Tudung kanak-kanak

Resepi Kerepek Pisang dan Terung Goreng Belacan

menu berbuka puasa 3 ramadan 1436H paling sempoi. masak simple sebab kalut dok pulun siapkan kerepek pisang untuk ayah rania. katanya tak ada kudap-kudap nak makan sambil nengok tivi selepas tarawih. 

maka, gigih la cik bini jalankan projek menyagat untuk buat kerepek pisang nangka. 

habuan untuk gonyeng sambil borak kosong :)

mana dapat pisang nangka tu ciksu ?

kebetulan beberapa hari sebelum tu ayah rania ada bawa balik pisang nangka. hasil tanaman rakan sepejabat. alhamdulillah. besar-besar. ada yang dah masak, ada yang sedang-sedang.

Kerepek Pisang Nangka

alhamdulillah dapat lah sebalang besar tu. nak buat pon senang je

  1. pisang nangka buang kulit. cuci dan bilas dengan air.
  2. panaskan minyak 
  3. minyak panas terus sagat pisang ke dalam kuali
  4. masukkan air garam + marjerin. kacau-kacau bagi rata. 
  5. goreng hingga kuning keemasan. 
setakat ni baru 2x saya buat kerepek pisang.

kali pertama masa duduk jb. buat kereek pisang guna pisang abu. pon sedap. buat untuk hari raya haji. kebetulan raya di sana. setiap rumah buat hidangan memasing. kendian pergi beraya. dah janji jangan buat menu yang sama. so, kami laki bini pilih untuk buat kerepek. agak renyah kan. lagipon kami belum anak masa tu.

ini kira kali kedua.kali ni saya guna pisang nangka. lagiii sedappppp. rasa lemakkkkk pisang nangka tu.

Terung Goreng Belacan

 

  1. terung potong bulat.
  2. hiris cili merah, cili hijau, bawang merah. kendian kisar dengan ikan bilis yang direndam beserta belacan. 
  3. tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  4. masukkan air, biar mendidih
  5.  masukkan terung.
  6.  perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa.
  7. tutup sekejap. bila terung dah kecut, masak lettew. senang kan. 
asalnya nak masak terung goreng belacan yang versi ikan bilis tumbuk dengan cili kering. sekali baru perasan cili kering dah habis. sudahnya guna cili merah + cili hijau je. sedap juga tapi sedap lagi kalau guna cili kering. tak apa lah nak buat macam mana kan. next time kita buat lain. peberet saya juga ni terung goreng belacan.

pastu bakar ikan mayong
 3 ketul. cicah dengn cabai kicap. jadi la untuk 2 orang makan. tak ada nak beria mana. 

minuman pon hari-hari air masak. air berais non hadooo. 


4 Comments

  1. rajin nye buat kerepek pisang tu ye ;')

    ReplyDelete
  2. adoi terliur tengok kepek pisang ni..klu pas buka dok depan TV ralit kunyah habis jugak sebalang hehe

    ReplyDelete
  3. ohhh tambah marjerin.. boleh cuba pulak lepas ni. sebelum ni tambah air garam tu je

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)