Tudung kanak-kanak

bayi tabung uji perlu atau tidak




aku blurr.....perlu atau tidak mencuba?setelah membaca keratan ini aku jd was-was ....pelbagai cara telah d lakukan demi utk kebahagiaan bersama .......masihkah ada ruang untuk ku bergelar seorang "BONDA" .....

Ya ALLAH ....kau permudahkan lah urusan hamba-Mu ini.....Amin Yarabbalalamin.....

sama2lah membaca...dan renungkan ...

Setiap pasangan suami isteri sememangnya inginkan anak. Namun, setiap pasangan haruslah memastikan anak yang kita inginkan itu datang dengan cara yang halal. Terbaru yang tengah panas sekarang isu bayi tabung uji. kalau bayi tabung uji yang melibatkan percantuman air mani suami isteri memanglah dihalalkan.

Pernah dengar mengenai bank sperma??? 
 Bank sperma ni dah lama wujud kat Amerika dan Eropah. Kat Malaysia ni khabarnya dah ada. Bank sperma ni ditubuhkan khusus untuk menyimpan sperma-sperma penderma untuk diagihkan kepada sesiapa yang berhajat memiliki zuriat. Bukan setakat pasangan yang berkahwin sahaja menggunakan perkhidmatan ini bahkan wanita bujang yang inginkan anak juga tidak terkecuali. Mereka boleh memilih air mani berdasarkan etnik, keturunan, latar belakang pendidikan dan kesihatan penderma. Bank-bank sperma memang tengah kaya sekarang ni.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun mengharmkan bank sperma ni.  
bank sperma ni macam zina jugak cuma tidak melibatkan persetubuhan je. Bank Sperma bukan hanya merosakkan keturunan masyarakat, akan tetapi keburukan yang lebih besar akan timbul, samada melalui harta warisan, perkahwinan dan sebagainya yang turut diamalkan oleh masyarakat bukan Islam di negara ini.

subhanallah.....sama2 la kita berfikir kembali...


2 Comments

  1. ini memang tak bagus la...

    akak ada follow blog dr adilah,dia ada buat rawatan ivf ke apa tah utk mereka yg nak anak,haa..yg mcm tu ok kot

    ReplyDelete
  2. Sabar ye kak, kita teruskan usaha kita ye :)

    Myra dah jalani HSG, nex appointment kita tnggu apa advice Doc :D

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)