Tudung kanak-kanak

Rosdet Tomyam, Kampung Baru, Kuala Lumpur

 Dalam banyak banyak kedai makan/ restoran area KL ni, saya suka sangat sangat pergi menjamu selera di ROSDET TOMYAM, KAMPUNG BARU.. antara salah satu sebabnya ialah kebersihan bagus (bahagian dapur tak tahu la kan, harap bersih la juga), servis pantas, harga berpatutan walaupon harga makanan ada yang naik, tandas pon bersih & yang paling penting saya selesa walaupon sesak dengan pelanggan.. suami pon dah boleh terima. hiks. berbanding masa kunjungan kali pertama hari tu.. 

Menu kat ROSDET TOMYAM, KAMPUNG BARU.. kebanyakkannya AGAK PEDAS LA JUGAK.. kalau yang tak makan pedas memang tak boleh tahan la kot macam suami saya.. kalau suka pedas macam saya ok la tapi jangan la selalu sangat makan pedas pedas.. tak elok untuk kesihatan.. sekali sekala boleh lah kan :D

Menu peberet saya kalau ke ROSDET TOMYAM, KAMPUNG BARU ialah


 Nasi Paprik.. memang terbaik la bagi saya.. akan dapat satu set sambal belacan + timun + kacang panjang.. dah naik harga.. masa mula mula saya makan bulan 5/2013 RM5.50.. masa pergi bulan 12/2013 lepas dah jadi RM6.50.. selalu order itu yang boleh perasan.. 

Menu SOMTAM ni pulak saya baru cuba bulan 12/2013.. entah mai angin kus kus apa ntah teringin sangat nak makan.. 2x hoccay saya makan SOMTAM ni masa bulan 12/2013 hari tu.. hahaa.. cik abe ada tanya.. "tak jemu ke asyik makan menu yang sama je.. saya ok je (",)


Bagi saya SOMTAM DI ROSDET TOMYAM, KAMPUNG BARU..
 memang sedap & terbaik. saya tak makan dengan nasi sangat. suka ratah macam tu je.. sedap.. terasa keranggupan kacang tanah yang diletak sebijik bijik, udang kering, sayur mayur (betik + lobak merah +kacang panjang + tomato) dia.. ada rasa masam masam manis pedas gitew :D ala, harga tak ingat la pulak sebab baru 2x makan SOMTAM di ROSDET TOMYAM, KAMPUNG BARU.. 

Dalam banyak banyak menu yang pernah saya cuba kat sini, saya paling TAK BOLEH TERIMA TOMYAM ROSDET sebab bagi saya memang pedas sangat2. first time order tomyam hari tu, kebetulan masa tu bawa mak dengan adik ke sini. disebabkan masa tu orang ramai, terus je order menu untuk semua orang leh makan. cepat sikit, kan !! sudahnya dorang pon kata pedas sangat. pedas maksud saya di sini  sebab saya tak boleh nak hirup kuah die selepas makan. sebab saya jenis hirup kuah. dah sekali hirup pon pedas, memang tak hirup lah lepas tu. risau plak perut meragam ke apa nanti.. maybe pedas pada kami tidak pada customer lain. so, tiap kali makan di kedai, citarasa setiap orang tak sama, kan !!! lain orang, lain lah seleranya. dorang jenis suka ketuk cili api thai warna merah tu.. memang pedas giler la.. kalau sambal belacan pulak.. sedap tapi memang pedas.. yang paling tak tahan TERLAMPAU BANYAK BIJI CILI.. jenuh saya nak mengasingkannya.. makan tetap makan.. hihi.. 

Kalau korang nak cuba rasa, boleh la singgah ke restoren ROSDET TOMYAM, KAMPUNG BARU & rasa sendiri masakan dorang. lain orang lain citarasanya kan.. so, tepuk dada tanya selera. ye dop ?? Lain lain menu boleh tengok SINI

pppssttt: Tertengok gambar lama, tu yang buat entry makanan :-)

28 Comments

  1. lunch hour~ sedapnya jamu mata dgn makanan2 ni..

