lengang

    ReplyDelete
  3. time raya macam tu la kan jem sana sini...kesian rania boring dok lama dalam keta ye

    ReplyDelete
  4. Hihihi.. Klau raya gitu la ciksu.. Jem sana sini..

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)