Tudung kanak-kanak

Pokok tumbang puncanya..

Ada yang bertanya tentang kejadian yang menimpa abang ipar saya.. begini kesahnya..

Yop kerja di Lumut.. macam biasa rutin mingguan Yop setiap kali hari minggu Yop akan balik ke Kuale Kangsa dan setiap hari Isnin pula seawal pagi Yop akan bertolak balik ke Lumut.. 

Kebetulan benda nak jadi kan.. 

Masa hari kejadian Yop bertolak balik macam biasa.. tetiba ayah mertua dapat panggilan dari seseorang yang tak dikenali lebey kurang jam 630 pagi..

Si dia: "Assalamualaikum, ni ayah kepada Roslan ke..?"
My Fil: "Waalaikumussalam, ya saya. Sapa ni.."
Si dia: Saya nak kabor ni, anak pakcik kemalangan di Ayir Tawor.. tempat sekian.. sekian.. sekian..

Lepas letak je telifon terus ayah ajak adik ipar pi tempat kejadian.. kebetulan adik ipar belum pi kerja lagi, so, dia dengan ayah terus ke Ayir Tawor.. masa ayah dengan adik ipar sampai tu Yop dah di bawa ke Hospital Manjung dengan ambulans.. kebetulan adik ipar kerja dengan Klinik Kesihatan.. so, dia terus la call ambulans.. selepas di rawat di Hospital Manjung Yop dipindahkan ke Hospital Ipoh sebab kecederaan yang agak serius..

Yop langgar pokok tumbang yang hadang tengah jalan.. kemungkinan pokok tu baru je tumbang dan masa Yop accident tu masih baru, Yop juga orang pertama yang lalu jalan tu.. kebetulan orang kampung yang telifon pon baru sampai kat tempat kejadian.. tengok keadaan moto tu tak la teruk sangat.. kiranya boleh amik bawa balik ke kampung la lepas tu..

Tengok dari situasi tu, macam Yop dah cuba mengelak tapi mungkin dah terlambat sebab tu kena bahagian tengkuk, lengan dan luka di bahagian dahi sikit.. paling risau dekat mata kanan sebab lebam.. nampak hitam sekeliling mata tu.. risau jugak kan.. kiranya Yop terhentak dengan batang pokok la.. kalau kena bahagian ranting/ dahan.. mungkin lain kecederaannya.. bahagian kaki tangan dan anggota badan yang lain memang teda pa pe..

Doakan ye.. "terima kasih.." 








9 Comments

  1. sy doakan semoga yop cepat sembuh...

    ReplyDelete
  2. akak bc pun naik seriau..batang pokok kan beso...aduhai,..mg cepat sembuh dan xder perkara yg serius yer,...

    ReplyDelete
  3. mudah2an cepat sembuh, ylh kata org, malang tak berbau

    ReplyDelete
  4. salam ciksu...

    jauh yop berulang dari kuala ke lumut..naik motor plak tu...

    ReplyDelete
  5. ehh...upa nak ngabokannye...ada masa lg nak berpantun...moh le...nak tgk ciksu berpantun camner ropenye...

    ReplyDelete
  6. bahaya jugakkan pokok tumbang tiba2 ni... tak terjangka...

    ReplyDelete
  7. hope cpt sembuh..bahaya la pokok tumabng nih

    ReplyDelete
  8. tkut nak lalu kawasan yng ada pokok2 besar..

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)