Tudung kanak-kanak

Resepi Nasi Quaker, Kari Ayam Yogurt dan Brokoli Goreng Taucu

alhamdulillah, dah 8 hari kita berpuasa kan. so, macam mana ! uols masak sendiri atau pilih untuk beli di PARAM ? 

saya sehingga hari ke 8 masih mampu sediakan juadah berbuka dan bersahur. masak ala kadar sahaja. tak perlu berlebihan-lebihan. bukannya nak makan sangat pon. dahaga yang lebihnya. betul tak ?

so, macam biasa.. entry perkongsian di bulan ramadan. sekadar untuk berkongsi resepi yang mudah untuk disediakan. nak-nak macam saya yang ada anak kecil ni. harap membantu bagi idea pada uols :-)

menu 1 Ramadan 1436H. saya sediakan.. 

nasi quaker 

 campurkan 2 cawan beras + 1 cawan oat
basuh dan masak macam biasa

sedappp. kiranya boleh telan la. cik abe siap tambah 2x. alhamdulillah ;-)

Kari Ayam Yogurt



  1.  tumiskan bawang merah + 4 sekawan + daun kari + serai.
  2. satukan cili kering, bawang besar, halia kisar.
  3. masukkan rempah kari ayam yang siap dibancuh dengan sedikit air -masak sampai pecah minyak.
  4. masukkan air + tomato + lobak merah- biar mendidih
  5. lobak dah empuk masukkan ayam. didihkan.
  6. masukkan yogurt asli dan perasakan dengan garam + gula sesedap rasa. 
pertama kali masak kari ayam letak yogurt. sedappp cuma kurang masin. bulan puasa kan. hiks ;) tapi brokoli goreng taucu tolong cover line 

Brokoli Goreng Taucu





  1. hiris serai + cili merah + halia + bawang putih + bunga lawang + kulit kayu manis -tumis sampai garing
  2. masukkan taucu sesedap rasa. saya letak 2 sudu besar je
  3. masukkan air + cili hijau ketuk + brokoli. tutup sekejap.
  4. kacau-kacau siap.

ps: menu yang simple. banyak-banyak menu nanti juling biji mata nak pilih, kan ;)






4 Comments

  1. brokoli goreng taucu.. wahhh.. ni cam sedap jer.. lain dr yg lain...

    ReplyDelete
  2. semua nye sedappp kari yougurt tu mcm mna rasa nye?

    ReplyDelete
  3. something berbeza ni ciksue..kira macam menu sihat la tukar Santan dengan yogurt..pastu nasi tambah oat

    ReplyDelete
  4. saya pun masak sendiri walau simple. petang ni nak buat la brokoli taucu ni. selalu kekeringan idea kalau nak masak sayur

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)