Tudung kanak-kanak

Sandwich Sardin

Morning. Dah sarapan ke? Kalau belom meh sini cepat-cepat nak belanja uols sarapan.. hehe

Sejak ada pemanggang ajaib ni, serius cakap cukup senang la saya nak masak memasak ni. Sebab apa tau, sebab menjimatkan masa saya. Kali ni kita buat Sandwich Sardin pulak. Panaskan sekejap dalam pemanggang ajaib dah siap sedia untuk di makan :)

Rasanya last makan sardin masa bulan puasa tahun lepas. Itupon sebab buat Karipap Sardin. Pastu jarang la nak makan. Paling-paling koman pon akan masak sardin makan dengan telur dadar :)

Sandwich sardin ni boleh makan bila-bila masa aja. Tak kira la waktu sarapan ke, minum petang ke atau makan malam. Sesuai untuk sesiapa yang nak berdiet kan. Pekena pulak dengan kopi o panas. Dapppnye :D   

 Antara bahan-bahan:
  • Sardin kingcup tin kecik
  • Bawang merah dan putih
  • Bawang besar
  • Cili kisar secukupnya
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam sesedap rasa 
  • Cili merah dan cili padi
  • Tomato
  • Timun
 Bagaimana:
  1. Bawang putih dan merah dihiris. Bawang besar potong bulat. Sardin asingkan kuah dan ikan. Buang tulang sardin. Cili merah dan cili padi hiris halus.
  2. Dalam kuali tumis bawang hingga kuning.
  3. Kemudian masukkan cili kisar. Biar sampai pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan kuah dan ikan sardin tadi. Biar mendidih sekejap.
  5. Kemudian masukkan air asam jawa. Kasik mendidih.
  6. Perasakan dengan garam sesedap rasa.
  7. Masukkan cili merah, cili padi dan bawang besar yang dipotong tadi. Biarkan sehingga kuah agak kering sikit. Guna api perlahan. 
  8. Siap tutup api la ;D  
Itu proses buat intinya. Ada setengah orang suka lenyek sardin pastu perah asam limau kan. Tetiba teringat masa form two dulu masa belajar nak buat sandwich sardin. Tekak saya tak leh trima style tu sebab masih ada bau ikan sardin tu. Sangat tak suka hokey.

Bila dah siap semuanya bolehlah
  • Sapukan marjerin pada kedua bahagian roti tadi. 
  • Kemudian letakkan inti sardin. Ratakan cantik-cantik.
  • Alas dengan tomato dan timun yang dihiris nipis. 
  • Lapiskan sekeping roti lagi.
  • Potong menyerong dan 
  • Susun dalam pemanggang ajaib Sila guna api semaksima mingkin. Tutup.
  • Pandai-pandai la uols budjet ye jangan sampai rentung roti tu udoh ler. 
  • Siap.
  
pppsssttt: Sorang 3 keping aje, tak boleh lebih.. ;)

(AWAS: jangan selalu amalkan makanan dalam tin. tak elok untuk kesihatan).

26 Comments

  1. terliuq nengok..dh la ngah pose nh

    ReplyDelete
  2. nampak sedp.. terliur jugak sbb dah lame tak makan..

    ReplyDelete
  3. akak suka makan camni...tapi hubby xsuka lak..huhu..jd dah lama tak makan camni..

    ReplyDelete
  4. wah..sedap tgk sandwich ciksu...sy pon sama..tekak xleh terima kalo x masak sardin tu betul..apatah lagi kalo org lenyek sardin tu n perah limau nipis je..

    ReplyDelete
  5. sedapnya..!
    Sardin dalam tin ni, sesekali sedaplah..kalau selalu jemu dan bahaya pula tu...

    ReplyDelete
  6. makin rajin memasak ye sue! bagus2...

    ReplyDelete
  7. huhuhu...nasib baik still kenyang ngan nasi lemak pagi tadi. kalau tak, memang terliur la ni.

    ReplyDelete
  8. sedapnya..memang betol tu pemanggang ajaib ni sgt senang dan memudahkan kerja kita..

    ReplyDelete
  9. sedapnya.. dh lah tgh lapar ni.. hihii

    ReplyDelete
  10. saya n ibu nurul n jaa biras je... suami kami bertiga yg adik beradik.. hihii

    ReplyDelete
  11. Sedapnya...tetiba rasa lapar ka pulak...tq share info
    Salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Salam ciksu...amboeh dengan pemanggang ajaib semua boleh ye..hehe..

    ReplyDelete
  13. wah...sedapnya.. dah lama saya tak makan sandwich sardin..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,

    Tasty and delicious.
    Thanks for the great recipe.

    Greetings,
    Itching And Burning Sensation

    ReplyDelete
  15. ehem2..mohon penjenamaan semula nama tu..Sandwich Sardin Purnama Merindu ke..hehehe

    jangan marah ciksu..:p

    ReplyDelete
  16. rajin ciksu masak memasak kan..jeles sy dibuatnya..mudah2 an lpas kawin sy boleh memasak selalu mcm ciksu.. :)

    ReplyDelete
  17. ciksu pun ada pemanggang ajaib ye...bila la akak nak beli satu...memang berbaloi2 ke?

    ReplyDelete
  18. ciksu pun ada pemanggang ajaib ye...bila la akak nak beli satu...memang berbaloi2 ke?

    ReplyDelete
  19. Nak jugak...Sy dh 2 minggu beli pemanggang ajaib, Tp belum guna lagi.

    ReplyDelete
  20. wahhh suke nye ad org. nk belanja kite...yeayyy

    best ni..boleh masuk dlm next bfast list..:)

    ReplyDelete
  21. wah sedapnya... lama tak buat jugak ni..

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)