Tudung kanak-kanak

Cerita Sepak Takraw

Hahaa. senyum kambing je saya bila baca komen dari Tukang Karut. ada je komen yang ditinggalkan buat saya geli hati. hihii. thanks Tukang Karut, buatkan hati saya sentiasa ceria dengan usikan itu :D. serius saya ok je & tak amik hati pon dengan komen komen Tukang Karut sebelum sebelum ni. 

Sebenarnya aktiviti bersama saya dengan kekanda banyak kepada beristirehat. maklum ler 
cik abe tengah kusus, so, banyak aktiviti dalam & luar yang perlu libatkan diri. memang penat. makanya, saya pon tak da la nak paksa pergi mana mana. cik abe balik jumpa saya time weekend pon dah bersyukur sangat sangat. hati & perasaan seorang isteri sentiasa risau bila kekasih hati berjauhan. hanya naluri seorang isteri yang tahu kan. so, tak payah la saya nyatakan. hanya doa yang perlu diiringi buat suami suami bila keluar mencari nafkah. 

Ok, berbalik pada tajuk di atas. kekanda saya dapat cuti 3 hari. jumaat, sabtu & ahad. jumaat tu kebetulan sebab dorang dapat cuti tambahan sempena hari sukan yang diadakan pada sabtu lepas. kira ganti balik la. lama la sikit kan.

Jumaat lepak kat rumah layan tibi je. sabtu layan takraw dekat stadium titiwangsa. cik abe je yang pergi saya tak pon. malas nak keluar sebab cuaca panas kan. hari ahad baru saya joined cik abe tengok sepak takraw. 

Cik abe saya tu memang kaki takraw pon. sejak dari zaman sekolah lagi. sampai la ke zaman kerja. sejak balik KL kurang sikit aktif sebab lutut dah tak kuat. cedera. masa kat JB dulu, boleh dikatakan setiap hari mesti beraksi digelanggang dekat rumah tu. puas berleter, tapi dah minat nak buat macam mana kan. bila dah disahkan oleh doktor baru la berenti. 

Kalau ada games je, mesti dorang joined. saya ikut pon tengok tempat juga. pernah masa geng geng cik abe beraksi (cik abe tak beraksi pon) saya teman pergi tengok. hakikatnya memang la bosan. dok je tengok dorang sepak bola yang satu tu. hahaa. apa pon tak boleh  kalau dah tak minat. 

Masa kt JB pernah ada games dekat Pasir Gudang. dekat Menara Aqabah tu. dalam kawasan legar dekat UO. kalau kat situ saya tak bosan sebab dalam shoping kompleks kan. kalau bosan boleh je jalan jalan cuci mata tengok baju kat butik butik, kalau lapar terus naik ke food court kat tingkat atas, masuk keluar UO.. hahaa.. kiranya tak bosan la sangat. tup tup dah habis, jom balik.. :-)

Cerita semalam kena paksa rela ikut juga. hahaa. nasib le. dah agak memang boring. dah la tak da tempat best semata mata dok dalam stadium je la sambil makan minum. tapi syok juga sebenarnya melayan dorang beraksi. macam macam gaya dok ada. nak nak bila tengok geng geng veteran. semangat kesukanan tinggi. hari sabtu tu ada MAT OVER & MANIAM (pelakon gerak khas tu yang mamak tinggi tu). dorang main untuk veteran punya. 

ada gelanggang A, B & C. tiga tiga gelanggang ada games. 

Penonton boleh bilang. tak ramai sangat pon. walaupon kena paksa rela datang tetap enjoy juga. hihi. syok tengok geng veteran je. geng muda kemahen la kan. sampai gedegung gedegang la bunyi dorang jatuh atas court tu. 

Ini pulak medal tahun 2010 & 2011 yang cik abe beraksi di JB. masih kekal sebagai pemain APIT KANAN. dalam sepak takraw ada 3 posisi je. TEKONG, APIT KIRI & APIT KANAN. 

 Bermula 2013, dah kurang beraksi hatta untuk riadah petang sekalipon.