    ReplyDelete
  2. mana ada yg tak naik harga...semua naik. kalau sedap mmg cari tak rugi dtg makan kan ciksu

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak gi kampung baru. Lalu jer ☺☺

    ReplyDelete
  4. Mesti tomyam dia pun sedap sebab nama restro dia pun tomyam.

    Somtam kakak pun suka!

    ReplyDelete
  5. Emmm, sedappnya... Lebih2 lagi somtam tu... ^__^

    ReplyDelete
  6. Sedapnya tengok menu2 ni, memang saya suka tomyam:)

    ReplyDelete
  7. sib baik tengah kekenyangan ni.. kalau tak terliur sakan lah di buatnya.. sedap somtam..

    ReplyDelete
  8. somtam penah makan 1st time kt UUM coz ramai org thai yg meniaga kt situ ;) not bad rasa nya...skrg dah takpenah makan tak tau nk cri kt mana..

    ReplyDelete
  9. melampau tak kalau saya katakan yg saya tak penah makan somtam... huuwaa nak somtam...

    ReplyDelete
  10. tgk somtam tu..terliur ha
    br ni je bedak somtam beli kt gerai thai food ..hehe..

    ReplyDelete
  11. perghh..terliur dengan somtam..ahahaha..

    saya suka pedas2..tapi kalau pedas sangat rasa cam hilang nikmat makan. ehehe..

    ReplyDelete
  12. somtam menu siam tu..saya pun suka kalo yg betol2 sedap n pandai buat..

    ReplyDelete
  13. apo ni CIksue, sajer jer tau tayang gambar somtam. hehehe kami pun kalau somtam mmg tak makan ngan nasi, tapi makan ngan kacang panjang dan kangkung mentah gigit macam kambing hehehehe. duk baca pedas2 ni terus meleleh liuq tau, saya ni mmg giler pedas.

    ReplyDelete
  14. adoii ciksue..tengok pic makanan ni semua teringin akak nak makan somtam..first time akak makan somtam ni kat sedap corner city square..mmg sedap ! :)

    ReplyDelete
  15. wah somtam tuuu..su, kecur liur kak ni..hee.. akak kalu pegi mkn restoran suka pesan somtam..mmg best kan..yg penting rasa masam2 tu..nyum nyumm..

    ReplyDelete
  16. salam QR..

    selalu jgk ke kampun gbaru..tp try western food ajo..
    alahai..tomyam n nasi paprik tu kegemaran cma jgk.. nyum3..

    tak pernah mkn somtam..

    ReplyDelete
  17. aduhh somtam tu feveret le sis...hiba nye hati ku nengok somtam mu itu huk huk huk

    ReplyDelete
  18. Sedap nampaknya somtam.. baru akak perasan dah lebih 3 tahun pindah ke selangor, tak pernah lagi makan somtam. Mana nak cari yg sedap. Takkan nak ke kamoung baru? Haha

    ReplyDelete
  19. kecur liur tgk maknan2 tuu..hehehe

    ReplyDelete
  20. dah lama x mkn kat kg baru tu.. dedulu masa keje tol kerap sgt!

    ReplyDelete
  21. tak pernah try som tam lg.. org kata som tam ni lebih kurg kerabu pelam je.. yeke??

    ReplyDelete
  22. sedapnya nampak.. ros tak pernah pun rasa somtam tu..

    ReplyDelete
  23. lagi suka kerabu mangga dari somtam. hihihi, dulu ingat somtam tue kerabu mangga rupanya tak sama. sabar jela =.=

    ReplyDelete
  24. Setakat nak makan paprik dgn somtam, tak payah pergi rosdet.....undermining their speciality......

    Makanlah menu2 spesel depa yg tak terdapat di restoran2 lain......

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)