Tudung kanak-kanak

MAHA 2014

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. berkesempatan juga berkunjung ke tapak MAEPS, SERDANG bagi menjayakan misi MAHA 2014.

saya pergi hari Rabu time orang bekerja, so, tak da la nak bersesak sangat.  
 keluar melalui Plaza Tol UPMsekiranya dari plaza tol UPM akan menemui LAMAN TIBA 1 (A) dahulu.

perkara pertama bila sampai ke tapak MAHA 2014 ialah uols seharusnya dapatkan peta lokasi terlebih dahulu. apabila dah ada peta lokasi dalam genggaman, haaa.. barulah senang nak menjelajah kawasan pameran. 

inilah peta lokasi MAHA 2014.. masih sama seperti tahun sebelum2nya. cuma terdapat perubahan pada 2,3 lokasi. 


masa sampai dah tengah hari. cuaca redup je hari tu. destinasi pertama ialah ke Dewan Pameran Utama (C). terdapat pameran dari pelbagai agensi kerajaan.


surau dalam Dewan utama. ada sejadah & telekung disediakan untuk kemudahan pengunjung. 

penat pusing kami keluar. sekali tengok hujaaaannnn la pulak... jom le kita pergi makan.. 
nak ke tapak Popular Dish kena masuk ke Dewan D. kendian turun ke bawah menggunakan tangga eskalator. 

cer tengok ni. penuh. padat. sendat walaupon hari bekerja.
agak selesa tapak popular dish tahun ni berbanding 2 tahun lepas. kali ni nampak tersusun & kemas. yang penting meja makan pon banyak disediakan. 

boleh pilih gerai ikut negeri yang disediakan.. ada gerai selera Utara, Selatan, Tengah & Timur. 


macam2 ada. nak2 makanan yang pernah saya makan sebelum2 ni. antaranya Cendol Songkok TinggiABC FradooCendol Durian Borhan

ABC Fradoo ni memang la... cik abe yang beli. saje je tayang dengan saya.. haisshhh.. tercuit le sikit. rasa je.. masih berpantang ais.. 

.
RM3.50

selain ABC, kami makan Kacang Pool RM6, Nasi Lemak Puyuh berempah RM5, Bihun Sup Utara Special RM7, Satar & Otak2 RM5

dah kenyang sambung berjalan lagi. masuk Dewan berhadapan dengan Dewan C. pameran dari agensi swasta. dalam banyak2 pameran tu, saya tertarik dengan lori ni.
RM48,000 termasuk segala pekakas di dalamnya. gerai bergerak. 
boleh pilih jenis perniagaan yang ingin dijalankan. mereka akan ubah mengikut kesesuaian. 


kendian ke Dewan (E).
 terdapat jualan produk Industri Asas Tani (IAT). masuk sini best tau dapat rasa pelbagai jenis makanan & minuman. pendek kata boleh kenyang la kalau masuk kedua2 dewan ni. mau tak kenyang. rasa itu ini serba sedikit. 

antara yang saya beli & agak sukar nak dapat di pasaran.

kuih cincin Sabah

sepeket RM10.
 saya pilih yang ini sebab tak berapa keras sangat & tak manis. sedang2 elok seperti yang pernah saya makan dulu. 
ada banyak gerai yang jual, so, boleh rasa dan pilih. ada yang jual sepeket RM8.

kacang potong enak & ranggup dari Balik Pulau, Pulau Pinang

1 kon RM2, 
3 kon RM5
saya ada tanya makcik ni, kalau habis mana nak carik lagi. katanya hanya di Balik Pulau sahaja. alahai..... 

Nata De Coco Sungai Besar, Kuala Selangor

3 balang ni RM10
ada perasa mangga, anggur, apple, strawberi
dah lama saya tercari Nata De Coco ni. buatan orang Melayu Islam. saya pernah tengok dalam Rancangan di TV1. merata saya cari, tapi tak jumpa lagi. last2 jumpa di Maha 2014

sebelum balik singgah ke tapak (B). di sini terdapat gerai jualan & buah-buahan.
ada beli air jagung. sedap sangattttttt. fresh je rasa. 
paling teruja dekat sini ialah gerai jualan BUNGA ORKID. Allah!!! cantik giler bunga-bunganya. geram je tengok.. 


selama setengah hari di MAHA 2014 hanya berjaya ke tapak pameran A, B, C, D & E.
 in shaa Allah, kalau ada masa boleh datang lagi. nak singgah ke rumah negeri, laman sayur-sayuran & herba, laman ternakan, laman nenas, laman padi & laman ikan.

cuaca tak menentu, jangan lupa sediakan payung. kalau tak sediakan pon tak pa. payung ada jual di sini.

untuk parking MAHA 2014 ialah RM5 berbanding 2 tahun lepas hanya RM3 dikenakan.