Sebelum kawin dengan saya cik abe memang dah aktif dengan sepak takraw. pernah wakil pasukan sampai ke Labuan. saya pernah tengok gambar cik abe tengah gulung bola takraw tu, mak ai. kemahen.
 zaman tu kira femes di amos la. sebut nama je semua orang kenal (bukan kebangsaan ye) gambar ada kat umah my mil. so, tak dapat la nak sharing dengan uols. 

Lepas kawin saya seriau setiap kali bila naik tangga je lutut tu mesti ada bunyi. sekarang saya tak galakkan. kalau balik Kuala Kangsar pergi ke Arena dekat Lembah tu member cik abe siap ajak beraksi, tapi cik abe memang surrender. kalau ikutkan dah kena operate kot lutut tu tapi cik abe kata biarlah la dulu. hanya ambik supplement je sekarang.  

Pernah tahun lepas melawat member cik abe kena bedah dekat lutut sebab cedera juga. member cik abe yang tu kaki bola. masa dia citer saat kena bedah tu kan.. wooo, ngeri kot. tak terbayang ok. dia kata pakar bius, bius separuh badan je. dari pinggang ke bawah je. mata masih fresh ok. siap boleh tengok lagi dekat skrin masa doktor bedah tu buat kerja. seriau tak payah cakap la kan. kena ketuk ketuk bagai. last last dia pon tak lalu nak tengok. hahaa. 

Sekarang ni hanya sekadar sebagai pemerhati saja la.. 


32 Comments

  1. sian pulok akak baca n3 ciksue..yg selalu kenal tinggal sorang diri..abe ciksue keje kat mana ?

    jauh di mata dekat dihati lah ni..

    ReplyDelete
  2. waaa...klu dah sakit lutut mmng cakap banyak pun tak guna..sakit nya hanya orang yg mengalami je yg tau ;)

    ReplyDelete
  3. wahh banyak pingat yang cik abe sue dapat :)

    ReplyDelete
  4. Hamboiii shuitnya, ciksu dengan abe nyew. hihi

    ReplyDelete
  5. cik su dengan suami bukan dok sekali ka seblom ni?
    kompius jap, hihi

    oo, hubby saya kaki rugbi masa zaman universiti dia,hihihi, habis ja dah tak main dah..

    ReplyDelete
  6. Orang cakap kalau suami jenis aktif sukan ni peluang nak dapat anak lelaki lebih tinggi. Best juga suami gemar bersukan, bagi pendapat akak. Cergas badan dan juga takla balik lambat macam yang minat memancing. Ai.. tak rela macam tu. Tapi bersukan pun ada risiko kan.. kena tgk keadaanla.. kalau dah rasa tak sesuai elok kurangkan atau tinggalkan.

    ReplyDelete
  7. Salam QR...OOO encik suami minat takraw yer...bagus aktif brsukan.Betul tu kdg2 boring dok temankn suami klu sukan tu kita tak minat..hihihi


    p/s:pasai anak pompuan k.atie tu.,.57 org tu trmasuk pljr llaki juga tp xder snap gambar diaorg..hehe

    ReplyDelete
  8. Tak pa jadi oenyokong pon ok da tu... moga kita pregnent sama.... setiap kali dtg sini mesti nak doa... amin amin

    ReplyDelete
  9. eh saya suka tengok takraw, better than bola sepak besa besa tu, tapi tu la, kalau nak tatap depa main sampai habis, mmg tak larat la.

    Ishh takut kan tang tempurung lutut tu, arway ayah kami dulu main hoki and masa remaja tempurung lutut dia kira pecah jugak la, so kalau solat mmg takleh duduk tahiyat macam kita2.

    ReplyDelete
  10. Itu la bahyenya sukan ni. Boleh mencederakan. Kecederaan tu boleh jadi kekal plak tu. Mesti best tgk cik abe cikgu gulung masa main takraw ye. Ciksu mesti rasa bangga dan jatuh cinta berkali-kali kan?

    ReplyDelete
  11. Slm singgah membaca di hari selasa..

