Tudung kanak-kanak

Check up 6 bulan


lambat sikit check up bulanan Rania untuk 6 bulan. 

mmm, rasanya macam lambat banyak je. ye la, tinggal 7 hari lagi Rania dah nak masuk 7 bulan. pejam celik- pejam celik dah nak masuk 7 bulan ye. sekejap je kan 😉 

sebenarnya untuk check up 6 bulan ni bukan sengaja dilewatkan sebaliknya disebabkan kekurangan nurse di KKIA tersebut. maka kami ibu-ibu hanya menurut perintah. sebelah pagi untuk check up ibu-ibu mengandung. kalau nak diikutkan seperti sebelum-sebelum ini, pukul 10:30 pagi dah boleh sambung untuk check up anak-anak.

 memandangkan kekurangan nurse, maka dianjakkan ke jam 2:00 petang. kena keluar rumah time panas lip lip tu. bayangkan. mata nak buka pon macam nak tak nak je. panas sungguh laaa ni kannn 😉 banyakkan minum air. nak-nak macam saya ni haaa yang bf. tapi kan ada juga sesetengah orang time panas-panas ni tak lalu nak makan. macam-macam kan. yang penting mengekeme semua jagalah kesihatan diri memasing dan keluarga. teman ingatkan aje 😉

tadi masa nak letak buku pink sekali terperasan yang nurse suriani sensorang je. saya pon tanya la, katanya sorang lagi cuti sebab anak tak sihat. perghhh. masak la menunggu. 
walauapapon nurse suriani dibantu oleh pembantu yang dilantik. maka cepat la juga. 

untuk check up kali ni, dapat no 10. sembang dengan member sebelah sekali dapat no 28. nak syiokk bila member belakang dapat no 30. bila si suami tanya. macam tak percaya je dia. dua kali diulang sebut no 30 tu.

haa, sudahh melalut kelain pulak. padahal nak kongsi pasai check up 6 bulan anak ceq.. 
perkembangan yang biasa-biasa aja. tapi alhamdulillah, sentiasa ada peningkatan sedikit sebanyak walaupon tak banyak. 

berat 7.9 kg 
panjang 70 cm 
masih menyusu badan sepenuhnya diselang seli dengan solid food sehari sekali, ada juga sisipkan dengan air zam-zam dan air masak.. 

nurse pesan suruh bagi makan 5x sehari. telan ayaq liuq je saya dengaq tadi. saya masih lagi kekalkan sehari sekali dengan 4 rules tu. pelan-pelan kayuh. bila sampai masanya nanti memang saya akan buat sebegitu. cuba akan ikut seperti dalam jadual buku pink. cuma kena sesuaikan makanan sahaja. 

lepas kena intebiu, Rania kena cucuk 6 bulan. wat lex wat peace je Rania memula tadi. masa kena cucuk oke je lagi. selepas aje nurse tarik jarum lepaskan ubat, terus uwaaaaa kejap. kejap je la. pastu dah boleh sengih dah.



 kasik upah terus lena. bawa jenjalan ke Giant cuci mata sementara di luar masih panas membahang 😉

selepas ni kita jumpa nurse suriani pada 11/5/2015 pulak. masa tu Rania dah 9 bulan. harap-harap nurse suriani masih ada di situ. ye la, nurse suriani dah serasi dengan saya. sepanjang mengandung 9 bulan tahun lepas saya dengan dia aje. kebetulan anak pon sambung check up dengan dia juga. cuma sekali je kena dengan nurse junaidah hari tu. 


13 Comments

  1. comelnyaaa dia. lena sangat tido tuu :D

    ReplyDelete
  2. gud girl la rania ni...lepas ni timbang pula..tggu setahun inject balik..hee

    ReplyDelete
  3. alahai comelnyaaa!
    membesar jd anak yg taat ye syg :)

    ReplyDelete
  4. behave betul ye rania.kena cucuk pun nangka sikit je..semogabterys membesar sihat bagaikan juara

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..semoga rania jadi anak yang sihat dan solehah..amin..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum ciksu. comelnya Rania.. hehehe slow2 kayuh bagi solid food ~~~

    ReplyDelete
  7. Lawa la 'kereta' Rania.. Acik Rose pinjam boleh tak?,, hihu

    ReplyDelete
  8. Oittt... Mana de smpai lima kali kalau 7 bulan nurse oii... Haduhh... Paling bnyk pun tiga kali je sehari... Nnt obes anak ciksu ikut kata nurse tu... Haha...

    ReplyDelete
  9. Bagus ciksu, siap berkenalan dengan nurse. Biasanya kenal muka je. Takde la kisah pasal nama nurse. Tapi kalo dah selalu sgt berurusan dgn nurse yang sama, mesti la secara tak langsung akan kenal kan?

    ReplyDelete
  10. alamak xnmpk dgn jelas anak ciksue...nk cari lg entry yg lain

    ReplyDelete
  11. wah...dah masuk 7 bulan dah ye. punya lama saya tak ke sini. last masa cik su dlm pantang klau x silap.

    ni pun rasanya first time nmpk muka rania secara jelas. comel =)
    apapun saya kagum cik su boleh ingat nama nurse
    klau saya ingat muka nurse aje =)

    ReplyDelete
  12. comeynyer rania,bagus kena cucuk tak nangis sangat.. baru 6bln 7kg, adelya check up 1thn 6bln baru 9.4kg, adoii kurang makan ke adelya ni? hehehe dokte pun ckp adelya kurus

    ReplyDelete




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin