Tudung kanak-kanak

Resepi Kepak Ayam Madu..


Teringin nak makan kepak ayam madu. dah berazam kan Ramadhan 2014 nak masak. so, kena la merajinkan jugak diri ini. jangan nak bermalasan sangat oke !! sebab tahun ni tak  meniaga peluang untuk memasak memang sentiasa ada. jangan nak ngelat sangat erk.. 

 Awal2 dah buat checklist nak sediakan menu berbuka puasa. haaa, ngko ade =_= kalau tak ada sempat lagi ni nak buat checklist. baru permulaan Ramadhan kan.

Kepak ayam madu yang simple sajok. walaupon tak merah kemerahan macam kat pasar malam tu, rasanya tetap sedappp. cik abe yang kata bukan saya. saya makan seketul je kot. ntah mulut je nak makan, dah buat jamah sikit je. selebihnya cik abe la tukang perabih.
kepak ayam madu memang peberet si dia. 

  Just tumbuk bawang putih + lada hitam. kemdian satukan dalam bekas. masukkan madu secukupnya + kicap pedas secukupnya + garam = gaul bagi mesra pastu baru masukkan ayam. perap semalaman baru syiokkk. sebelum masukkan dalam oven, percikkan sikit minyak zaitun atas ayam perapan tu. pastu bakar dalam oven. guna oven senang sikit. kalau guna pemanggang ajaib nak kena belek tengok, nak senang campak masuk dalam oven, pastu setting masa. siap.

 Bulan puasa tak lalu nak berdiri lelama kat dapur tu. menggigil je rasa kaki ni. semuanya nak kena buat dengan cepat & pantas. ye dok ?

pppsstt: kalau nak buat bagi jadi warna merah macam kat pasar malam tu, kena letak pewarna erk? saya selalu buat memang warna ceng gini aje la. Any idea?














32 Comments

  1. kaler mcm tu pon dh menyelerakan klu guna pewarna not good la kan...

    ReplyDelete
  2. nnti boleh lah cuba resepi sue nih.. erkk sue nak tnya, kicap pedas tu mcm mna rupanya? hihihi

    ReplyDelete
  3. mmg sempoi.. janji perap lamakan.. barulah sebati bahan² tu...

    ReplyDelete
  4. sama la.. tahun ni nak masak jer.. klu beli pun tak habis.. tp memang menyelerakan kepak ayam madu tu..

    ReplyDelete
  5. Nampak menyelerakan ni.... pasti sedap Kan... Sealant berbuka....

    ReplyDelete
  6. Wah da siap ada checklist ye...rajinnnn sy byk beli je nak msk2 ptg tak sempat...

    ReplyDelete
  7. dulu2 bulan puasa saya memang rajin beli kepak ayam madu ni...

    ReplyDelete
  8. wah bagus bagus, saya pun duk ada kepak ayam dalam peti tu, ha ah la rasanya kaler merah2 depa buat tu lertak pewarna la, in fact tandoori mamak pun kena letak pewarna.

    ReplyDelete
  9. yummy, sedapnya kepak ayam madu, terbayang raasa manis2 nya tu :)

    ReplyDelete
  10. Kalau akak yang warna hitam mcm nilah yabg sedap.. hihi. Peminat kicap.. nak buat ayam panggang jugalah hari ni. Tgh fikir apa nk masak..

    ReplyDelete
  11. kfieda pun rse yg dorang jual kaler merah oren tu dorang letak pewarna tu,,

    ReplyDelete
  12. gantikan kicap tu nagn madu.. nanti jadi la merah...

    ReplyDelete
  13. dia org masukkan sedikit pewarna semasa perap ayam tu..

    ReplyDelete
  14. salam ramadhan
    singgah pagi....lama rasanya sy x blog walking
    hari ini ada peluang so singgah jap =)

    ReplyDelete
  15. Bulan pose ni tgk mknn sumenye sedap.

    ReplyDelete
  16. menarik ni. nanti boleh cuba.. setakat ni , tak pernah lagi buat kepak madu..

    ReplyDelete
  17. Sedapnyer..kepak ayam mmg fav..boleh try resepi adik nie..kalo masuk dlm oven nak set brp lama takot rentung haha..

    ReplyDelete
  18. ohoiiiiii macam rasa nk buat stok ayam panggang pulak nanti. dalam microwave boleh tak panggang ayam? sama la macam malas pulak nk belek pemanggang ajaib nanti hihihi

    ReplyDelete
  19. Kalau kakak pun lebih senang guna oven juga CikSu..

    ReplyDelete
  20. La Ciksu, saya pun takda senarai menu untuk berbuka tau :) Hari-hari melanguk depan komputer ni dok fikir nak masak apalah petang nanti. Sambil dok BW, leh juga tengok menu dan resepi menarik. Senang je buat ayam madu ni. Ayam dah 2 ekor tersadai dalam freezer tu :)

    ReplyDelete
  21. tabik spring la siap buat senarai lagi.hehe sy bulan posa ni boleh dikatakan hari2 juga masak ayam.mmg ayam yg paling sedap bulan posa ni.ikan byk kejung dlm freezer tak laku.hehe

    ReplyDelete
  22. nampak likat berkilat u yg sedap tu, tp husna tak suka makan kepak.. xde isi.. hahaha..

    ReplyDelete
  23. salam QR..
    thanks share rsepi..
    cma tak buat pun list menu.. men taram jer.. heheh

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)