    ReplyDelete
  12. akak ni..hidup dgn peminat sukan,segala jenis sukan akak tgk kadang2 tu..nak pulak kalau formula 1 atau lumba moto..sbb cik abe akak dulu kejenya marshall kat litar sepang tu

    ReplyDelete
  13. oo..cik abe minat sepaktakraw ye

    cik abe kak plak aktif bola tampar
    tp dia dl mmg semua minat, sepak takraw pon main, bola sepak pun main

    skrg time keja je aktif bola tampar..wakil utk KKM gak.

    ReplyDelete
  14. erk... aku kah itu... akukah yang disebut itu...


    ok... aku pengsan 5minit sekejab...

    Sebab dalam dunia nyata, orang kata aku garang!!!!!!


    ReplyDelete
  15. Kalau bunda memang tak sanggup nak tengok...mau termuntah atau pitam bunda pelagi tengok lutut diketuk ...dibelah...dijahit semula...isshh! ngerii..

    ReplyDelete
  16. salam tghari su..
    minat sgt cik abe dgn takraw ya..hehe mmg bagus jg sebab tahu suami minat sukan apa..sihat tau. kalau en.somi akak minat basikal..slalu gk berbasikal petang2 ..siap ada set pkaian lengkap lg..
    haha ..kita ni isteri2 sokong je kan..

    ReplyDelete
  17. Kalau dah itu minatnya, kita sebagai isteri kenalah ikutkan :) Nasib baik suami saya minatnya duduk depan komputer. Tak tahulah apa yang dibuat, saya pun malas nak kisah. Kalau dia nak chat secretly pun saya ok ajelah pastu saya tolong tambah2kan minyak kasi api panas membara, kasi gegar rumah sikit :) Boleh faham tak nih? @_@

    ReplyDelete
  18. kesiannya..mst mngelodak ati dier mau main takraw kan..xpela..yg pting kesihatan kan...lutut nk pakai lama..huhu

    ReplyDelete
  19. wahh aktif yer hubby ciksu main spk takraw.. tp kurang dpt perhatian kot permainan ni.. kenapa eh? hubby deqla bola keranjang jer la dia suka pun..

    ReplyDelete
  20. bekas atlet jugaklah kiranya kan abe Ciksu ni :)

    ReplyDelete
  21. wahh..hebat jugalah kan cik abe cik su ni..

    ReplyDelete
  22. Rajin temankan hasben ke takraw.... Kalau akk la, malas nye....hheee.... Sportman dgn kecederaan sukar dipisahkan... Risau je

    ReplyDelete
  23. wah hebat en hubby ber sepak takraw ni yer !

    ReplyDelete
  24. wah hebat en hubby ber sepak takraw ni yer !

    ReplyDelete
  25. minat takraw takpe. atleast kuar jugak peluh kt badan dia kan hihihi. macam suami saya takraw x minat. futsal badminton ok la

    ReplyDelete
  26. hb akak pun dulu gile sgt dgn sepak takraw...but now dah kurang. dulu mmg selalu aje kena tinggal utk sukan staf, sukan...mcm sukan la...

    ReplyDelete
  27. salam QR..

    hihi..boring tak boring, kalo dah jadi hobi n minat hubby kena la jugak paksa minat kan..

    ReplyDelete
  28. dah minat kan.. kena bedah pun still nak main lagi..

    ReplyDelete
  29. Dh suami minat nk tak nk lyankn je..tp klu dh lme2x sronok jgk.jnji dgn suami :p

    ReplyDelete
  30. ooo..hihi...kimie pulak hantu badminton ciksue^^

    ReplyDelete
  31. suami sy pun dah pencen dulu suke main futsal.. tp nak buat camna cik sue kene bnykkan berdoa moga satu hr nnt pintu hati cik abe tertutup sendiri xmoo main sepak takraw yer.. kt ni isteri kang larang sgt dia kata kongkong pulak..

    ReplyDelete
  32. abah nur pun suka gila dengan sepak takraw ni...dan sekarang ni adik..

    mmg byklah medal yg abah n adik kumpul.. :)

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)