Tudung kanak-kanak

Bayam Merah tambah darah

Makan bayam merah semata mata nak tambah darah. Huhu.

Buat sayur senang senang je. Tumbuk ikan bilis, bawang merah, bawang putih, cili padi. Dah siap tumis sampai garing. Pastu letak air sikit. Saja nak bagi ada kuah sikit, boleh hirup. Hihi. Agak mendidih masukkan bayam merah tadi. Perasakan dengan garam sesedap rasa. Cukup rasa, tutup api. Makan dengan nasi putih panas panas. Baru berselera.

Saya tahu yang saya ni pernah kena darah rendah tahun 2010. Itu last check. Hahaa. Buruk perangai kan. Pergi check pon sebab masa bangun rasa kepala pusing pusing macam nak jatuh tapi tak jatuh pong. Hihi.

Pi klinik check, skali kena darah rendah la pulak. Hukhuk. Darah rendah ni keturunan ke apa erkk? Sebab adik saya yang no 3 pon ada juga rekod kesihatan yang menyatakan dia mengalami darah rendah. Itupon tahu masa dia gagal masa pemilihan akhir pengambilan Perajurit Muda TLDM tahun 2011.

Setakat ni saya cuma amalkan makan kerang, bayam merah, kismis & delima untuk tambah darah. Kalau ghajin selalu selalu la senaman supaya dapat menggalakkan pengaliran darah.

Darah rendah boleh berlaku apabila darah yang ada tidak mencukupi bagi bekerja menghantar bekalan darah ke seluruh badan. Sebab tu bila bekalan darah tak cukup, ianya tak sampai ke otak, bila tak sampai ke otak secara tak langsung kita akan kekurangan oksigen. Bila kekurangan oksigen, boleh menyebabkan kita pening pening nak pitam. 

Masa check tekanan nadi pon lemah. Ada bacaan dia kan. Jantung tak pam darah dengan sepatutnya. Bila rajin bersenam jantung dapat mengepam darah dengan jayanya ke seluruh badan. Makanya kena seimbang. Baru le sihat tubuh badan.


















33 Comments

  1. sedap nih.. arwah mak deqla suka sayur bayam nih.. hukhuk.. resepi kangkung xde ker cik sue? hihi..

    ReplyDelete
  2. dalam seumur hidup makan bayam merah ni baru 2-3 kali kot...he he he, tak berapa nak disuka bila tengok warna merah tu CikSu... hu hu hu...

    ReplyDelete
  3. sy jrg mkn syur...adeh..npe la susah sgt nk mkn syur kn..hehe

    ReplyDelete
  4. kalau HB low, boleh cuba makan supplement multivitamin shaklee. InsyaAllah berkesan. Cubalah..saya dulu pun HB low juga. dah bermcm cara, makan bayam, kerang, hati dan organ dalaman sila avoid..tapi x naik2 jugak HB nya. sejak consume multivitamin Vitalea ni, terasa ok je. Tun Mahathir pun amik vitalea ni. Kalau berminat, roger2 la kita ye. hehehe

    ReplyDelete
  5. Suka makan bayam masak bening jak sis..jarang tumis..hehe

    ReplyDelete
  6. suka buat sayur lmak dengan ubi keledek..:)

    ReplyDelete
  7. masa peknen mmg selalu kena darah rendah.. sehari sebelom gi check up
    rebus bayam merah, makan dgn nasi
    hihi

    ReplyDelete
  8. saya suka bayam..hijau ke merah dedua sukaaa..

    ReplyDelete
  9. Saya suka bayam...bayam merah memg utk tmbh drh

    ReplyDelete
  10. makan hati, ikan bilis,
    jgn lupa ambil pin iron

    ReplyDelete
  11. suka bayam merah.. InsyaAllah dapat membantu.. take care dear

    ReplyDelete
  12. cik su penat ke.. kdg tekanan drh rendah x semestinya faktor makanan .. kdg rutin harian pun iyer jgk..

    ReplyDelete
  13. Jarang makan bayam merah, selalu makan yang hijau je..

    Bbrp mggu lepas, ada jugak kepala pusing cam nak pitam je bila bangun... tapi sekejap je... dalam 2 ke 3 kali... darah rendah jugak lah kot... tapi x pi check dr pun...

    ReplyDelete
  14. oo baru tahu..... selain kerang ...

    ReplyDelete
  15. aha bayam merah tmbh darah..
    suka gk mkn bayam...
    sedapp....

    ReplyDelete
  16. bayam ni menu wajib sy bila time prgnant..hehee..sbb HB low..

    ReplyDelete
  17. betul tu tapi cikna kureng sket bayam.. huhu..

    ReplyDelete
  18. Dah lama tk makan bayam merah,biasa jumpa bayam hijau je kat paso.....

    ReplyDelete
  19. lama tak mkn byam ni...amalkan kurma pun ok.. :)

    ReplyDelete
  20. bayam merah ek..
    Ai sayur2 kurang skit tp sejak dah tua ni tgh dok amalkan mkn sayur2 dah.kekeke

    ReplyDelete
  21. sama la dgn akak ni, darah rendah juga,masa mengandung lg la teruk...asyik dok ulang makan bayam merah dgn kerang je la

    ReplyDelete
  22. Suka bayam ijo tu. Takpenah try bayam merah lg..

    ReplyDelete
  23. mmg inilah yg org org lama sll sarankan..akak mmg jenis kurang darah..kalau tak bergincu n berbedak..sure org dok kata akak sakit..tu gincu dok sll kn bw g mana mana..hahah pucat je...

    ReplyDelete
  24. Memang bagus bayam ni.. kami kat rumah, kalau masak lemak memang kejap je habis. Kerang pyn sama, macam ratah je.

    ReplyDelete
  25. Sy mcm.x brp nk lalu makan bayam merah ni... Suka bayam hijau lagi.. Tpi mmg bgus pun utk tmbh darah...

    ReplyDelete
  26. Sy mcm.x brp nk lalu makan bayam merah ni... Suka bayam hijau lagi.. Tpi mmg bgus pun utk tmbh darah...

    ReplyDelete
  27. payah la kot nak dapat bayam merah kat sini, will stick to ikan bilis yg mahal tu jer la huhuhu.

    ReplyDelete
  28. Baym mmg plihan ayut..tp yg merah ni xmnat sgt. Suka yg hijau jer... :)

    ReplyDelete
  29. ala... bayam merah Ros tak minat.. sebab tak gemar bila masak, kuah/air dia berubah warna..hihihi.. kalau bayam biasa tu, memang feveret Ros..

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)