Tudung kanak-kanak

Cabaran dalam menjayakan solid food

sepanjang 6 bulan bersama Rania memang saya direct Bf walaupon saya ada buat stok ebm tapi saya tetap bagi direct bf. stok ebm cuma bagi apabila Rania duduk dengan cik abe. selain itu, buat stok untuk solid food. lain pada itu memang saya tak bagi. walaupon mak ayah dok suruh bagi air masak sebelum Rania umur 6 bulan x_x

sejak dah boleh bagi solid food dekat Rania sekarang, memang saya akui saya sebagai umi tersangattttt la teruja bila tengok anak makan puri yang kita buat tapi pelan-pelan kayuh la kan. anak baru 6 bulan. tak payah nak eksaited lebih-lebih sangat nak suap itu ini. 

kesahnya, bagi saya yang masih baru bergelar umi, memang rasa mencabar. bukan tercabar dengan sikap anak masa nak menyuapnya. Rania okje sepanjang diperkenalkan dengan solid food. tak banyak drama. bila disuapkan makanan nganga je mulutnya. alhamdulillah :) 

buat saya tak tahan tu dengan orang sekeliling termasuk cik abe. ada je kerenah memasing yang buatkan napas saya naik turun dengan laju. nak cakap lebih-lebih pon tak guna. saya kan budak baru belajar. so, angguk-angguk geleng-geleng je la. 

situasi pertama:
anak buah bawa member datang rumah kebetulan anak member anak buah tu sebaya Rania juga. katanya dah boleh suap moi tu. moi tu bubur nasi la. orang kedah panggil moi :p
reaksi saya :) senyum tak perlu kata apa-apa.. 

situasi kedua:
hari pertama sampai kampung ayah dengan mak jemput di stesen bas. kendian singgah minum di kedai. kebetulan ayah order air kopi ais. haa, sekali tokwan nak suapkan dekat Rania. nasib masa tu saya pegang Rania. haa.. curlass ko nak tokwan nak suap kopi ais. tokwan kata panas. 
pelan-pelan saya terangkan. 

situasi ketiga:
masa pergi rumah mak sedara. siap nak suapkan air milo lagi dekat Rania. yang ni saya tak pasti la Rania dapat rasa ke tak sebab masa tu mak sedara yang pegang Rania. cuma yang saya perasan air milo dalam cawan tu memang tak da pon. kalau ada mungkin dalam setitik dua la kot. on the way balik tu pot pet je saya dekat mak. huahuahua. 

situasi keempat:
masa pergi rumah kak ipar. kak ipar ada offer puding ke dadih ntah untuk Rania. lupa dah saya. saya cakap belum bagi benda manis lagi. manis letak gula lain. manis buah dan sayur yang original pun lain kan. 

situasi kelima:  
pergi kenduri rumah member. anak dia dah 7 bulan siap makan donut lagi. oke. sebiji
donut tu dia dok isap-isap gula tu. sudahnya habis juga sebiji saya tengok. sekali ayah saya kata. haa tengok tu orang bagi je makan.. :’(

situasi keenam:
dengan ayah Rania la siapa lagi kan. kalau boleh apa yang dimakannya nak juga bagi anak dia ni rasa sikit. ambil rasa katanya. 

aduhai, pengsan umi tau ! kalau dengan ayah memang lempang laju-laju. dengan orang lain, umi hanya mampu pandang atas bawah je.. 

saya tak menidakkan apa yang orang lama amalkan. tak salah kan. cuma tu la bila terlebih rajin mengoggle dan membaca pada masa sekarang buat saya jadi terikut dengan pemakanan bayi zaman sekarang. apa yang baik apa salahnya kan. 

lagipon bayi 6 bulan baru nak merasa apa itu solid food. so, pelan-pelan la kita ambil masa untuk perkenalkan pada mereka. kang terkezut pula perut anak nak terima kan. maklum la 6 bulan hanya minum susu badan sahaja. means cecair. solid food yang dibuat pun mesti lah dalam keadaan cecair juga supaya anak mudah untuk menelannya nanti :’)

saya bukannya nak minta apa-apa pon. cuma nak minta tolong je la. tolong bagi kerjasama, boleh ! hukhuk 

relax la.. buat apa nak kalut, bukan nak naik bot.. 
sampai masanya nanti bagi la apa pon. asalkan halal, saya tak kisah.
buat permulaan ni bagi la saya semangat dalam menjayakan misi solid food.









20 Comments

  1. relaxx... sabar.. hihi.. memang gitu., anak ok je, tapi orang sekeliling excited nak memyuap.. pernah FIL akak nak suapkan yusuf keropok keras tu padahal yusuf baru je 6 bulan.. baru je start solid food.. huhu... istighfar kejap..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ciksu. ahhaha now you feel me. stress juga nak hadap orang2 lama yang takleh terima apa kita cakap. sabar banyak2 ye dear. sheila pun ada pengalaman minggu lepas. biras sheila lebih muda, anak dia pun lagi seminggu nak masuk 6 bulan. adam dah 9 bulan. dia bagi makan tepung beras campur puri kurma. pastu masak bubur, pastu just lenyekkan pakai sudu. then mertua sheila cakap, zaman skrg ni macam2 makanan takleh kasi baby. i is sentap ok. hahah sebab sheila memang kasi adam puri dulu baru campur dalam bubur. kiranya sheila betul2 ikut zaman skrg punya pemikiran. my biras diamkan aje sebab dia duduk sekali dengan mertua. so dia ikut je apa mertua cakap... tapi sheila da terangkan sebab kan ada kes baby usus pecah. tapi depa watderk je. so kita dengan suami cakap, let them choose their parenting way.. malas nak bebel lagi.. habis cerita ;p

    ReplyDelete
  3. Semoga semuanya akan memahami nya..

