Tudung kanak-kanak

Terapi Ion Elektrik

PENGALAMAN SAYA.

 Pertama kali buat. Itupon selepas mak perak yang ajak ke sana hari tu.

 Diusahakan oleh pasangan suami isteri Melayu. Bayaran untuk satu kepala RM10. Masa yang diambil lebey kurang 1 jam je.

 Tujuannya untuk membersihkan tubuh dari racun dan toksik yang merbahaya tanpa ubat-ubatan.

 
 Kedai ni kat Kuala Kangsar, Perak. Kalau uols pernah ke Kuale, pasti uols boleh carik kedai ni nanti. Uols kena rentas naik Jambatan nak ke Sayong. Sebelum sampai simpang tiga yang di depannya ada replika LABU SAYONG, uols akan nampak kedai ni di sebelah kiri uols. Itu kalau dari highway utara selatan la. Kalau uols dari Sungai Siput kedai ni sebelah kanan uols sebelum uols naik Jambatan Sayong ;)
 Tuan punya kedai tengah masukkan garam bukit dalam tab tu. Sebelum tu dalam tu dah diisi air ye. Air khas, bukan air paip biasa :)

 Kemdian dia sambungkan segala wayar yang diperlukan. Tak rasa apa pon. Biasa je. Kotak warna hitam panggil apa ntah. Hihi. Lupa dah.

 Tengok air tu jernih je kan. Lepas buat teruih air tu bertukar jadi macam ni.


Adakah anda mempercayainya? Saya pon tak tau sebenarnya. Masa si isteri bagi penerangan saya anggukkan je kepala. Hahaha.

Ok, sebelum saya siapkan entri saya google dulu apa itu terapi ion elektrik. Hasilnya ini yang saya dapat. Huhu.

Ada yang kata penipuan. Nak tengok sila klik LINK INI

Macam2.


28 Comments

  1. rasa mcm nak buat jgk lerr..hihik

    ReplyDelete
  2. first time dgr terapi ni ciksu..berubah btl warna air tu..kira sama cm pkai koyok kat kaki tu kan..

    ReplyDelete
  3. ok sgt la rege dgn tempoh masa 2 kan...

    ReplyDelete
  4. laa... kalo tipu.. ish..apa la ini pun dibuat main ka.. ?? tepok dahi..!!

    ReplyDelete
  5. husb saya baru buat 2 kali terapi ni. saya x pernah lg buat sbb tgh preggy, mmg x bole wat terapi. ade jugak yg kata terapi ni menipu je. tatau la kan..huhu

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum ciksu..

    Dah tgk link tu...

    Pa pendat ciksu yg dah buat mcm mana plak..? Ada kesan sampingan tk pd diri ciksu...?kat tmpt akak ni ada juga tp x pernah pegi...

    ReplyDelete
  7. benda2 yg melibatkan kesihatan ni ikut orang sebenarnya..
    cam ada orang makan panadol, pulih dari demam, ada orang tu x pulih2 gak.. takkan nak kata panadol tipu plak kan?

    apa2 pon sebagai orang Islam, kita hendaklah usaha, dan Allah yang menentukan segalanya :)

    ReplyDelete
  8. Proses detox tradisional, tak salah mencuba kan, as long as takder kesan sampingan.

    ReplyDelete
  9. ada buat gak masa balik kampung hari tu. ntah la. tak tau la nak cakap tipu ke tak. ayah mertua ajak buat. follow jela...

    ReplyDelete
  10. pernah nampak, tapi tak pernah cuba...takutt,..hihi

    ReplyDelete
  11. kita yang dok kat ipoh ni pun tak pernah kesana..heheehe

    ReplyDelete
  12. tak pernah buat pun... nak kena baca jugak ni betul ke tipu..
    tapi kan, husband Ros memang tak caya gini,, hihihi. sebab haritu ada orang buat promosi kat Bazar Karat.. Ros pun cakap, jom try.. Tapi, dia tak nak.. siap cakap, entah apa yang dorang letak kat air tu, buat bagi bertukar warna.. tapi, Ros tak sure la benda gini.. jap, nak google dulu :)

    ReplyDelete
  13. Terapi elektrik yg pernah beli untuk arwah mak dulu kena alas dgn getah kat kaki. Kalo tidak elektrik tu rasa kat badan. Yang letak air kat kaki ni tak tau plak.

    ReplyDelete
  14. saya rasa btl, apa pulak tipu .. cuma makan masalah nak hilang toksin tu.. kat kwsn rumah sy pun ada...

    ReplyDelete
  15. lepas buat terapi tu ciksu rase ape..

    ReplyDelete
  16. Tulah ada jugak dengar cenggitu QR...macam penipuan gitu...entahlah betul ke tidak! Kena buat banyak kali kot barulah rasa lain kat badan tu

    ReplyDelete
  17. ada juga orang yang tak sesuai dan sesuai..mak sedara ada try ni dulu..dia suka, serasi kot ciksu :)

    ReplyDelete
  18. tak pernah cuba plok..kalau yang mesin terapi tu pernah lah..

    ReplyDelete
  19. Kat tempat saya pon ade..tapi tak pernah plak g....

    ReplyDelete
  20. klu ada kat sini nak juga cuba..
    apa pun kena usaha utk buang toksin dlm badan..:)

    ReplyDelete
  21. kalau takde kesan sampingan ok la kan untuk mencuba.

    ReplyDelete
  22. kalau nk detox, guna epsom salt+air suam je...murah pun murah

    ReplyDelete
  23. first time dgr pasal terapi ni...

    ReplyDelete
  24. Kat seremban ada. Tp ianya lebih kepada penipuan...konsep yg sama tp tu la..dh 6 kali pi x kan kaler masih sama kan...sumthing wrong..

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)