Tudung kanak-kanak

Resepi Kupang Sambal Tumis Tempe

 

Hari ni nak share resepi dengan u all. Kupang menjadi pilihan kerana feberet en suami. Kupang masak apa pon sedap asalkan yang fresh. Main campak-campak aje. muahaa..boleh errkk ceng gitu ..Sebab aii bukan MASTERCHEF...

Penyediaan ini untuk 2 orang makan saja
Jenis Hidangan : Utama

Bahan-bahan :

1 kilo kupang
tempe
kentang

bawang besar

bawang putih
cili kering yang sudah dikisar
kicap pekat
Daun kunyit @ daun limau purut
garam dan gula sebagai bahan perasa

Cara-cara :
  1. Pastikan kupang dibasuh bersih2 sebab da lumpur. Didihkan air dan rebus sekejap jangan terlalu lama. Buang jejanggutnya. Bila dah rebus senang sikit nak mencabutnya. Kalau tak direbus sakit juga jari nak mencabut jejanggutnya.
  2. Tempe dipotong agak-agak 1cm dan digaul dengan garam dan kunyit. Goreng, terpulang pada u all tahap kegaringan yang disukai.
  3. Kentang dipotong dadu.
  4. Bawang besar dan putih dihiris kemudian dikisar bersama belacan dan cili kering. Tahap kepedasan terpulang pada u all.
  5. Tumis bahan yang telah dikisar hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa. Bila dah mendidih masukkan kentang.
  6. kentang dah empuk masukkan bahan perasa dan kicap. Kemudian kupang. Jangan masak terlalu lama takut kupang akan liat dan bergetah pula rasanya nanti.
  7. Terpulang samada nak kering atau berkuah. Tutup api. Biar sebentar masukkan daun kunyit dan tempe. Gaul biar rata-rata.
  8. Tadaaaa




5 Comments

  1. kami singgah umah nanti. mskkan yer? ;)

    ReplyDelete
  2. yummm yumm nmpk sedapnye ni sue..!!

    ReplyDelete
  3. haa laju tak I lari sini cek kupang. hehehe sajer jer Ciksue ni buat I belek lama2 kan dah terliur ni.

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)