    ReplyDelete
  4. huhuhu sabar ye ciksu.. betul tu, lain org lain caranya utk anak2 diaorg.

    ReplyDelete
  5. Ini antara cabaran yg sy alami gak ciksue masa Afia dulu..yg selalu suruh bagi air masak n nak suap Afia macam2 tentulah famili sebelah en suami.kadang bengang je,tp tak mampu nak buat apa2.kita ni menantu je.hoho

    tp sy jaga betul pemakanan Afia selama setahun lebih je.Sekarang semua benda dia bedal,kita tak bagi pun,kt rumah pengasuh bg,so nak kata apa?huhu

    ReplyDelete
  6. betul tu..bayi di bawah satu tahun kalau boleh jgn bg makanan bergaram,akak cukup tak setuju bila ada yg kata,masak apa bubur x isi garam xde rasa la kat anak tu..ala baby lagi kot apa dia nak heran,kita bagi makan makanan yg semulajadi je rasanya..kafein,garam,gula tu mmg patut dijauhkan, seboleh mungkin akak akan halang la,kalau tak dapat tegur direct akak minta en.suami yg cakap hehehe.. hai panjang pulak komen sebab pernah terjadi juga macam ni..

    ReplyDelete
  7. sama la kita ciksu.. org sekeliling sibuk suruh bagi itu ini.... hmm.. padahal raniya baru 4 bulan..

    ReplyDelete
  8. Salam Ciksu, baby dah besar yea? Semoga baby sehat2 jer...

    Anak2 bunda dulu masa baby tak kuat makan/menyusu macam anak orang...susu badan pun sampai umo 3 4 bulan jer, itu pun paksa bila time menyusu...sampai susu bunda cepat kering camtu jer...last2 bagi susu formula dalam botol...susu formula pun yang biasa2 jer...bagi yang mahal, tak sesuai perut baby..

    Bila masuk umo 4 bulan, bunda dah mula bagi makanan pejal seperti nestum....tapi dorang tak berapa mahu makan...tak seperti anak2 orang, semangkok boleh habis...kadang tu balek, panik bunda...last2 tak makan terus...

    Asek minum susu jer dan sekali2 bagi biskut baby...hinggalah umo masuk 9 bulan lebih baru terus bagi moi...makan pulak tu, jimat duit tak payah nak beli benda2 dalam tin, dalam botol ntah apa2 lagi makanan baby kat pasaran tu...

    ReplyDelete
  9. Bunda pun jenis yang tak suka bagi sebarang makanan yang tak sesuai dengan umo untuk baby bunda. Biarlah orang nak cakap apa ...kalu baby sakit perut, menangis kang aku jugak yang susah...

    Sampai dorang dah 5 6 tahun pun bunda masih pantau supaya jangan kerap ambil makanan ringan atau yang tak berzat... sebab umo2 sebegini masih banyak duduk depan mata kita, masih boleh ditegah dan dikontrol pemakanan dorang..

    ReplyDelete
  10. hihi...memang mencabar bila anak dah mula solid food.merasai dah perasaannya...anak org sua apa mmg nganga je. bila dia nganga semua org kata, dia lapar, cian dia walhal baru lepas sendawa menyusu/lepas makan food dia.. T__T.

    ReplyDelete
  11. sebagai ibu pasti kita mahu yang terbaik kan..6 bulan tu kecil lagi pada saya..tapi anak saya dulu saya dah bagi bubur nasi + bilis sangai tapi blender halus mulus dan tapis..style kg..hehe...bilis banyak khasiatnya..

    ReplyDelete
  12. haaaaa kes ni kira dah pernah alami dlu. memang sangatttt mencabar kita. nak dimarah karang takut sentap ke ape kan. tapi kalau tak cakap karang takut anak kita pulak jadi pape. mintak dijauhkan lah. bab kopi tu mmg smpi sekarang semua sibuk nak bagi. ape yang gah sgt ntah kalau budak kecik minum kopi.

    ReplyDelete
  13. yesss!! itu la cabaran ibu yang homemade food baby..org lain tahu nak suap macam2 kat anak2 kita..geram juga..sbb pinggang baby ni kecik..dia lom tahu nk makan benda2 camtu..ehh geram betul

    ReplyDelete
  14. Gud luck cik sue...saya pun pernah alami apa yg cik sue lalui sekarang.nasihat saya jgn terlalu ekstrem sampai menjejaskan hubungan baik dgn family.org tua ni cepat terasa..
    pengalaman saya jg ali dan adik..saya timba parenting tips dr internet dan org tua..tapi x semua saya cedok 100%. sbgai ibu kita ada naluri utk tentukan bl ank kita dah bersedia utk benda br ke blm.alhamdulillah...setakat ni ali dan adik membesar dgn baik dan sehat
    gud luck cik sue..

    ReplyDelete
  15. banyak cabarannya ye Ciksu.. sabar ye CIksu..

    ReplyDelete
  16. Mng gtu lah kalau dh blik kg... Tapi mjur klurga sy bkn jnis suka suap2 kt ank org..

    ReplyDelete
  17. doakan yang baik2 je kan... nak buat apa yang terbaik buat buah hati kesayangan kita...

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)