Tudung kanak-kanak

Bersunat di usia 6 bulan


Bagi kaum wanita, istilah khifad lazim digunakan dan bukannya khatan. Selalunya wanita akan disunatkan ketika masih bayi lagi.

Menurut al-Mawardi: “Khatan bagi wanita pula ialah memotong kulit yang berada di bahagian atas faraj seperti butir atau balung ayam jantan dan yang wajibnya ialah memotongnya (menggoreskannya) sahaja tanpa membuang kesemuanya.”

sebelum sunatkan Rania, saya dengan mak dah sembang dengan bidan yang mengurut saya selepas pantang tempoh hari. katanya kalau nak sunatkan anak tunggu ketika usianya 6 bulan. so, saya pon ikut aje la. kalau ikutkan, jika boleh buat masa tu, saya buatkan je. 

tunggu punya tunggu tiba juga masanya. asalnya memang nak buat dengan bidan tu tapi cik abe tak galakkan. dia suruh buat dekat klinik juga. faktor utama sebab kebersihan. oke :)

Hari ni umi, tok wan & tok bawa Rania pergi Klinik Doktor Rahimah di Pendang. kebetulan masa sampai tu dorang baru lepas rehat. so, kena tunggu la sekejap sementara menanti pintu dibuka semula. 

bila dah buka tok pergi tanya dekat kaunter. pembantu tu just tanya berapa umur. bila tok cakap umur 6 bulan terus dia minta surat beranak. memandangkan umi tak bawa surat beranak, umi bagi my kid aje. 

kebetulan Rania baru lepas nyusu. bila masuk bilik doktor suka & senyum je tengok doktor. padahal seronok dok bergelak dengan kawan-kawan dia di luar tadi. ada kakak tu dok agah-agah dia. suka lettew. bila dibaringkan pon masih blur-blur. 

akak comel tu pegang kaki Rania. umi pulak pegang tangan Rania. bila doktor datang, umi nampak doktor pegang gunting dan kapas yang siap disapu ubat kebas 
kot. sekejap je prosesnya. rasanya tak sampai pon 5 minit.

selepas bersunat tu, anak umi cuma bunyi "erkkk.." je. memang tak nangis.
bila keluar bilik doktor terus suka sebab tengok kawan-kawan dia. 

bayarannya cuma RM20. kalau di KMC RM35. harga mungkin berbeza mengikut klinik dan tempat ;) 

 Rania disunatkan pada usia 6 bulan 7 hari.. 


upah susu terus lena. umi siap belanja beli headband baru. 

alhamdulillah, selesai juga akhirnya..

10 Comments

  1. Wah.. ini gamba pertama rania di blog ke? Atau akak yg xbaca entry lain sblm ni.. rasanya ini kali oertama nampak gamba budak comel ni. Alahai..comelnya dia.. tgk dr tepi ada muka ala2 umi dia.. dah siap sunat ya. Bgus la prosesnya mudah dan rania pun ok je. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. makin bambam anak ciksu ni. heeee. semoga membesar dnegan sihat ^^

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. baby saya pun dah sunat.. tapi masa umur genap 4 bulan. :-)

    ReplyDelete
  4. pipi diaaaaaaaaa. klu saya mesti terketar kaki kt situ. tgk dokte masuk ubt ikut montot pun kita ketar lutut dlu huuuu

    ReplyDelete
  5. alolo..comey sungguh la rania ni,bambam tu

    ReplyDelete
  6. Montok sekali pipinya, pertanda sehat.

    ReplyDelete
  7. alahai pipi dia tu geram betul tgok..baby kena susu ibu ni montel sedia..bagus rania tak nangis pun kena sunat..

    ReplyDelete
  8. good girl la, tak nangis yer.. gerammm Ros tengok .. nak kiss pipi dia. hihihi

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)