  


25 Comments

  1. acik pergi semalam..tak pergi makan kat s tempat QR pergi..tapi makan dirumah2 tu kena mahal la pulak..

    ReplyDelete
  2. tak pernah pun saya pegi, teringin nak jejak jugak :)

    ReplyDelete
  3. wah.. rasa nak pergi je ke sana.. tapi, kereta buat hal lah pulak..
    Mama Niza

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. dpt jgak hasrat ciksu ye.

    ReplyDelete
  5. kapcai tu lah yang najib ngan rosmah naik aritu..hehehehe

    ReplyDelete
  6. seronoknya ciksu dah pergi. tak lepas lagi :(

    ReplyDelete
  7. thanks coz sharing info pasal MAHA dkt sini.
    insya Allah ahad ni akan pegi. huhu 1st time nk pegi ni =p

    ReplyDelete
  8. best nye...eh kilang nata tu mmng dekat sgt kt umah sy kilang tu jugak la ada proses minyk klpa dara tu... staff dia mmng semua melayu

    ReplyDelete
  9. wah bestnya jalan2...dua tahun lepas akak pergi masa tu anak 2,sekarang anak 3 dah payah la nak pergi,takut tak terkawal budak2 ni, masa dua dulu boleh la jaga sorg satu kan..hehehe

    ReplyDelete
  10. Alaa... kenapa ciksu tak ambil gambar bunga-bunga orkid tu? Kakak hari itu tengok dlm tv masa berita aje lepas tu tak ada lagi kawan blog yg kakak bw tunjuk orkid di MAHA 2014 lagi...

    ReplyDelete
  11. as salam...rndu kat rania~bestnye p MAHA....jeles tgk pic..wakaka

    ReplyDelete
  12. tu yang ciksu suka pegi MAHA kan..heee

    ReplyDelete
  13. first time dgn MAHA ni..kat UPM serdang ke? macam boleh pergi je ni..

    ReplyDelete
  14. memang meraih MAHA.. tak pernah pegi lg.

    ReplyDelete
  15. assalam. lamaaa tak komen kat sini. Tahniah dah dapat baby!!!moga bertambah2 lagi rezeki..:)

    MAHA ni bapak mel suka pergi. Borong anak pokok banyak2. Adik mel pula suka g borong tudung & buah2. Sanggup datang banyak kali dari Johor semata nak g MAHA.uhuu

    ReplyDelete
  16. yg bestnya ke MAHA ni dpt beli makanan2 ni semualah kan.klu dekat dh terjah dah.sayangnya jauh

    ReplyDelete
  17. samalah kt org sempat g sini je.. itu pun amir dah meragam penat ... suka kat tempat iks bnyk dpt mkn free hihihihi .. kat situ pun dh bnyk borong.. mmg klu nak dtg kena pg bnyk kali kot barulah puaskan... x dpt beli pokok² pun tgk je lah ...

    ReplyDelete
  18. Oh, macam-macam ada rupanya ya Ciksu! Rugi betul saya tak pernah sampai ke MAHA ni. Insya Allah kalau ada lagi tahun 2016, saya terjahlah sekali. Dua tahun sekali ya Ciksu MAHA ni?

    ReplyDelete
  19. Syoknya pegi MAHA.. eh.. Mujur kitorang tak. Pegi.. Rasanya kalau pergi mau I kena tinggal sebab hubby nak borong pokok semua..

    ReplyDelete
  20. nampak macam serook aje, tengoklah kalau ada rezeki tahun akan datang
    mungkin saya pergi juga..hehe

    ReplyDelete
  21. Kena pergi sendiri utk sekali ya.. baru tahu apa keadaan dan macam mana meriahnya

    ReplyDelete
  22. Sebab MAHA ni kita terpaksa hadap jalan sesak sminggu :-(

    Nasib setahun sekali jer.

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)