Tudung kanak-kanak

KURSUS KEK COKLAT CHEESE LELEH

Teruskan melangkah..

Tambah ilmu di dada..

Berguru selagi boleh..

Berkawan selagi mampu.. 

Semoga terus maju jaya..

Aamiin 🤲

Gambar2 kenangan sepanjang sertai KURSUS PENDEK BERSAMA KOLEJ KOMUNITI SUNGAI PETANI, KEDAH dalam penghasilan KEK COKLAT CHEESE LELEH pada 24 OGOS 2024 😍

Kelas kedua di tahun 2024. Setelah berehat panjang daripada join mana2 Kursus Pendek anjuran Kolej Komuniti.

Last join di Kolej Komuniti Arau, Perlis  sebelum bersalinkan dik baby 2 tahun lepas 😅

Dah ada dik baby tak ke manalah maknya.. 

Tahun 2024 baru jinakkan diri semula join Kursus Pendek ni sebab dik baby dah nak putus susu badan 🤗

Alhamdulillah... dapat kawan² baru.. dapat ilmu baru.. dapat bawa balik kek hasil air tangan bersama Cikgu Faizah.


Terima kasih KOLEJ KOMUNITI atas anjuran Kursus Pendek ini. Hasil kelas sebegini telah membuka ruang dan peluang kepada anak2 muda dan suri rumah untuk menambah ilmu dan pendapatan. 


Kawan baru.. Solehah.. seorang peniaga bombolini di hadapan Kem Sungai Layar, Sungai Petani.. 


Adik manis baju kurung kuning tu pelajar Universiti Malaysia Pahang. Cuti semester sempat hadirkan diri join kelas kek. Bagus! boleh tambah side income di tempat belajar nanti. 


Yang cermin mata tu, mahasiswi UITM Merbok.. 

Bagus adik2 ni, pandai cari peluang.



Adunan kek dah siap.. moh ler kita timbang. Bagi sama banyak baru adil. 


Separuh masuk bekas aluminium foil, separuh bekas plastik SQ1000 


Kakak depan ni orang Sabah. Pengusaha Kek Lapis Sarawak. Kedainya dekat area Mydin Taman Batik.



Terima kasih Cikgu Faizah atas ilmu yang disampaikan. 








Harga bekas pon dah naik. Dari zaman meniaga 2019, makin lama makin naik harganya.. sob sob sob 

Penggunaan bekas pon dikira ye puan2.. sebab tu lah harga kek zaman sekarang boleh nangis.. Itu belum lagi kira kos cheese, susu, telur dan sebagainya.

Ciksu sebagai penjual kek dan pembeli kek tak suka persoalkan harga. Jika kita biasa buat dan beli barang2 bakery, kita akan tahu susah payah bakers macam mana.. 

Bagi Ciksu kalau nak makan, nak rasa.. sila beli tapi jangan simply2 bandingkan harga setiap penjual. Kos setiap penjual tak sama ye puan2. Bergantung pada kawasan penjual itu duduk serta bahan2 yang penjual gunakan. Itulah perbezaan ketara setiap harga kek dan desserrt mereka.

Paham ye anak² !!!! 


Mixer idaman 😍


Harga barang makin naik.. 

Harga kek pon terpaksa dinaikkan.. 

Harga naik seiring kualiti dan kuantiti.. 

In shaa Allah.. 

semoga Allah permudahkan urusanku dalam terus berjuang mencari rezeki 🤲

0 Comments