Tudung kanak-kanak

Meraih Rezeki Yang Berkat

Terkesan dengan kisah seorang tukang kebun yang hanya berpendapatan RM450.00 sebulan 
tetapi mampu membesarkan bukan 2,4,6 tapi 8 orang anak!! 
Kesemuanya sangat berjaya akademik malah soleh & solehah..masya'Allah tabarakallah

Apabila ditanya ustaz apa rahsia amalan beliau..tukang kebun ini berkata biasa-biasa sahaja, tidak ada apa yang luar biasa.

Hanya menjadi kewajipan beliau, setelah beratur mengambil gaji segera beliau ke surau untuk SUJUD SYUKUR! 

Dan yang paling menyentuh emosi, setelah didesak lagi berkongsi amalannya, dengan begitu malu-malu beliau berkata:

"Ustaz...setiap helai not RM50 gaji saya itu, akan saya cium setiap helai, satu persatu, bersama doa:

Ya Allah..aku bersyukur..dengan duit inilah aku dapat beli rumah..
Ya Allah...aku bersyukur..dengan duit ini dapat beri rezeki pada isteri & anak-anak..
Ya Allah...dengan rezeki-Mu inilah aku dapat besarkan mereka....
Ya Allah...dengan rezekiMu inilah aku dapat sekolahkan mereka...."

Subhanallah! 
Setiap not- ciuman & doa..amalan ini dilakukan setiap bulan, setiap kali dapat gaji!
Dan ia hanyalah sekadar 9 keping not RM50.00!!!

Allah ya Allah...
Mungkin rutin kerjanya setiap hari bermain dengan sampah tetapi dalam hidupnya Allah campakkan barakah, 
rezeki yang berkat, isteri yang taat, zuriat yang hebat!!!

Jom periksa bagaimana reaksi kita setiap kali dapat gaji? 
Sering meratus, merungut-rungut tidak cukup atau tidak henti-henti melafazkan & menterjemahkan syukur?? 

Perkongsian dari Y.Bhg Ustaz Zul Ramli M.Ghazali

18 Comments

  1. Sue.....masyaallah.....hebatnya dia ni, hebat dia menghargai rezeki Allahkan....
    Walaupun sikit tp sangat banyak bagi dia yg serba dhaif tu....

    ReplyDelete
  2. ada jugak terbaca kisah ni di whatsapp.. mmg pernah baca.. nak murah rezeki kena selalu bersyukur..

    lepas ni kena cium mesin atm dgn kad bank la.. hehe.. gurau je..

    ReplyDelete
  3. Insaf bila baca ni T__T Ya Allah mudah2an rezeki yg selama ni sy cari berkat la ye...tak culas dlm mencari rezeki yg halal

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, smoga bertambah2 lgi rezki pakcik tu sekeluarga.
    *zaza pun pernah ternampak ayah zaza cium duit bila nak bgi dekat mak beli brg dapur or anak2 dia hihi.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum ciksu, besar sungguh rasa bahagia ni bila dapat sujud syukur atas setiap rezeki yang kita perolehi... tauladan yang baik untuk diikuti. thanks ciksu, sharing ~~~

    ReplyDelete
  6. terharu baca kisah ni,
    berkat dari Allah.

    ReplyDelete
  7. alllahuakbar! kagum! hebatnya diaa

    ReplyDelete
  8. Kisah yang menginsafkan sangat... sesungguhnya kena contohi sikap yang begini..

    ReplyDelete
  9. Hebat betul kuasa orang yang bersyukur. Walau sedikit tapi barakah..Alhamdulillah kisah yang menjadi pengajaran buat kita

    ReplyDelete
  10. muhasabah diri.... thanks for the soft reminder.. sgt terkesan di sini... syukur dan redha.. inshaaAllah Allah tambah lagi apa yg kita ada.. Aamiin..

    ReplyDelete
  11. subhanallah. terkesannya dalam hati

    ReplyDelete
  12. Nak berkat duit gaji, kenalah kerja sungguh². Bila dah dapat, syukur. Insya Allah, yg sikit tadi tu akan terasa banyak kerana berkat..

    ReplyDelete
  13. allahuakbar..tersentap seketika..lepas ni kenalah banyakkan bersyulur..

    ReplyDelete
  14. Thanx Ciksu untuk perkongsian ni.. Kuncinya ialah syukur..

    ReplyDelete




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin