Tudung kanak-kanak

Pengalaman Berpantang: Ubat Barot

rasanya kan macam-macam saya buat masa dalam tempoh berpantang hari tu.. selagi mampu buat, saya buat.. padahal sebolehnya nak buat jugak-jugak. hihihi. bukan senang nak dapat peluang kan.. 

uols pernah pakai ubat barot ni tak !

ubat barot ni mak saya belikan di Klinik Maha, Alor Star..  sebotol RM8
sesapa orang kedah mesti tau kat mana Klinik Maha tu. Klinik Maha ni, klinik Dr. Mahathir tau. memang pemes la, kalau lepas beranak memang orang belah loq star akan guna ubat Klinik Maha ni termasuk la mak saya sendiri. kelima-lima orang, mak makan ubat Klinik Maha termasuk ubat barot ni. 

mak asyik le dok nyuruh saya sapu setiap kali lepas mandi..
kalau lepas pakai ubat barot ni lalu tepi sesiapa pasti terbau.. orang akan tahu memang kita dalam tempoh berpantang.. hahaha. yang ini saya tak tahu pon sebenarnya. sebab masa dekat rumah tak ada sapa pon yang tegur. termasuklah mak saya sendiri. ingat tak da la bau sangat kan ! 
sekali masa saya pergi ziarah arwah pak menakan saya meninggal hari tu (dah habis pantang, hari ke 49) saya ada pakai ubat barut ni .. sekali mak member saya tegur.. 
baru le saya tahu. ihik :’)

cara guna ubat barot ni, saya lumur keseluruhan badan kecuali tempat tak sepatutnya disapu. mihmihmih :’)
 lumur dua kali sehari selepas mandi pada waktu pagi dan petang 
kesan yang rasa sekarang ni seperti apa yang mak saya katakan la. kalau mandi masa hujan tengah turun lebat pon tak sejuk menggigil. lagipon air kolah rumah saya pon sejuk, sejuk dia macam sejuk air dalam esbok tu. alhamdulillah, pepagi mandi tak terasa sejuk pon.

ini kerana ubat barot ni boleh memanaskan dan memelihara badan daripada menjadi sejuk dengan cepat. elok juga untuk lenguh badan, bisa tulang sendi, sakit pinggang serta bengkak. 

selepas sapu rasa sejuk berangin je. selesa sangat sebab tak melekit atau berminyak. saya siap kata kat mak saya, macam lumur minyak gas je. hahahaha :) 




ppsstt: ada lagi ubat yang mak rekemen kan dekat saya. tengah dok mencari plastik. hilang ke mana ntah ! dah simpan hari tu, tapi tu la kan.. mai penyakit pelupa la pulakkkkkk ^_*



12 Comments

  1. ubat barot? first time dengar n nampak ubat ni..betul2 ciksu ikut pantang..bagus2

    ReplyDelete
  2. betul tu sue..ubat ni kalo sapu org lalu mmg tau kite tengah pantang heheheeh.... akak pun ade gak pakai dulu...tapi bukan jenis ni laaa....mcm pilis sapu kat dahi....ubat barut sapu kat baadan..lega rase kan..panas suam2 jek badan..... pantang ni takleh ambil mudah....takut nanti dah tua efeknye baru ade...

    hepi new year n salam maulidur rasul ....

    ReplyDelete
  3. org tak dlm pntang bleh try tak? hehehe skrg musim hujan pagi2 mandi mmng menggigilll....

    ReplyDelete
  4. Dulu² pernah dgr nama ubat ni. Tp X pernah pakai.. Igt dah xde dah..

    ReplyDelete
  5. bagus tu..akak pakai minyak yang makcik urut tu bagi je,tapi memang best la bila pakai

    ReplyDelete
  6. serius??? nak beli la. blh pkai. badan selalu lenguh2 huuu. Klinik Maha tu bawah ofis saya ni je haaaa ;)

    ReplyDelete
  7. X gatal ye kalau sapu ni pastu pakai bengkung? kalau guna kapur + perah limau nipis...mula2 ok...masuk hari ke 3 x tahan da. gatal2 siap mcm jena gegata tu...bengkak kulit...

    ReplyDelete
  8. Ciksu, ubat barot ni hanya untuk orang dalam pantang je ke? Kalau yang jenis memang badan sejuk, sakit sendi, sengal badan tu tak boleh guna ke? Akak ni tergolong dalam spesies tersebut. Kalau bolehlah hilangkan seketika sakit-sakit sendi tu, badan sejuk nak juga try. Takut pulak orang tegur 'tengah pantang ke'? Hehehe!

    ReplyDelete
  9. smlm saya beli la ubat barot ni. sebotol RM15 kt maha klinik jugak. packaging dia tak sama dgn ciksu punya. pelekat putih tu sama. agaknya sekarang dia dah tukar packaging kot kan? nak kata berangin sangat tak jugak. atau sebab saya tak lumur banyak2? huuuuu

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)